Monday, February 29, 2016

Mesyuarat Pertama Migrasi Air Berjalan Dengan Lancar.


Taklimat mengenai migrasi air telah selesai dijalankan pada 28.02.2016. Suasana perbincangan berjalan dengan lancar dan boleh  dikatakan kebanyakan penduduk atau penghuni yang hadir rata rata bersetuju mengenai rancangan tersebut.



Boleh dikatakan kehadiran amatlah memuaskan di mana ramai yang menghadirinya datang untuk mengetahui cara cara bagaimana migrasi akan dijalankan.



Buat masa ini Mesyuarat Agung harus diadakan dengan secepat yang mungkin untuk mendapatkan kelulusan sebelum ianya boleh dikemukan untuk perlaksanaan.



Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa menjangka proses ini akan mengambil masa selama 9 bulan ke 12 bulan untuk menyiapkan keseluruhan proses tersebut.



Sekarang timbul satu masalah yang baru iaitu bagaimana JMB Bayu Villa hendak menyediakan wang yang sebegitu banyak untuk proses pemasangan paip paip baru yang akan menelan belanja sebanyak ratusan ribu untuk keseluruhan 5 blok bangunan?



Thursday, February 25, 2016

Bilik Pam Motor Air Dipenuhi Air. Kerosakan Pada Bebola Penyekat Air.


Bilik pam motor air berdekatan Blok A dan Blok B telah dibanjiri air. Kejadian ini berlaku secara mengejut kerana bebola yang sepatutnya mengawal kemasukan air tiba tiba rosak dan air melimpah keluar menbanjiri keseluruhan bilik pam tersebut.



Kerja pembaikian sedang giat dijalankan bagi memastikan motor pam air dapat berfungsi semula. Disebabkan litar elektrik sudah terkena air, kerja membersih, mengering semula segala kotak panel fuis dan motor sedang dijalankan.




Kes ini berlaku pada waktu pagi iaitu pada hari ini (25.02.2016). Diharap semua penghuni di Blok A dan Blok B dapat bersabar dan menunggu segala proses pembaikian siap dijalankan.



Kerja pemeriksaan panel elektrik juga dijalankan bagi memastikan tiada masalah elektrik yang akan menyebabkan motor pam air mengalami kejutan.

Kemungkinan besar tiada bekalan air untuk hari Jumaat. Jika dapat disiapkan dalam masa yang terdekat kemungkinan besar air akan terus disalurkan secepat mungkin.


Buat masa ini segala masalah penggunaan air boleh digunakan  di bilik air kolam renang berdekatan Blok C dan Blok E 

Kereta Diletak Menghalang Proses Kecemasan. Bayi Dilahirkan Di Dalam Rumah


Semalam seorang penghuni yang tinggal di Blok A telah melahirkan seorang anak lelaki di rumahnya. Tetapi proses ini diganggu oleh sebuah kereta yang degil meletakan keretanya di depan lobby.


Ini menyusahkan pihak Ambulan untuk menjalankan tugas memberi perkhidmatan kepada ibu yang melahirkan anak. Mengikut maklumat diterima daripada pihak pengawal keselamatan, tuan punya kereta ini memang degil bila selalu diberitahu jangan sekali kali melekatkan kenderaannya sesuka hati.


Mujurlah tiada apa apa yang berlaku dan bayi itu selamat dilahirkan di dalam rumahnya. Walaupun pihak Ambulan menghadapi sedikit masalah tetapi kerja memberi perkhidmatan tetap dijalankan.



Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin mengucapkan tahniah kepada ibu yang selamat melahirkan anaknya di dalam rumah. Kedua duanya berada dalam keadaan yang sihat.


Diharap apa yang berlaku menjadi suatu pengajaran kepada penghuni di Bayu Villa supaya jangan lagi suka suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati kerana di waktu kecemasan tiada siapa yang tahu bila ianya akan berlaku.


Tuesday, February 23, 2016

Seorang Penghuni Meninggal Dunia Di Dalam Rumah (B-6-06)


Semalam seorang penghuni (tuan punya rumah) telah meninggal dunia di dalam rumahnya. Dipercayai beliau telah meninggal dunia selama 2 hari ke 3 hari.

Penghuni yang meninggal dunia adalah seorang penghuni lelaki Cina yang berumur 47 tahun.


Semasa pihak pengawal keselamatan membuat siasatan, didapati keadaan dalaman rumah telah mempunyai bau busuk. Pada waktu kejadian tiada sesiapa yang tinggal dengan beliau.

Perkara ini cuma disedari apabila sanak saudaranya datang mencari beliau untuk mengajak makan dan telah membuat panggilan talifon beberapa kali tetapi tidak dijawab oleh penghuni tersebut.


Oleh kerana kes ini melibatkan kematian mengejut, pihak polis telah dipanggil untuk menyiasat dan mengalihkan mayat tersebut.


Semasa mayat dijumpai, beliau sedang tidur seorang diri. Hasil maklumat yang diterima dipercayai penghuni tersebut mempunyai pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan sebagainya.


Kejadian ini berlaku pada lewat malam di antara jam 10.00 malam sehingga 12.00 malam.

Monday, February 22, 2016

Kerja kerja Memperbaiki Kunci Dan Pintu Di Blok A Dan Blok E Dijalankan.


Kerja pembaikian pintu pintu bilik sampah dan bilik telekom sedang giat dijalankan bagi memastikan kesemua tingkat mempunyai kunci serta pintu.

 
Kebanyakan pintu pintu yang berada di Blok A, Blok E telah rosak teruk dan ada setengahnya tidak mempunyai pintu langsung.



Pemeriksaan juga dijalankan mendapati kebanyakan kunci kunci pintu banyak yang rosak serta hilang. Kerja penukaran kunci juga dijalankan.


Selepas proses pembaikian ini boleh dikatakan keseluruhan pintu pintu di setiap blok di Bayu Villa telah siap diperbaiki.


Proses pembaikian pintu tandas kolam renang akan dijalankan tidak lama lagi.


Monday, February 15, 2016

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Januari 2016 - RM 162,530.10


Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan Januari adalah berjumlah 

RM 162,530.10

Disebabkan oleh jumlah yang diterima pada bulan Januari 2016 amat tinggi, ianya dapat membantu pihak pengurusan menguruskan segala proses pembayaran serta perbelanjaan yang sedia ada. 

Mujurlah jumlah yang diterima pada bulan Januari juga dibantu melalui proses pemberhentian perkhidmatan semasa bagi mereka yang enggan membayar kepada pihak pengurusan.

Sunday, February 14, 2016

Kesalahan Meletak Sesuka Hati. Penguncian Tayar Tetap Dijalankan.



Kesalahan meletak kereta sesuka hati masih lagi berlaku dan pihak pengawal keselamatan tetap melakukan kerja kerja mengunci tayar kenderaan.






Gambar gambar ini di ambil sepanjang dua bulan kesalahan yang melibatkan kenderaan motorsikal dan kereta.






Ada di antara kesalahan juga melibatkan meletakan kereta di tempat pakir penghuni. Kesemua kesalahan ini dikenakan denda kerana melakukan kesalahan.