Pada hari Isnin, mesyuarat diadakan bersama pengawal keselamatan mengenai tatacara penggunaan kolam renang yang akan dibuka pada hari Rabu (25.11.2015)
Pihak pengurusan Bayu Villa sebagai langkah menjaga keindahan dan tatatertib pengguna kolam renang akan meletakan seorang pengawal keselamatan di tepi kolam renang bagi menjaga penggunaannya.
Pengunaannya kolam renang kali ini akan diberi perlepasan selama 6 hari sehingga penghujung 30hb November 2015. Selepas tarikh tersebut (mulai 1hb Disember 2015) sesiapa yang tidak mengikut peraturan tidak akan dibenarkan berenang di dalam kolam renang tersebut.
Mesyuarat juga merangkumi penggunaan kad akses di bahagian Boom Gate di mana di dapati masih ramai lagi yang masih berhutang wang penyelenggaraan tetapi masih tetap dapat masuk ke dalam Bayu Villa.
Tuan Pengurus dan Tuan Bendahari JK JMB. Berkaitan kemasukkan bagi mereka yang tidak dapat menggunakan Access Card harap dapat terus diberikan kelonggaran. Kelembutan dalam ketegasan amat dihargai Penduduk BV kerana unit rumah didalam Bayu Villa adalah hak persendirian dan bukan hak syarikat. Unit rumah berharga Beratus Ribu Ringgit Malaysia manakala mungkin tunggakan penduduk sekitar <RM10K. Adalah tidak berbaloi jika JK JMB terus-terusan mengenakan tindakan drastik berlebihan kepada penduduk yang mungkin bermasalah kewangan. Pihak JK JMB yang dilantik atas pilihan penduduk maka bertindaklah seperti seorang penduduk. Untuk menghalang dan menidakkan hak penduduk saya khuatir ia akan mendatang lebih banyak kemudaratan, musibah dan bahaya terhadap Bayu Villa itu sendiri. Cukuplah dengan ketegasan dalam penggunaan fasiliti dalaman yang tegas, pemotongan bekalan air dan tindakan undang-undang. Mohon pertimbangan makluman ini. Terima kasih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThank you very much for all the hard work and effort. Much appreciated.
ReplyDelete