Tuesday, January 27, 2015

Perjumpaan Dengan Ahli Parlimen Klang. YB Tuan Charles Santiago.


Sehari selepas kes pemotongan bekalan elektrik (21hb Januari 2015), Pengerusi Cik Sri Sharmini, Bendahari Encik Lee, AJK Encik Wong dan Pengerusi Rukun Tetangga Encik Raymond Wang membuat perjumpaan dengan Yang Berhormat Tuan Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) mengenai isu pemotongan bekalan elektrik.

Di dalam perbincangan juga dibangkitkan tindakan drastik TNB dalam memunggut tunggakan yang sedia ada dan langsung tidak menghiraukan kesengsaraan penduduk semasa proses pemotongan bekalan elektrik walaupun penghuni yang sedia ada tidak mempunyai tunggakan elektrik.


Pada sesi perbincangan juga membincangkan tentang keengganan pihak TNB dalam menghapuskan caj bayaran penalti yang tidak sepatutnya ditanggung oleh Bayu Villa. Penerangan juga diberikan bahawa setiap bulan anggaran caj penalti yang dikenakan oleh TNB berada dalam purata anggaran RM 3,500.00

Jika anggaran caj penalti sebulan RM 3,500 X 12 bulan = RM 42,000.00 setahun. Jika didarabkan kepada 2 tahun, jumlah caj penalti yang dikenakan ialah RM 84,000.00. Secara amnya Bayu Villa tidak mempunyai tunggakan yang sebegitu tinggi. Rata rata kemungkinan tunggakan yang sedia ada setelah ditolak daripada caj penalti cuma sekadar RM 300,0000.00 

Di akhir perbincangan YB Charles Santiago meminta JMB Bayu Villa menulis sepucuk surat rayuan memohon bantuan mengenai isu pembayaran caj penalti yang sepatutnya tidak dikenakan ke atas Bayu Villa. Beliau akan cuba menolong Bayu Villa mengatasi isu caj penalti.

Perjumpaan Dengan Pegawai TNB Klang Bersama Dengan Wakil Persatuan Penduduk.


Sehari selepas pemotongan bekalan elektrik pihak TNB telah menjemput JMB Bayu Villa (Encik Lee) untuk pergi berbincang mengenai isu pembayaran ansuran di pejabat TNB, Jalan Meru.

Sebagai langkah untuk memudahkan supaya penduduk lebih memahami tentang situasi yang lebih mendalam mengenai isu pemotongan bekalan elektrik, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah menjemput wakil daripada Persatuan Penduduk Bayu Villa, Pengerusi Rukun Tetangga Bayu Villa untuk menghadiri bersama mendengar taklimat ataupun penerangan daripada Encik Zul Faez. 



" Gambar Gaya Seorang Model Khas Untuk TNB "

Berikut adalah kenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh Setiausaha Persatuan Penduduk Bayu Villa pada hari kes perbincangan.

Untuk makluman semua. Sebentar tadi telah selesai satu perbincangan tiga penjuru di antara TNB, JMB dan Persatuan Penduduk Bayu Villa.

Perbincangan dijalankan di Bilik Mesyuarat TNB, Jalan Meru. Kami berjumpa dengan Encik Mohd Zul Faiz selaku Pegawai TNB dari bahagian Pungutan Hutang.

Saya menulis bagi pihak Persatuan Penduduk dengan harapan agar maklumat ini dikongsi bersama ahli yang sentiasa mengambil berat tentang kemajuan Bayu Villa.




Rumusan yang boleh dimasukkan disini adalah:

a) Hutang semasa keseluruhan adalah RM 407,429.31 (Tunggakan + Penalti)

b) Selepas insiden semalam, pihak TNB Meru telah menerima mandat baru daripada TNB Negeri. Di mana pungutan hutang dalam bentuk bayaran 3 kali telah diubah kepada 15 kali bayaran .

c) Pihak JMB tidak bersetuju kerana kemampuan membayar sejumlah 27,000 ( tunggakan ) + 15,000 ( semasa ) adalah mustahil buat masa sekarang.

d) JMB telah meminta agar penalti tidak dikenakan. TNB berkata ianya hanya boleh diputuskan setelah pihak TNB dan JMB mencapai kata putus dalam pelan bayaran yang dipersetujui bersama kelak di mana satu surat aku-janji akan dilaksanakan bersama.




e) JMB telah membuat counter offer kepada pihak TNB dengan ingin membuat pembayaran sebanyak RM 10,000 selama enam bulan pertama dan peningkatan sebanyak RM 15,000 untuk enam bulan seterusnya untuk tahun ini. Ini adalah untuk tunggakan sahaja. Present bil akan dijelaskan seperti biasa. Tahun yang berikutnya JMB akan berbincang semula dengan pihak TNB.

Offer ini direkod oleh pihak TNB dan akan dibawa ke sidang perbincangan dengan ketua mereka di Subang Jaya nanti. Persatuan penduduk bersetuju dengan cadangan sedemikian dan berharap pihak TNB boleh membuat pertimbangan yang sewajaranya. Keputusan akan diketahui pada minggu hadapan dan kemungkinan besar satu lagi mesyuarat akan diadakan seperti hari ini.




Persatuan telah membangkitkan beberapa perkara kepada TNB mengenai tindakan mereka memotong api semalam. Perkara perkara ini dibawa untuk menasihati dan meminta dipertimbangan agar insiden semalam tidak lagi berulang dan berharap agar TNB menerima pakai Offer JMB seperti yang dirancang.

i  ) Kerosakan pada suis Unifi TM, 200 lapuran sudah dilapurkan.
ii ) Nyaris mengalami kerugian akibat tiada bekalan oksigen untuk Ikan Arwana.
iii) Kesusahan orang kurang upaya dan wargamas untuk mendaki tangga kerana ketiadaan lif.
iv ) Kedai kedai yang tidak dapat menjalankan operasi kerana tiada elektrik.

Pihak Persatuan mencadangkan:

i ) Pihak TNB memberi bantuan dan kepercayaan kepada JMB dengan menguruskan satu pelan pembayaran hutang tertunggak yang mampu dibayar. Pihak Persatuan akan sentisa mengawal selia perjalanan pengurusan yang dilakukan oleh pihak JMB bagi pihak penduduk.
ii ) Menggalakan perjanjian termaktub di antara JMB dan TNB.
iii) Persatuan mahu di antara JMB dan TNB sentiasa dalam keadaan mempunyai perhubungan yang baik dan berkesan agar segala masalah yang timbul selepas ini boleh diselesaikan dengan telus tanpa insiden.
iv ) Persatuan juga menyarankan kemungkinan setelah banyak perkara dapat diselesaikan oleh pihak JMB, mereka boleh meningkatkan kebolehan membayar pada kadar yang lebih baik dari sekarang.


Pihak Persatuan juga telah menyampaikan:

i  ) Satu lapuran kepada SuruhanJaya Tenaga mengenai insiden semalam. Report No: (0027/1/15). Mengikut kata Encik Lee, 2 pegawai suruhanjaya telah hadir pagi tadi dan menyatakan pihak JMB seharusnya menyelesaikan masalah hutang tertunggak tersebut tapi tindakan mematikan api untuk penduduk adalah salah. Jika insiden sebegini berlaku lagi mereka boleh dipanggil untuk memaksa TNB memasangkan semua api kepada penduduk.
ii  ) Lapuran polis juga telah dilakukan oleh Persatuan.
iii) Insiden semalam telah dilapurkan oleh sebuah suratkhabar berbahasa Tamil.

Saya di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Shaharin dan Encik Daniel bagi pihak persatuan, Encik Lee wakil JMB dan Encik Raymond sebagai wakil Rukun Tetangga. 

Syabas dan diharapkan kerjasama yang berterusan dapat dijalankan lagi bersama di masa hadapan.

Sekian,
Terima kasih,
Prakash.

..................................................................................................................................................................

Sesi perbincangan ini sebenarnya tidak menampakkan sebarang kemajuan kerana banyak cadangan terpaksa dirujuk kepada pihak atasan TNB Negeri di Subang Jaya. Walaupun mandat yang diberikan oleh TNB Negeri kepada TNB Meru memberi tunggakan sehingga 15 kali, pihak JMB menegaskan tiada keupayaan untuk membayar balik tunggakan tersebut.

Akhirnya dalam perbincangan tersebut Encik Lee memberi cadangan bahawa jumlah pembayaran tunggakan asal yang dicadangkan sebanyak 40 kali dikurangkan kepada lebih kurang 30 kali dengan syarat pengiraan penalti harus diberhentikan sama sekali.

Oleh kerana tiada jalan penyelesaian yang dapat dicapai, mesyuarat akan dibawa kepada TNB Negeri untuk memutuskannya. 




Monday, January 26, 2015

Keratan Surat Khabar Tamil Mengenai Isu Pemotongan Bekalan Elektrik.



Sehari selepas pemotongan bekalan elektrik ke atas Bayu Villa, surat khabar Tamil memaparkan kes pemotongan ini.


Yang hairannya kenapa tiada penulis yang melapurkan kes ini datang berjumpa dengan Bendahari JMB Bayu Villa dan bertanyakan status apakah yang sebenarnya berlaku.  


Sebahagian cerita mengenainya dapat di baca di bawah untuk tantapan pembaca bahasa Tamil.


Sunday, January 25, 2015

Pegawai Suruhanjaya Tenaga Datang Membuat Siasatan Pemotongan Bekalan Elektrik.


Sehari selepas pemotongan bekalan elektrik (21hb Januari 2015), Suruhanjaya Tenaga datang membuat siasatan atas aduan yang dibuat oleh penduduk mengenai isu pemotongan bekalan elektrik oleh TNB.

Setelah berbincang selama lebih kurang 45 minit. Akhirnya pihak Suruhanjaya Tenaga mendapati TNB tidak berhak memotong bekalan bekalan elektrik pengguna yang tidak mempunyai tunggakan.


Maka melalui akta yang disediakan, Suruhanjaya Tenaga berhak mengarahkan TNB memasang balik semula bekalan elektrik kepada Bayu Villa kerana mencabuli hak pengguna yang tidak mempunyai tunggakan.

Walaupun isu mengenai tunggakan amatlah besar dan sepatutnya diselesaikan di antara kedua pihak dan Suruhanjaya Tenaga tidak boleh melibatkan dalam hal ini tetapi pemotongan bekalan elektrik penghuni yang tidak mempunyai tunggakan boleh menyebabkan Suruhanjaya Tenaga campur tangan mengenai kes pemotongan bekalan ini.
  

Pegawai Khas Adun. Encik S.Suman Datang Membuat Siasatan.



Pada hari pemotongan bekalan elektrik iaitu pada waktu petang, Pegawai Khas Adun Encik S.Suman, orang kanan kepada YB Tuan Ganabatirau Veraman datang membuat siasatan kes pemotongan bekalan elektrik ke atas Bayu Villa.


Perbincangan kali ini lebih kepada pihak TNB mencabuli hak penguna kerana memotong bekalan elektrik pengguna yang tidak mempunyai tunggakan. 

Proses perbincangan ini adalah semata mata untuk memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa tindakan TNB yang bersungguh sungguh hendak mendapatkan tunggakan tetapi lupa serta tidak memikirkan kesengsaraan penghuni jika bekalan elektrik ke atas Bayu Villa dipotong.