Wednesday, December 30, 2015

Kereta BMW Mengalami Kemalangan Teruk. Cuba Menyalahkan Pengurusan JMB Bayu Villa


Beberapa hari yang lepas terdapat seorang penduduk yang datang ke pejabat dan bertanyakan kepada pihak pengurusan berkenaan keretanya BMW mengalami kerosakan yang teruk di mana tayar keretanya meletup dan terdapat kesan kemek yang berlaku.

Beliau inginkan jawapan kenapa kereta yang diletak dalam kawasan Bayu Villa boleh mengalami kerosakan sebegitu teruk sekali?


Pihak pengurusan juga berasa hairan kenapa kereta yang diletak di dalam kawasan tempat letak kereta mengalami kerosakan yang begitu teruk. 


Selepas disiasat di dapati salah seorang penghuni rumah (anak) telah memandu keluar kereta tersebut dan mengalami kemalangan dan terus berpatah balik dan di letak semula ke dalam Bayu Villa. 


Jika dilihat kesan tarikan tayar kereta terdapat di atas jalan yang menunjukkan kereta tersebut telah mengalami kemalangan sebelum dibawa masuk ke dalam. Perkara ini disahkan oleh pihak pengawal keselamatan.


Thursday, December 24, 2015

Kerja Pemotongan Pokok Pisang Dijalankan Di Blok B


Kerja pembersihan serta pemotongan pokok pisang dijalankan bagi memastikan keadaan dalaman perkarangan Bayu Villa nampak cantik dan lawa.


Pemotongan ini dijalankan bagi memastikan Bayu Villa sebagai sebuah kawasan tempat tinggal pengsapuri yang mempunyai status tempat tinggal yang selesa dan bukanlah kawasan tempat tinggal yang berada di dalam kawasan kampung.



Kerja kerja pembersihan ini akan dijalankan dari masa ke semasa bagi menjamin mutu dan nilai Bayu Villa sentiasa berada pada tahap yang terbaik.


Tuesday, December 22, 2015

Dua Biji Buah Kereta Kena Ditarik Keluar Akibat Tunggakan.


Dua buah biji kereta telah ditarik akibat terdapat tunggakan. Pihak menarik kereta telah menunjukkan surat penarikan kereta serta lapuran polis telah dilakukan.












Thursday, December 17, 2015

Bumbung Kereta Terkena Palang Boom Gate.


Sebulan yang lepas akibat palang Boom Gate yang rosak ianya telah menyebabkan salah sebuah bumbung kereta terkena palang tersebut.


Akibat terkena palang boom gate, ianya telah menyebabkan calar keatas kereta tersebut.


Akibat kerosakan palang boom gate dan kereta tersebut terkena palang boom gate, pihak pengurusan terpaksa membayar ganti rugi.


Wednesday, December 16, 2015

Kutipan Sepanjang Purata 7 Bulan. Kos Perbelanjaan Semakin Tinggi.


Carta diatas menunjukkan jumlah kutipan semasa dari bulan Mei 2015 sehingga bulan Oktober 2015. Pada bulan Oktober pihak pengurusan JMB Bayu Villa dapat mengutip sebanyak RM100,805.81.

Jumlah ini sebenarnya cuma dapat menampung perbelanjaan JMB Bayu Villa pada setiap bulan dan ianya masih tidak cukup kukuh atau kuat untuk JMB menghalusi segala rintangan yang sedia ada seperti pembayaran tunggakan lama yang sedia ada.

Dengan kadar penerimaan wang penyelenggaraan yang begitu rendah, kewangan JMB Bayu Villa mungkin akan menghadapi masalah kewangan dalam masa yang terdekat dimana kos perbelanjaan setiap hari semakin meningkat dari masa ke semasa.

Tuesday, December 15, 2015

Kolam Renang Bertukar Jadi Hijau, Kerja Pencucian Dijalankan


Keadaan kolam renang yang begitu cepat bertukar warna selepas digunakan beberapa hari. Kerja kerja pembersihan dijalankan sebaik sahaja keadaan kolam renang nampak tidak begitu baik untuk digunakan.





Arahan kerja pembersihan dijalankan dengan serta merta bagi memastikan keadaan kolam renang sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh penghuni.



Bukan senang hendak menjaga penyelenggaraan kolam renang ini pada setiap masa. Dianggarkan perbelanjaan penyelenggaraannya memerlukan lebih kurang RM1,600.00 setiap bulan termasuk bahan klorin dan sebagainya.




Permandangan dari atas Blok D menunjukkan keadaan kolam renang berada dalam keadaan yang baik.


Monday, December 14, 2015

Rumah C-G-21 Kehilangan Duit Dompet. Dipercayai Masuk Melalui Bilik Dapur.


Tuan punya rumah C-G-21 petang Ahad membuat lapuran polis berkenaan rumahnya telah kena pecah masuk melalui tingkap dapur. 

Mengikut keterangan yang didapati daripada pengawal keselamatan, pencuri itu mencuri masuk di antara 2 pagi ke 3 pagi.



Dilapurkan cuma barangan seperti dompet yang didapati dicuri tetapi barangan yang lebih besar tidak hilang. Dipercayai di dalam dompet tersebut barangan yang hilang mengandungi wang, lesen, kad pengenalan dan kad bank.


Melihat kepada keadaan semasa dan melalui spekulasi yang diterima, dipercayai orang dalaman yang tinggal di dalam Bayu Villa yang melakukannya.


Saturday, December 12, 2015

Penyata Perbelanjaan Kewangan JMB Bayu Villa Untuk Bulan September 2015

Penyata perbelanjaan kewangan untuk bulan September 2015 telah dikemaskini. Untuk makluman anda semua, perbelanjaan pada bulan September 2015 ialah RM 114,267.62 berbanding dengan jumlah kutipan yang diterima berjumlah RM 94,741.18





Walaupun pada bulan September 2015 JMB Bayu Villa mengalami perbelanjaan defisit sebanyak -RM 19,526.44, namum pengurusan kewangan JMB Bayu Villa masih lagi berada dalam keadaan yang teratur.



Ringkasan Penyata Bulan September 2015

Jumlah tunai diterima        :  RM  94,741.18

Jumlah perbelanjaan tunai : RM 114,267.62
                                            --------------------
                                             RM -19,526.44

For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below.

Thursday, December 10, 2015

Penyata Perbelanjaan Kewangan JMB Bayu Villa Untuk Bulan Ogos 2015

Penyata kewangan untuk bulan Ogos 2015 telah dikemaskini. Untuk makluman anda semua, perbelanjaan pada bulan Ogos 2015 ialah RM123,841.00 berbanding dengan jumlah kutipan yang diterima berjumlah RM98,812.75





Pada bulan Ogos 2015 JMB Bayu Villa mengalami perbelanjaan defisit sebanyak -RM25,028.25, pengurusan kewangan JMB Bayu Villa pada ketika itu masih lagi boleh berurusan tetapi sedikit sebanyak menghadapi kesukaran untuk membuat pembaikian dengan secepat yang mungkin. 



Ringkasan Penyata Bulan Ogos 2015

Jumlah tunai diterima        : RM   98,812.75

Jumlah perbelanjaan tunai : RM 123,841.00
                                            --------------------
                                             RM -25,028.25


For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below.

https://www.facebook.com/groups/633869780048201/

Wednesday, December 9, 2015

Hutang Dengan Bank. Kereta Kena Tarik.


Selepas diteliti, didapati kereta ini berhutang dengan pihak Hong Leong Bank Berhad.



Tuesday, December 8, 2015

Pengawal Keselamatan Telah Dipecat Akibat Tingkah Laku Yang Memalukan.


Akibat minum arak yang terlalu kuat, pengawal keselamatan tersebut tidur berdekatan kedai depan berhampiran Hong Leong Bank Berhad.
 
Bukan begitu sahaja, malahan beliau telah memalukan Badan Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa apabila memakai baju pengawal keselamatan dan tidur di tepi jalanan.


Gambar ini diambil oleh seorang penghuni yang kebetulan lalu disitu dan terus mengambil serta memberi gambar ini kepada pihak pengawal keselamatan di Bayu Villa. 

Monday, December 7, 2015

Papan Tanda Yang Baru Untuk Kolam Renang.


Kerja menaikan papan tanda kolam renang telah siap sepenuhnya. Segala syarat dan tata tertib penggunaan kolam renang dipaparkan bagi memastikan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.



Papan tanda kolam renang ini dibuat mengikut papan tanda kolam renang yang ada pada jiran apartment Vista Bayu.




Air yang jernih dan cantik mengindahkan keseluruhan kawasan kolam renang dengan papan tanda kolam renang dipaparkan.