Friday, August 5, 2016

Kerja Menebuk Lubang Paip Bermula Di Blok D.


Kerja kerja menebuk lubang paip telah bermula. Kini ianya telah mula dilakukan di Blok D mengikut informasi yang terbaru. 


Melalui informasi yang terbaru selepas Blok D siap ianya akan beralih ke Blok E. Mengikut maklumat yang informasi yang lepas Blok B sepatutnya akan dimulakan tetapi telah ditukar perancangannya.


Kerja kerja yang dilakukan adalah cuma membuat lubang saluran paip air dan kerja kerja pemasangsan dijangka akan dimulakan pada minggu depan. Buat masa ini kerja menebuk lubang diutamakan bagi memastikan 100 buah unit sempat disiapkan. 


Wednesday, August 3, 2016

Pihak Syabas Telah Membuat Pemeriksaan. Pemasangan Contoh Paip Baru Diluluskan.


Pihak Syabas telah membuat pemeriksaan terhadap contoh pemasangan paip yang baru. Kelulusan telah diberikan untuk menjalankan kerja pemasangan paip baru bagi membolehkan proses migrasi air dapat dijalankan dengan secepat yang mungkin.



Kerja pemasangan paip baru ini akan mula dijalankan pada minggu depan bermula di Blok B mulai hari Isnin. Proses ini akan mengambil masa memandangkan proses pemasangan ini cuma dapat dilakukan pada 5 unit atau 6 unit rumah dalam sehari.



Berikut adalah senarai 100 unit rumah pertama yang akan dijalankan kerja pemasangan paip baru mengikut siapa yang bayar dahulu akan dibuat pemasangan paip baru.


Blok A = 23 Unit
Blok B = 24 Unit
Blok C = 13 Unit
Blok D = 22 Unit
Blok E = 18 Unit

Dari masa ke semasa sila rujuk kepada notis di papan tanda bagi mendapatkan maklumat mengenai pemberhentian bekalan air semasa proses pemasangan paip yang baru. 

Gangguan bekalan air akan bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.  

Sunday, July 31, 2016

Installment Payment To TNB Only Left 6 Months.


For your information, the installment payment to TNB only left about 6 months. After the completion of the installment, JMB Bayu Villa will have more access to use their fund to fix lots of issue surrounding the place. There is still lots of things need to be done in order to retrieve Bayu Villa.

Till today we have paid to TNB around :

RM 305,572.69



Original Letter Application Letter For Installment Plan

Friday, July 29, 2016

Bekas Pengawal Keselamatan Yang Hampir Menemui Maut.


Masih ingat lagi tak bekas pengawal keselamatan yang telah berkhidmat di dalam Bayu Villa? Beliau merupakan salah seorang pengawal keselamatan yang telah memberi jasa.



Semasa dia berhenti kerja, dia tidak pernah bekerja di tempat lain. Setiap hari dia tinggal di dalam Bayu Villa. 




Keadaan kesihatannya jatuh mendadak sehingga beliau terpaksa dibawa ke hospital dan terpaksa tinggal di wad selama lebih kurang 2 bulan. Melalui pemantauan dari pihak hospital keadaan kesihatannya pulih sama sekali.




Kini beliau telah pulang ke India dan keadaan kesihatan semasa keluar dari wad jauh lebih baik dari dahulu.

Thursday, July 28, 2016

Contoh Pemasangan Paip Migrasi Di Blok D Telah Siap.


Kerja pemasangan contoh paip migrasi telah dilaksanakan. Kerja pemasangan dilakukan untuk mendapat kelulusan daripada pihak Syabas.






Contoh pemasangan paip ini telah dilakukan di Blok D dan melalui maklumat yang diterima daripada pihak kontraktor kerja pemasangan bagi unit yang telah membuat bayaran akan mula dilakukan pada bulan August.




Melalui informasi dari pihak pengurusan, sebanyak lebih kurang 80 unit telah pun membayar wang pemasangan paip. Oleh itu kerja pemasangan ini akan dilakukan dari masa ke semasa.




Bagi mereka yang masih belum membuat sebarang bayaran diharap cepat cepat pergi ke pejabat pengurusan membuat bayaran kerana kepada sesiapa yang tidak memohon boleh dikenakan tindakan mahkamah oleh pihak Syabas.