Bukti ini sudah dapat membuktikan terdapat kesalahan serta kecuaian yang berlaku. Jika dikaji serta dilihat dengan teliti pembayaran wang penyelenggaraan yang dibuat pada setiap hari berada dalam sekitar RM1,000 ke RM2,000 ke atas dan yang paling tinggi pun sehingga RM5,000 keatas.
Dalam sejarah kutipan wang penyelenggaraan Bayu Villa tidak pernah dalam sehari boleh mengutip sejumlah RM32,605.87.
Sejarah yang paling tinggi pun dalam sekitar RM15,000.00 sehari. Tetapi jumlah yang tertera ini menunjukkan ianya adalah suatu jumlah yang amat mengejutkan.
Sejarah yang paling tinggi pun dalam sekitar RM15,000.00 sehari. Tetapi jumlah yang tertera ini menunjukkan ianya adalah suatu jumlah yang amat mengejutkan.
Paparan penyata ini dikeluarkan bagi membuktikan bahawa jumlah kutipan yang dapat dikutip pada keseluruhan bulan Jun 2014. Agak menghairankan jika dilihat keluarbiasaan penerimaan jumlah tersebut yang mencecah RM32,605.87 dalam sehari.
Penyata penerimaan berserta dengan salinan resit sempat dicetak semasa Bendahari JMB Bayu Villa yang baru dilantik mengambil alih keseluruhan sistem kewangan JMB Bayu Villa.
Sewaktu cetakan penyata ini dikeluarkan, pengurusan baru berasa hairan kenapa terdapat begitu besar jumlah perbezaannya yang dapat diterima dalam sehari.
Dalam penyata akaun bank untuk bulan Jun 2014 tidak memaparkan terdapat jumlah RM32,605.87 yang dimasukkan ke dalam bank. Siasatan lanjut di dalam sistem menunjukkan kesemua bayaran di buat melalui penerimaan WANG TUNAI sahaja.
Setelah disiasat dengan teliti ternyata ianya adalah angkara beberapa orang dalaman yang melakukan jenayah setelah soal siasat dilakukan pada ketika itu.
Didapati terdapat ramai lagi yang terlibat dalam proses memalsukan serta memadamkan jumlah tersebut.
Didapati terdapat ramai lagi yang terlibat dalam proses memalsukan serta memadamkan jumlah tersebut.
Yang paling mengejutkan terdapat 3 akaun yang mempunyai jumlah tunggakan wang penyelenggaraan melebihi RM5,000.00 keatas dipalsukan serta dipadamkan. Disini kita dapat lihat keberanian mereka melakukan jenayah komersial yang melibatkan lebih kurang 20 puluh orang.
Pada ketika itu setelah beberapa bulan mengambil alih, tampil seorang dua datang membuat pengakuan bahawa akaun tunggakan mereka dipadamkan bagi mengelakan mereka daripada membuat sebarang bayaran tunggakan Bil Wang Penyelenggaran termasuk Bil Cukai Tanah, Bil Air dan Bil Insuran.
Bagi penghuni yang sedia ada, anda buatlah kajian dengan teliti dengan menghalusi setiap penyata yang ada dan melihat keseluruhan penerimaan bayaran yang diterima pada bulan Jun 2014 dan buatlah penilaian anda adakah terdapat elemen yang mencurigakan?
Oleh kerana ianya telah dibuat lapuran polis, nama nama yang ternyata diatas tidak akan dipaparkan nama mereka sehingga siasatan mengenainya selesai. Jika pihak pengurusan merasakan nama setiap individu perlu dipaparkan, kami akan memaparkannya mengikut kesesuaian masa.