Untuk makluman kepada sesiapa yang mengikuti kes ini, ingin kami terangkan sekali lagi bahawa ianya bukan isu menghasut atau dengki keatas pihak lain membuka dan menjalankan perniagaan di Bayu Villa. Ianya adalah semata mata untuk memastikan cara pemasangan adalah mengikut spesifikasi yang diluluskan.
Aduan dibuat supaya ianya tidak akan mendatangkan sebarang masalah keatas saluran paip Indah Water yang berada di Blok D.
Selepas pihak berkuasa menyiasat dan mendapati ianya tidak akan mendatangkan sebarang masalah, perniagaannya tetap boleh dijalankan.
Sebagai pemilik kedai yang sama sebaris, Mr Lee mempunyai hak untuk melakukan sebarang aduan yang dia fikirkan perlu dari masa ke semasa.
Lee
Boon Hoe
D-G-3A/D-G-5,
Bayu Villa Apartment,
Jalan
Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200
Klang,
Selangor. 25.05.2017
……………………………………………………………………………….
Ketua
Pengarah,
Bahagian
Kesihatan,
Majlis
Perbandaran Klang,
Bangunan
Bandar Sultan Sulaiman,
41100
Klang,
Selangor
Darul Ehsan.
Per:
Tiada Pelan Kelulusan Untuk Membuat Penyambungan Paip Ke Saluran Indah Water
Alamat
Premis Perniagaan: D-G-8, Bayu Villa Apartment, Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu
Perdana, 41200 Klang.
Berhubung
dengan perkara diatas, saya ingin pihak Majlis Perbandaran Klang mengambil
perhatian berhubung perkara diatas. Saya diberitahu bahawa pihak Majlis telah
menerima pelan penyambungan paip penapis minyak serta sisa sisa makanan pada
17.05.2017 diberikan oleh tuan punya Restoran Arti’s Corner.
Aduan
telah dilakukan kepada pihak pengurusan JMB Bayu Villa tetapi saya diberitahu
bahawa oleh pihak pengurusan bahawa pihak majlis telah meluluskan dan
membenarkan kerja pemasangan dijalankan.
Disini
saya ingin sarankan kepada pihak Majlis agar membuat siasatan menyeluruh ke
atas unit tersebut adakah pihak Majlis memberi kebenaran untuk membuat
pemasangan tersebut. Adakah restoran tersebut membuat penyambungan yang betul
dan mengikut spesifikasi Bahagian Kesihatan?
Melalui
gambarajah yang diberikan, pemasangan perangkap minyak tersebut seperti yang
dipohon oleh restoran tersebut menggunakan jalan penyambungan dan pembuangan air
(selepas melalui perangkap minyak) terus kedalam saluran paip tempat pembuangan
Indah Water dan bukan seperti gambarajah yang mengatakan ianya adalah longkang
belakang bangunan. Sebenarnya ianya adalah kawasan lalu lalang pejalan kaki di
dalam Bangunan Blok D.
Dibawah
kawasan lalu lalang ada satu saluran paip Indah Water. Pernah seketika dahulu
permis kedai yang sedia ada yang menjalankan perniagaan menghadapi kesan bau
yang teruk yang masuk melalui corong saluran paip Indah Water dan terus ke
kedai kami sehingga bau masakan serta kesan kotoran minyak yang begitu teruk
menyebabkan saluran paip Indah Water tersumbat dan air najis melimpah keluar
dengan teruknya.
Saya
berharap sungguh agar pihak Majlis memberi perhatian yang serius berhubung
perkara ini kerana saya tidak berharap perkara yang sama diulangi lagi. Sebagai
pemilik kedai saya tidak membantah sebarang apa jua perniagaan yang dijalankan
asalkan ianya mengikut spesifikasi dan kelulusan dari Jabatan Kesihatan.
Sekian
terima kasih,
Yang
benar,
……………………………….
Lee
Boon Hoe (012-2159897/016-2159897)
cc.
Pesuruhjaya Bangunan Klang
Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu
Villa