Lee Boon Hoe (012-2159897 /
016-2159897)
D-G-3A/D-G-5, Bayu Villa
Apartment,
Jalan Batu Unjur 9,
Taman Bayu Perdana,
41200 Klang. 26.05.2017
……………………………………………………………………
IWK
(Unit Klang)
Lot
130, South Klang Valley Centralised Sludge Treatment,
Facilities,
Jalan Klang Banting,
42000
Klang, Selangor, Malaysia
Tuan/Puan,
Per:
Penyambungan Dan Pembuangan Air Terus Ke dalam Saluran Indah Water.
Alamat
Premis Restoran : D-G-08, Bayu Villa Apartment, Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu
Perdana, 41200 Klang, Selangor.
Berhubung dengan perkara diatas, saya sebagai
pemilik sebaris dengan kedai restoran ingin mendapatkan bantuan dan informasi
dari pihak IWK berhubung dengan kerja pemasangan paip air buangan hasil dari
sisa makanan dan masakan (selepas melalui perangkap minyak) terus mengalir ke
dalam saluran Indah Water.
Adakah cara penyambungan ini tidak akan
mendatangkan sebarang masalah yang boleh menyebabkan saluran Indah Water
tersumbat atau berminyak?
Dahulu pernah berlaku kes di mana saluran IWK
menghadapi kesan bau yang teruk yang masuk melalui corong saluran paip Indah
Water dan terus ke kedai kami sehingga bau masakan serta kesan kotoran minyak
yang begitu teruk menyebabkan saluran paip Indah Water tersumbat dan air najis
melimpah keluar dengan teruknya.
Di sini saya sertakan salinan surat aduan saya
kepada pihak Majlis Perbandaran Klang yang meminta agar pihak Jabatan Kesihatan
dan Perlesenan menyiasat kes pemasangan ini.
Tujuan aduan ini ialah untuk memastikan tiada
masalah yang akan timbul di masa akan datang kerana saliran pembuangan sisa
makanan dan minyak (selepas melalui perangkap minyak) akan terus mengalir
kedalam saluran Indah Water.
Kerja sama dari pihak tuan amatlah saya hargai
dan berharap pihak IWK dapat menyiasat adakah cara pembuangan air ini terus ke
dalam saluran Indah Water sebenarnya tidak akan menimbul sebarang masalah di
masa depan.
Sebagai pemilik kedai yang sentiasa membayar
bayaran caj IWK setiap masa berharap pihak IWK dapat memberi ulasan mengenai
kes ini. Saya tidak membantah sebarang apa jua perniagaan yang dijalankan
asalkan ianya mengikut spesifikasi dan kelulusan dari pihak berkuasa.
Sekian terima kasih,
……………………………………
Lee Boon Hoe (012-2159897 / 016-2159897)