Wednesday, December 31, 2014

Happy New Year 2015

As the year comes to a close, we are thinking of all the blessings of this past year. We are grateful for the important people, including residents of Bayu Villa. No one knows what this next year has in store for us, but residents of Bayu Villa can expect another holiday card from us.

Counting our blessings, wishing residents of Bayu Villa more. Hope residents of Bayu Villa enjoy the New Year in store. Have a joyous New Year, my dear residents!
As we look forward to a New Year, we always think of the gifts our parents have given us. Though we’re not far away, residents of Bayu Villa are always in our thoughts and prayers. Happy New Year with gratitude.
Knowing residents of Bayu Villa has been a master class in true friendship. In the New Year, we hope to emulate your love and warmth. Wishing residents of Bayu Villa a very Happy New Year.

* HAPPY NEW YEAR *

2015

Tuesday, December 30, 2014

Keberanian Mencuri Air Semakin Melampau. Mencabar JMB Bayu Villa Serta Penghuni Bayu Villa


Kejadian kes mencuri air sudah melampaui batas. Mengikut rekod tunggakkan penghuni tersebut (D-2-25) yang telah berhutang dalam sekitar RM 3,137.54. Beliau merupakan penghuni yang telah membuat huru hara beberapa tempoh hari yang lepas di pejabat JMB Bayu Villa.



Susulan pertama kali beliau mencuri bekalan air, pihak pengurusan telah memotong bekalan air tersebut. Semasa itu beliau menggunakan getah untuk menyambungkannya tetapi kali ini beliau dengan begitu berani memasang terus paip besi serta mengunci kunci pembukaan air.



Oleh kerana ianya cuba mencabar kewibawaan JMB Bayu Villa serta penghuni Bayu Villa maka pihak pengurusan akan membuat lapuran polis mengenai kejadian tersebut.

Kerja Pencucian Telah Bermula Dengan Menggunakan Mesin Menanggalkan Kedegilan Kekotoran.


Kerja membersihkan kekotaran yang degil telah bermula semenjak semalam. Proses pembersihan ini sedang dijalankan di Blok A. 


Terdapat terlalu banyak aduan daripada penduduk mengenai kekotaran yang degil yang selama tidak dibersihkan terutama waktu krisis yang berlaku pada bulan September dan Oktober yang lepas. 



Proses pembersihan ini akan dijalankan ke atas 5 blok dengan proses permulaan pembersihan bermula di Blok A dahulu. 



Penggunaan mesin ini akan memastikan kesemua kedegilan kekotoran dapat dikeluarkan sepenuhnya. Proses pembersihan ini menelan belanja sekitar RM 1,800.00 untuk 5 blok bangunan.



Diharap semua penduduk serta penghuni di blok lain bersabar untuk sementara waktu sehingga kerja pembersihan dapat disiapkan sepenuhnya.  




Sunday, December 28, 2014

Proses Pemotongan Dahan Pokok Diteruskan Bagi Menjaga Keselesaan Penghuni.


Kerja kerja memotong dahan pokok sedang dijalankan setiap minggu. Pemotongan kali kedua juga tidak menampakkan sebarang kemajuan dari segi pemotongan oleh kerana pekerja yang memotong tidak mempunyai pengalaman memotong.


 

Kerja pemotongan dahan pokok yang panjang memerlukan tong pembuangan sampah yang banyak. Setakat ini tiga tong pembuangan sampah telah digunakan setakat ini.



Gambar di atas serta di bawah merupakan kerja pemotongan dahan pokok yang kali ketiga dijalankan. Kali ini menampakkan kemajuan di mana dahan pokok yang dipotong lebih cantik dan teratur. 



Kerja pemotongan kali ketiga ini dijalankan berdekatan dengan Blok C. Semasa ditinjau keadaan kerja mereka, kerja pemotongan serta pembersihan giat dijalankan di mana terdapat 5 orang yang sedang menjalankan kerja pemotongan ini.



Sampah sarap seperti daun yang tersangkut di bumbung dibersihkan sepenuhnya bagi menjaga zink bumbung tahan lebih lama.



Saki baki daun yang jatuh dibersihkan bagi mengindahkan keseluruhan kawasan perkarangan. 




Saturday, December 27, 2014

TNB Tidak Mahu Bertolak Ansur. JMB Bayu Villa Tidak Mempunyai Keupayaan Membayar Tunggakan Tersebut.


Permohonan untuk membayar tunggakan kepada TNB secara ansuran sebanyak RM 10,000.00 menemui jalan kebuntuan setelah TNB Bahagian Pembahagian di Shah Alam menolak permohonan JMB Bayu Villa untuk membuat bayaran ansuran setiap bulan.

Di dalam surat mereka ada menyatakan bahawa pembayaran ansuran cuma dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja bermula 30hb Disember 2014. 


Jumlah keseluruhan tunggakan sebanyak RM 433,764.10 yang harus diselesaikan dalam masa 3 bulan adalah amat mustahil sekali dan ianya tidak dapat membantu untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada.

Bukan begitu sahaja, pengecualian penalti juga tidak dibenarkan. Caj penalti yang dikenakan oleh TNB setiap bulan amatlah tinggi kerana setiap bulan caj penalti ini berada dalam sekitar RM 3,500.00 ke atas. 

JMB Bayu Villa akan cuba sedaya upaya menulis sepucuk surat permohonan rayuan agar pembayaran RM 10,000.00 harus diterima memandangkan JMB Bayu Villa tidak mempunyai keupayaan untuk membayar ansuran tersebut.


Jika permohonan kali ini gagal. JMB Bayu Villa tidak berupaya membantu atau menyekat TNB daripada memotong bekalan elektrik ke dalam Bayu Villa.

Susah susah JMB Bayu Villa membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM 40,000.00 kepada TNB, inilah balasan yang kami terima. Letih juga hendak menguruskan syarikat sektor swasta ini. PENING dibuat oleh mereka. 

Bila ada kehendak dan kemahuan menjelaskan tunggakan, kita juga yang menjadi mangsa atas kesalahan pengurusan JMB Bayu Villa yang lama. TNB nampaknya tidak akan bertolak ansur. Yang dikehendakinya ialah menjelaskan tunggakan sahaja.


Friday, December 26, 2014

Penyata Perbelanjaan Kewangan JMB Bayu Villa Untuk Bulan Oktober 2014

Penyata kewangan untuk bulan Oktober 2014 sebenarnya telah lama kami siapkan. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sedang menunggu penyata kewangan daripada pihak bank yang berakhir 13.11.2014 tetapi sehingga kini kami masih belum menerimanya lagi.



Oleh kerana kami masih belum menerima penyata kewangan tersebut, JMB Bayu Villa tidak berupaya memaparkan penyata kewangan yang sepenuhnya.




Ahli Jawatankuasa Pegurusan Bersama (JMC) Bayu Villa telah memutuskan untuk memaparkan penyata kewangan setiap bulan. Penyata kewangan bulan September 2014 telah dipaparkan mengikut masa dan sekarang penyata kewangan bulan Oktober 2014 juga dibentangkan sementara menunggu penyata kewangan bulanan daripada pihak bank.





Penyata yang sepenuhnya akan dipaparkan selepas kesemua dokumen telah diterima. Hari ini Bendahari JMB Bayu Villa ada pergi berjumpa dengan pihak bank bertanyakan status penggunaan akaun bank JMB Bayu Villa tetapi pegawai bank tersebut mengatakan bahawa pihak COB Klang masih belum membuat maklum balas kepada mereka.

Jadi pengunaan akuan bank JMB Bayu Villa masih lagi dibekukan sehingga hari ini. 



Ringkasan Penyata Bulan Oktober 2014

Jumlah tunai diterima :
RM 46,988.07
Jumlah perbelanjaan   : RM 45,404.16
Jumlah tunai yang lebih dibawa ke hadapan (bulan November) : RM 18,736.72

Jumlah tunai di dalam Bank sehingga 01.09.2014 : tidak tahu
Jumlah cek diterima dari 01.09.2014 - 13.09.2014 : tidak tahu
Jumlah cek diterima dari 14.09.2014 - 30.09.2014 : RM 15,237.43

Jumlah perbelanjaan mengunakan cek atau dikredit 01.10.2014 - 31.10.2014 :

1) Credit Advice - RM 5.00
2) Syabas - RM 10,000.00
3) Pejabat Tanah - RM 5,943.20
4) Cek Tendang - RM 581.93

Thursday, December 25, 2014

Seorang Lagi Penghuni Mencuri Bekalan Air Di Blok D Dengan Memasang Sendiri Paip Getah.

Penghuni tersebut (D-2-25) mempunyai tunggakan sebanyak RM 3,137.54. Sewaktu pihak pengurusan memotong bekalan air kerumahnya, beliau dengan lantang datang ke pejabat membuat huru hara dan kacau bilau sehingga menyebabkan keadaan suasana di dalam pejabat kecoh.


Keadaan ini berlarutan dari waktu pagi sehingga waktu petang. Setelah ditanya oleh pihak pengurusan adakah beliau akan menyelesaikan tunggakan tersebut, beliau dengan suara lantang bertegas tidak akan membayarnya dan memaksa pihak pengurusan memasang semula bekalan air tersebut.

Sehubungan dengan kekecohan itu, pihak pengurusan membuat panggilan polis dan juga bertegas tidak akan menyambungkan kembali bekalan air tersebut jika beliau enggan menyelesaikan tunggakan wang penyelenggaraan beliau.

Hari keesokannya pihak pengurusan membuat tinjauan dan mendapati penghuni tersebut mencuri bekalan air dengan membuat penyambungan sendiri. Pihak pengurusan mengambil tindakan dengan memotong pencurian bekalan air tersebut.


Lif Di Blok E Telah Rosak Menyebabkan Lebih Kurang 5 Orang Tersangkut Di Dalam Lif Tersebut


Pada 23hb Disember 2014, sebuah lif di Blok E telah rosak dan tersangkut semasa lif tersebut mengambil 5 orang naik keatas. Kejadian yang berlaku pada waktu tengah malam telah mengakibatkan proses menyelamat terpaksa dilakukan.


  

Dengan bantuan beberapa orang penghuni, proses menyelamat akhirnya berjaya mengeluarkan penghuni yang tersangkut di dalam. Dalam pada itu pihak kontraktor lif telah dipanggil pada hari keesokannya dan mendapati talian papan utama mengalami kerosakan.


Proses menukar serta mendapatkan alat gantian sedang dilakukan bagi menukar kerosakan tersebut. Menurut kontraktor tersebut diharap alat gantian itu dapat disiapkan waktu petang pada hari Natal dan jika alat tersebut tidak dapat dicari ganti, kemungkinan besar penghuni kena bersabar sehingga hari Jummat.


Dalam waktu yang sama, tiba tiba terdapat lif di Blok A (tingkat 5), Blok B dan Blok D serentak mempunyai masalah dari segi kerosakan. Semalam lif di Blok B telah rosak dan tidak dapat berfungsi. 
 
Adakah kerosakan ini disebabkan oleh sabotaj selepas proses pemotongan bekalan air?

Merry Christmas To The Residents Of Bayu Villa.



With greetings of peace and prosperity, JMB Bayu Villa wishing the very best for Bayu Villa residents during this special time. May Bayu Villa residents enjoy all the best now and throughout the coming year. This is the season of being together. It’s a time of hope and new beginnings. 

With this celebration, JMB Bayu Villa wishing the residents of Bayu Villa love and peace during Christmas. Christmas is the most magical time of year. Let’s share the magic with each other this entire season and in the new year. 

JMB Bayu Villa make a wish to Santa and told him to bring Bayu Villa residents everything Bayu Villa residents wanted for Christmas, so hopefully he will answer and make all the Bayu Villa residents dreams come true.

Merry Christmas To You All







Wednesday, December 24, 2014

Proses Pemotongan Bekalan Air Di Blok D Telah Dilaksanakan.

Semalam JMB Bayu Villa telah membuat pemotongan bekalan air ke atas 28 unit rumah yang mempunyai tunggakan sebanyak RM 800.00 ke atas. Proses pemotongan bekalan air di Blok D juga dicemari oleh beberapa insiden yang tidak menyenangkan.






Ada segelintir penghuni datang membuat ugutan serta membuat kacau bilau dan meneriak di dalam pejabat sehinggakan menolak meja seolah olah hendak menerbalikan meja tersebut.






Pihak pengurusan memandang berat akan kes sedemikian. Pada waktu yang sama Pegawai Keselamatan juga menalifon pihak polis untuk meminta bantuan atas arahan daripada Encik Lee kerana menganggu ketenteraman serta memberi ancaman kepada pekerja di dalam.  






Tuesday, December 23, 2014

Proses Pembayaran Bil Fasa Ketiga TNB Selesai. Jumlah Keseluruhan RM 9,044.14

Proses pembayaran bil semasa TNB telah selesai. Jumlah keseluruhan bayaran Fasa 3 (untuk 5 blok) berjumlah RM 9,044.14



Hari ini JMB Bayu Villa telah menjalankan proses pemotongan bekalan air Di Blok D di mana sebanyak 28 unit rumah yang terlibat. 


Diharap proses pemotongan bekalan air ini dapat membantu proses membangunkan atau menaikan semula Bayu Villa.

Memandangkan proses pemotongan bekalan air ini akan tamat sehingga minggu hadapan (Blok E - terakhir), jumlah pendapatan mulai tahun 2015 akan berkurangan secara amnya.