Thursday, February 4, 2016

Keadaan Air Yang Jernih Dan Berkilau Kilauan


Setelah dirawat dengan klorin serta asid yang sesuai untuk kegunaan kolam renang kini ianya nampak lebih bersih dan cantik. Tahap kecantikan akan cuba dikekalkan untuk sebaik yang mungkin bagi memastikan keadaan tahap air berada dalam yang selamat digunakan.





Wednesday, February 3, 2016

Perbelanjaan Menjaga Kebersihan Kolam Renang RM 1,350.00 Sebulan.



Proses pembersihan kolam sentiasa dijalankan bagi memastikan keadaan permandangan Bayu Villa berada dalam keadaan yang terbaik. Kolam ini sentiasa dijaga mutu kualiti airnya bagi memastikan ianya sentiasa selamat untuk dimandi.



Untuk makluman anda semua perbelanjaan sebanyak RM 1,350.00 terpaksa dihabiskan pada setiap bulan bagi menjaga kebersihan serta keindahan kolam renang ini.



Proses pembersihan ini dijalankan setiap dua kali dalam seminggu bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan yang cantik.




Jumlah Sebanyak RM 10,494.50 Telah Dibayar Kepada Pejabat Tanah.


Semalam seorang penghuni telah pergi membuat bayaran kepada pihak Pejabat Tanah atas Cukai Tanah Bayu Villa. Beliau membuat bayaran sebanyak RM2,098.90 bagi membolehkan penukaran nama keatas Srata Title beliau.

Mengikut maklumat yang didapati oleh beliau, tunggakan tersebut harus dijelaskan sekurang kurangnya 25 peratus dari jumlah asal tunggakan.

Sehingga kini JMB Bayu Villa telah menyelesaikan sejumlah RM 10,494.50 tunggakan Cukai Tanah. Masih lagi ada tunggakan sebanyak RM 31,483.50 yang belum dijelaskan.


Tuesday, February 2, 2016

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan November 2015 - RM 139,779.00

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sebagai langkah dan usaha menuju ke arah lebih yang lebih transpirasi, memaparkan jumlah kutipan wang penyelenggaraan yang berjaya dikutip pada bulan November 2015.


Jika di lihat daripada jumlah yang tertera di atas, jumlah kutipan yang berjaya dikutip pada bulan November 2015 adalah berjumlah


 RM139,779.00

Monday, February 1, 2016

Tunggakan Wang Penyelenggaraan Sehingga 31hb Januari 2016. RM 622,511.54

Mengikut rekod semasa sehingga 31.01.2016, jumlah tunggakan wang penyelenggaraan penghuni kepada JMB Bayu Villa adalah berjumlah 

RM 622,511.54

Jumlah ini masih lagi tinggi dan proses untuk mendapatkannya semula sedang dijalankan melalui proses tindakan mahkamah yang akan memakan masa.