Tuesday, September 1, 2015

Blog JMB Bayu Villa Apartment Telah Melepasi Angka Layaran 100,000 Kali.




Laman Blog JMB Bayu Villa Apartment telah melepasi angka layaran (surfing) 100,000 kali. Satu angka pencapaian yang menakjubkan untuk satu kawasan perumahan yang kecil yang berada di Taman Bayu Villa.


Sokongan daripada pembaca blog ini telah membantu menjadikan blog JMB Bayu Villa sebagai salah satu blog yang terbaik dalam menguruskan segala usaha dan kerja menaikan taraf tempat ini.

Sunday, August 30, 2015

Penyata Kutipan Wang Penyelenggaraan Untuk Bulan Jun 2014. RM32,605.87 Diterima Dalam Sehari ?????


Bukti ini sudah dapat membuktikan terdapat kesalahan serta kecuaian yang berlaku. Jika dikaji serta dilihat dengan teliti pembayaran wang penyelenggaraan yang dibuat pada setiap hari berada dalam sekitar RM1,000 ke RM2,000 ke atas dan yang paling tinggi pun sehingga RM5,000 keatas.


Dalam sejarah kutipan wang penyelenggaraan Bayu Villa tidak pernah dalam sehari boleh mengutip sejumlah RM32,605.87

Sejarah yang paling tinggi pun dalam sekitar RM15,000.00 sehari. Tetapi jumlah yang tertera ini menunjukkan ianya adalah suatu jumlah yang amat mengejutkan.



Paparan penyata ini dikeluarkan bagi membuktikan bahawa jumlah kutipan yang dapat dikutip pada keseluruhan bulan Jun 2014. Agak menghairankan jika dilihat keluarbiasaan penerimaan jumlah tersebut yang mencecah RM32,605.87 dalam sehari.

Penyata penerimaan berserta dengan salinan resit sempat dicetak semasa Bendahari JMB Bayu Villa yang baru dilantik mengambil alih keseluruhan sistem kewangan JMB Bayu Villa.  



Sewaktu cetakan penyata ini dikeluarkan, pengurusan baru berasa hairan kenapa terdapat begitu besar jumlah perbezaannya yang dapat diterima dalam sehari. 

Dalam penyata akaun bank untuk bulan Jun 2014 tidak memaparkan terdapat jumlah RM32,605.87 yang dimasukkan ke dalam bank. Siasatan lanjut di dalam sistem menunjukkan kesemua bayaran di buat melalui penerimaan WANG TUNAI sahaja.



Setelah disiasat dengan teliti ternyata ianya adalah angkara beberapa orang dalaman yang melakukan jenayah setelah soal siasat dilakukan pada ketika itu. 

Didapati terdapat ramai lagi yang terlibat dalam proses memalsukan serta memadamkan jumlah tersebut. 


Yang paling mengejutkan terdapat 3 akaun yang mempunyai jumlah tunggakan wang penyelenggaraan melebihi RM5,000.00 keatas dipalsukan serta dipadamkan. Disini kita dapat lihat keberanian mereka melakukan jenayah komersial yang melibatkan lebih kurang 20 puluh orang. 


Pada ketika itu setelah beberapa bulan mengambil alih, tampil seorang dua datang membuat pengakuan bahawa akaun tunggakan mereka dipadamkan bagi mengelakan mereka daripada membuat sebarang bayaran  tunggakan Bil Wang Penyelenggaran termasuk Bil Cukai Tanah, Bil Air dan Bil Insuran.


Bagi penghuni yang sedia ada, anda buatlah kajian dengan teliti dengan menghalusi setiap penyata yang ada dan melihat keseluruhan penerimaan bayaran yang diterima pada bulan Jun 2014 dan buatlah penilaian anda adakah terdapat elemen yang mencurigakan?

Oleh kerana ianya telah dibuat lapuran polis, nama nama yang ternyata diatas tidak akan dipaparkan nama mereka sehingga siasatan mengenainya selesai. Jika pihak pengurusan merasakan nama setiap individu perlu dipaparkan, kami akan memaparkannya mengikut kesesuaian masa.


Saturday, August 29, 2015

Permohonan Resit Pembayaran Wang Penyelenggaraan Untuk Tahun Berakhir 2014


Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa bagi menjalankan kewajipannya berserta dengan lapuran polis yang telah dilakukan telah menghantar surat pada 20.08.2015 "Memohon Resit Pembayaran Wang Penyelenggaraan" kepada setiap individu yang terlibat.

Ianya bersesuaian dengan budi bicara pihak pengurusan memberikan peluang kepada mereka supaya bertindak membetulkan keadaan atau kemungkinan pihak pengurusan telah membuat kesilapan semasa memeriksa akaun semasa JMB Bayu Villa untuk tahun berakhir 2014.


Supaya perkara ini tidak terlanjur kesuatu tahap yang tidak baik. Nama penghuni terlibat yang telah menerima surat tersebut supaya tampil ke pejabat pengurusan bagi mengemukan "Resit Asal" pembayaran tunggakan wang penyelenggaraan masing masing.

Ini merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi membuktikan pembayaran ada dibuat berserta dengan bukti pembayaran mengunakan buku cek.

Friday, August 28, 2015

Senarai Nama Unit Resit Palsu Yang Dikeluarkan Bagi Memadamkan Segala Tunggakan Wang Penyelenggaraan



Ini merupakan bukti senarai nama unit resit palsu yang dikeluarkan bagi memadamkan segala tunggakan wang penyelenggaraan yang didapati daripada dalam sistem yang menunjukkan bahawa sejumlah RM 32,605.87 telah dipadamkan daripada sistem penyemakan akaun Bayu Villa. 



Jumlah ini telah dikemaskinikan dan senarai nama unit serta nama penghuni yang terlibat juga didapati daripada cetakan resit palsu yang dikeluarkan.

Kesemua nama yang terlibat telah diserahkan kepada seorang Inspektor Pegawai Polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil supaya siasatan dapat dilakukan mengikut kesesuaian.


For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below. 

Thursday, August 27, 2015

Lapuran Polis Kes Penyelewengan Memadamkan Rekod Tunggakan Wang Penyelenggaraan




Atas persetujuan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) Bayu Villa, lapuran polis telah dilakukan pada 15hb Ogos 2015 bagi memastikan pihak polis membuat siasatan yang selanjutnya. Lapuran ini juga disertakan dengan bukti yang kukuh bagi menguatkan lagi kes siasatan ini. 

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa merasakan kes penipuan ini sudah keterlaluan sehinggakan keupayaan pengurusan yang lepas melesapkan sejumlah tunggakan wang penyelenggaraan untuk kepentingan setiap individu yang terlibat.


For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below.