Monday, October 26, 2015

Pembayaran 9 Ansuran TNB Setakat Ini Berjumlah RM 152,811.79 Telah Dilaksanakan.


Megikut rekod yang tertera. JMB Bayu Villa telah berupaya membuat bayaran sehingga bulan Oktober 2015. Pembayaran ansuran sebanyak RM 152,811.79 telah dijelaskan setakat ini (9 ansuran).
 
Mengikut rekod TNB, masih tinggal lagi 15 pembayaran ansuran (RM254,686.50) yang harus dilaksanakan bagi menyelesaikan segala tunggakan yang sedia ada. Pembayaran terakhir akan selesai sepenuhnya pada bulan Januari 2017. 

Saturday, October 24, 2015

Penggunaan Kolam Renang Terpaksa Ditunda Penggunaanya.


Setelah dilihat ianya siap dan boleh digunakan, timbul pula masalah pengairan air ke dalam tangki penyimpanan yang menghadapi masalah. Setelah diteliti dan diperiksa didapati kolam renang kanak kanak menghadapi mendapan.


Melihat kepada keadaan ini, kerja kerja pengubahsuaian akan dijalankan bagi memastikan pengaliran air akan sentiasa berada pada kadar yang tetap. Oleh itu penggunaan kolam renang terpaksa ditangguh buat sementara waktu sehingga segala masalah berkenaan pengaliran air diselesaikan.

Friday, October 23, 2015

Isu Bermain Futsal Di Kawasan Gelanggang Badminton.


Isu budak budak bermain futsal di dalam kawasan gelanggang badminton kebelakangan ini telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan penghuni penghuni yang tinggal berdepan dengan gelanggang tersebut.

Keadaan ini menyebabkan kebanyakkan kanak kanak yang kecil tidak berpeluang untuk bermain pada waktu petang akibat tendangan futsal yang boleh menyebabkan kecederaan.

Tempoh beberapa hari yang lalu pihak pengurusan telah meninjau keadaan tempat tersebut dan telah menasihati budak budak tersebut supaya bermain di luar tetapi mendapat tentangan hebat daripada budak budak tersebut sehingga ada diantara mereka bersikap terlalu angkuh dan mencabar JMB Bayu Villa apabila disuruh supaya berhenti bermain futsal.


Setelah disiasat terdapat beberapa budak yang bermain bukannya tinggal di dalam Bayu Villa. Pihak pengurusan telah mengarahkan pihak pengawal keselamatan supaya memastikan di masa akan datang jangan membenarkan budak yang tidak tinggal di dalam untuk masuk ke dalam Bayu Villa.

Oleh kerana tiada jalan penyelesaian, pihak pengurusan telah merampas segala kon dan palang besi futsal supaya ianya dapat mengurangkan segala aktiviti futsal di masa akan datang.


Thursday, October 22, 2015

Kejadian Mencuri Bekalan Air Berlaku Lagi.

 
Kejadian mencuri bekalan air berlaku lagi. Kali ini ianya berlaku di Blok E tingkat 1. Pengurusan JMB Bayu Villa difahamkan unit rumah ini telah disewakan kepada seorang yang menguruskan restoran dan digunakan oleh pekerjanya.

Pemotongan bekalan air ini terpaksa dijalankan atas arahan pemilik unit tersebut. Pihak pengurusan telah awal awal memotong bekalan air tersebut. Tanpa diketahui mereka telah membuat penyambungan secara senyap senyap.  


Friday, October 9, 2015

Kolam Renang Hampir Siap. Proses Pembersihan Sedang Dijalankan.


Jika diteliti daripada gambar yang diambil semalam, kolam renang yang sedia ada sekarang melalui proses pembersihan untuk menghilangkan segala kekotaran akibat daripada takungan air yang dibiarkan selama beberapa minggu.


Kolam renang ini tidak dapat disiapkan mengikut jangkamasa yang ditetapkan disebabkan oleh masalah pam motor yang tidak berfungsi pada kadar yang sepatutnya. Ini telah menyebabkan kos pembaikan memakan sedikit masa untuk dipulihkan.
 
 
Kerja kerja pembersihan dalaman kolam akan dijalankan secepat yang mungkin selepas keadaan air nampak agak jernih untuk memastikan kolam renang ini dapat digunakan sepenuhnya.


Jaringan jaringan plastic akan dipasang dalam seminggu ini sebelum kolam renang ini dapat diguna pakai sepenuhnya dalam masa dua minggu ini.

 
Perlu diingatkan bahawa dengan pemulihan kolam renang ini, kos penyelenggaraan JMB Bayu Villa akan bertambah pada setiap bulan. 

 
Pengunaan kolam renang ini akan melalui beberapa peraturan yang akan ditetapkan oleh pihak pengurusan sebelum ianya dapat digunakan oleh penghuni yang tinggal di dalam.


Tuesday, October 6, 2015

Salah Parkir Tetap Dikunci. Syabas Kepada Pengawal Keselamatan.



Kesalahan meletakan kenderaan sesuka hati tetap mengundang pengawal keselamatan datang membuat rondaan serta mengunci tayar kenderaan tersebut.







Kes di mana tuan punya kereta mematahkan kunci besi tayar penguncian kereta kerana tidak berpuas hati kenderaannya di kunci. 
 


















 




 

 

Sunday, October 4, 2015

Kutipan Wang Penyelenggaraan Telah Berkurangan Dari Bulan Ke Sebulan.

Berikut adalah angka angka yang menunjukkan jumlah kutipan pada setiap bulan. Kali terakhir JMB memaparkan jumlah kutipan ini ialah untuk pengakhir bulan Julai 2015 (RM169,085.13).

Kali ini dipaparkan juga jumlah kutipan untuk bulan Ogos (RM98,812.75) dan juga bulan September (RM94,741.18). Jika dilihat dengan teliti, jumlah yang dapat dikutip semakin kurang. Tidak seperti setiap bulan dapat mengutip lebih daripada RM100,000.00 sebulan.

Jangkaan ini sememangnya tidak dapat dinafikan memandangkan jumlah kutipan tunggakan wang penyelenggaraan semakin berkurangan. Diharap jumlah yang dapat dikutip ini dapat menampung segala perbelanjaan harian Pengsapuri Bayu Villa.