Monday, November 30, 2015

Penyata Perbelanjaan Kewangan JMB Bayu Villa Untuk Bulan Julai 2015


Penyata perbelanjaan kewangan untuk bulan Julai 2015 telah dikemaskini. Untuk makluman anda semua, perbelanjaan pada bulan Julai 2015 ialah RM109,712.57 berbanding dengan jumlah kutipan yang diterima berjumlah RM167,885.13.





Walaupun pada bulan Julai 2015 JMB Bayu Villa mengalami pernerimaan tambahan sebanyak RM 58,172.56, namum pengurusan kewangan JMB Bayu Villa masih lagi berada dalam keadaan yang tidak memuaskan setakat penghujung bulan September 2015.





Ringkasan Penyata Bulan Julai 2015

Jumlah tunai diterima        : RM 167,885.13

Jumlah perbelanjaan tunai : RM 109,712.57
                                            --------------------
                                             RM  58,172.56

For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below.

https://www.facebook.com/groups/633869780048201/

Sunday, November 29, 2015

Salah Parking Masih Berlaku Tetapi Sudah Kurang.




















 











Saturday, November 28, 2015

Pengubahsuaian Panel Board Dan Kerja Memastikan Panel Elektrik Berfungsi.


 
Bagi memastikan kolam renang berfungsi sepenuhnya tanpa sebarang gangguan, kerja kerja pengubahsuaian panel elektrik kolam renang kepada yang baru dijalankan bagi memastikan tiada kerosakan yang akan berlaku kepada motor pengepam.
 



Kos perbelanjaan bagi pengubahsuaian ini juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk memperbaikinya kerana disebabkan ianya telah lama dan sudah berusia lebih dari 10 tahun.




Friday, November 27, 2015

Kolam Siap Sepenuhnya. Terima Kasih Kepada Penghuni Yang Sabar Menunggu.


 

Kolam renang telah siap sepenuhnya dengan pembukaannya pada 25hb November 2015. Kerja kerja menaik taraf serta memulihkan kolam renang sebenarnya amat memakan masa.
 
 
 
Bukan begitu sahaja ianya juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk memperbaikinya. Sememangnya bukan suatu perkara yang senang tetapi tetap juga kena dilakukan.



Boleh dikatakan keseluruhan perbelanjaan menaikkan kolam renang tersebut menelan perbelanjaan dalam purata RM38,000.00 termasuk bekalan air.
 
  
Boleh dikatakan perbelanjaan ini telah banyak mengurangkan dana Badan Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa. Di harap tiada apa apa yang berlaku ke atas kewangan JMB Bayu Villa.



Walau bagaimana pun peraturan menggunakan kolam renang ini akan diawasi dari masa ke semasa di mana penggunaan * Baju Kolam Renang * cuma dibenarkan.









 

Kerja pembaikian yang dijalankan bagi memastikan keadaan kolam renang berada pada tahap yang terbaik.













Pembersihan kolam renang juga perlu dilakukan pada setiap masa bagi memastikan tiada kekotoran yang ketara ke atas kolam renang.



 

Bilik tandas untuk lelaki dan perempuan telah siap sepenuhnya. Keadaan dalaman telah dibersihkan.