Friday, May 6, 2016

Permainan Bola Tampar Sesuai Untuk Kegunaan Gelangang. Bukan Futsal.


Ini merupakan aktiviti yang sihat. Sepatutnya gelangang ini digunakan untuk permainan badminton dan juga bola tampar bukan untuk diguna pakai sebagai gelanggan futsal atau bola sepak.


Diharap aktivi ini akan berpanjangan pada setiap masa dan memupuk kesejahteraan di antara kawan kawan yang tinggal di dalam.

Thursday, May 5, 2016

Kecuaian Meletak Kereta, Terlanggar Kereta Sebelah.


Akibat kecuaian meletakkan kenderaan dengan betul, kereta disebelah telah dilanggar mengakibatkan kereta disebelah mengalami kerosakan akibat dilanggar.



Perkara ini telah dimaklumkan oleh pengawal keselamatan kepada penghuni kereta yang dilanggar yang tinggal bersebelahan dengan kereta yang berwarna biru.

Pihak pengawal keselamatan sentiasa menjalankan tugas bagi memastikan setiap kereta yang di letak di tempat yang sepatutnya dan harus berada dalam keadaan yang baik.



Jika terdapat sebarang kejadian yang tidak diingini, pihak pengawal keselamatan akan memastikan penghuni kereta diberitahu mengenai kejadian yang berlaku mengikut apa yang dapat dikesan.





Wednesday, May 4, 2016

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan April 2016 - RM 124,544.01

Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan April 2016 adalah berjumlah 

RM 124,544.01


Tuesday, May 3, 2016

Jumlah Tunggakan Wang Penyelenggaraan Sehingga 30.04.2016 - RM 583,917.30


Jumlah tunggakan daripada penghuni Bayu Villa sehingga 30.04.2016 ke atas tunggakan wang penyelenggaraan berjumlah  

RM 583,917.30

Jumlah ini masih lagi amat besar jumlahnya jika hendak dibandingkan dengan waktu semasa pihak pengurusan mengambil alih pada ketika itu iaitu September 2014.

Buat masa ini segala jumlah yang tertunggak akan diserahkan kepada pihak peguam untuk dibawa kepada pihak mahkamah untuk diambil tindakan yang sepatutnya.


Monday, May 2, 2016

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Mac 2016 - RM 150,153.38

Mengikut rekod jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan Mac 2016 adalah berjumlah 

RM 150,153.38