Saturday, May 30, 2015

Kerja Penyemburan Ubat Nyamuk Dijalankan Bagi Menghindari Deman Denggi.


JMB Bayu Villa menjalankan kerja menyembur ubat nyamuk yang dilakukan di kesemua 5 blok dari semalam sehingga hari ini. Kerja penyemburan telah selesai sepenuhnya.



Mengikut sumber maklumat yang diterima deman denggi masih lagi berleluasa dan lapuran di beberapa hospital kerajaan mendapati tahap deman denggi sekarang berada di tahap bahaya.



Kerja pemyemburan ini akan dijalankan sekerap yang mungkin mengikut keadaan semasa.


Friday, May 29, 2015

Penyerahan Lapuran Kewangan Semasa JMB Bayu Villa Dari Bulan September 2014 Sehingga Bulan Februari 2015.



Baru baru JMB Bayu Villa telah menyediakan segala dokumen yang perlu serta menyerahkan segala maklumat mengenai akaun semasa JMB Bayu Villa kepada pihak COB Klang.

Permintaan ini dibuat melalui perjumpaan yang telah diadakan pada 14hb Mei 2015 yang lepas.



Penyata kewangan bermula dari bulan September 2014 sehingga bulan Februari 2015 telah disediakan dan diserahkan kepada COB Klang pada 28hb Mei 2015.




Thursday, May 28, 2015

Pembayaran Tunggakan Bil Ansuran TNB Yang Ke Empat Dijelaskan RM16,976.10



Pembayaran ansuran tunggakan bil TNB bagi kali ke-empat berjumlah RM16,976.10 dijelaskan.



Pembayaran kali ini berupa bayaran ansuran untuk bulan May seperti yang telah dijanjikan sewaktu di dalam perbincangan.


Wednesday, May 27, 2015

"Bola Pelampung" - Mengawal Tekanan Paras Air Telah Siap Dilaksanakan Di Kesemua Bilik Pengepam Air.

Perlaksanaan program memasang "Bola Pelampung" ke atas semua bilik pengepam air telah berjaya dilaksanakan dalam masa tempoh 6 bulan. 



Dahulu semasa Bayu Villa berada di bawah dua jagaan pihak pengurusan, "Bola Pelampung" telah rosak pada ketika itu. Air yang melimpah keluar pada setiap masa telah menyebabkan Bayu Villa terpaksa menanggung kerugian berpuluh ribu ringgit setiap masa. 

Semasa JMB Bayu Villa mengambil alih mulai bulan September 2014, program perlaksanaan penukaran bola pelampung tealh diaturkan bagi mengawal limpahan air yang keluar apabila tangki menyimpan air di dalam bilik pengepam penuh. 


Bagi setiap "Bola Pelampung" yang dipasang ianya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM 2,500.00 untuk membeli sebiji bola pelampung serta peralatan yang baru dan berkualiti. 

Program pemasangan ini dijalankan dari masa ke semasa bagi menampung kecairan pengurusan dari segi kewangan JMB Bayu Villa.



Bil "Bola Pelampung" untuk Block E (RM2,500.00)


Bil "Bola Pelampung" untuk Block B (RM2,500.00 + GST - RM150.00 = RM 2,650.00)

Sehingga hari ini sebanyak 5 biji bola pelampung telah berjaya dipasang keseluruhanya. Tiada lagi masalah limpahan air yang akan timbul dalam jangkamasa panjang ini. 

Program perlaksanaan seterusnya ialah memasang dan memastikan dua motor pam air di setiap bilik blok pengepam air. Proses ini akan mengambil masa yang lama memandangkan ianya memerlukan perbelanjaan yang besar.

Tuesday, May 26, 2015

Pam Motor Air Di Blok C Rosak Lagi Akibat Biji Bebola Bering Rosak.


Pembaikian demi pembaikian dijalankan bagi memastikan bekalan air sentiasa sampai kepada semua penghuni di dalam Bayu Villa.

Secara amnya Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sedang berusaha mengumpulkan seberapa banyak wang penyelenggaraan bagi memastikan segala kerja pembaikian dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin dengan membuat pembayaran setiap kali kerosakan diperbaiki.


Bukan begitu sahaja, anggaran perbelanjaan juga terpaksa diagih-agihkan supaya proses mendapatkan setiap blok mempunyai dua motor pam air untuk kegunaan seharian.

Buat masa ini setiap blok bangunan cuma mempunyai satu motor pam air sahaja dan ianya memang tidak cukup untuk menampung penggunaan seharian.


Proses cuba mendapatkan tambahan satu motor pam air akan menelan perbelanjaan sehingga belasan ribu untuk setiap satu pam air. Buat masa ini cubaan untuk memasang tambahan satu motor pam air di Blok B akan dijalankan bagi memastikan keberkesananya.

Pada tahun 2006 semasa mula mula Bayu Villa mula beroperasi, setiap blok bangunan mempunyai 2 motor pam air dan kos penyelenggarannya juga tidak begitu tinggi kerana kerosakan motor pam air jarang berlaku terutama kepada biji bebola bearing tersebut. 

Monday, May 25, 2015

Proses Pembaikian Lantai Di Tempat Pembuangan Sampah Dijalankan.


Kerja pembaikian lantai dijalankan di kawasan tempat pembuangan sampah berdekatan Blok A bagi memastikan kawasan pembuangan sampah tidak lagi menghadapai masalah sampah sampah yang tertinggal semasa dicuci.



Keadaan lantai yang rosak teruk serta air yang bertakung menjadikan tempat pembuangan sampah ini busuk semasa kerja memunggah sampah keluar.



Proses pembaikian juga dijalankan di tempat pembuangan sampah berdekatan dengan Blok C. Di harap ianya dapat menjadikan kehidupan di dalam Bayu Villa lebih selesa dan nyaman.

 

Saturday, May 23, 2015

Kebakaran Kotak Fius Elektrik Mengakibatkan Kebakaran Di Dalam Rumah.


Baru baru ini berlaku kejadian kotak fius elektrik terbakar. Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Semasa kejadian tiada orang dewasa yang berada di dalam rumah. 

Dipercayai terdapat sekurang kurangnya enam orang budak berada di dalam rumah dan sempat melarikan diri.



Kebakaran itu sempat dipadamkan mengunakan pemadam api dan bahagian yang terbakar tersebut telah menyebabkan keseluruhan kawasan lalu lalang di Blok D malap pada waktu itu.



Kejadian ini dipercayai berpunca daripada penggunaan kuasa elektrik yang besar sehingga menyebabkan kotak fius elektrik tersebut terbakar.


Rumah yang terbakar ini secara amnya tidak dapat di duduki memandangkan keadaan dalamannya yang begitu teruk sekali serta serbuk pemadam api yang bertaburan di sekitarnya.


Secara amnya kebakaran ini harus memperingatkan kita semua bahawa penggunaan elektrik kuasa besar secara serentak boleh mengakibatkan dawai elektrik tersebut terbakar.

Semasa pihak pengurusan membuat siasatan, di dapati kotak fius elektrik yang asal telah dialihkan daripada tempat yang asal.



Di dapati tempat asal kotak fius elektrik telah dialihkan semasa kerja pengubahsuaian dijalankan.


Berikut adalah tempat kotak fius elektrik yang asal yang diambil gambarnya daripada rumah yang berdekatan.


Kereta Yang Masih Melakukan Kesalahan Meletakan Kereta Mereka Sesuka Hati.



Kerja kerja mengunci tayar kereta masih giat dijalankan bagi memastikan tiada kesalahan yang diulangi dari masa ke semasa. 


Walaupun ianya merupakan masalah yang tidak habis habis, kerja penguncian serta amaran tetap dilaksanakan walaupun mendapat banyak tekanan secara keseluruhannya.








Penguncian tayar kereta dan tayar motor kebanyakan jatuh kepada kes kenderaan yang baru dan bagi kenderaan yang telah dikunci sebelumnya, kebanyakannya tidak mengulangi kesalahan tersebut.










Walau bagaimana pun pihak pengurusan dan pihak pengawal keselamatan tetap akan menjalankan aktiviti mengunci tayar jika perlu.