Showing posts with label Shop. Show all posts
Showing posts with label Shop. Show all posts

Saturday, May 27, 2017

Surat Aduan Diajukan Kepada Pihak Berkuasa Majlis Perbandaran Klang Memohon Periksa Spesifikasi Pemasangan.

Untuk makluman kepada sesiapa yang mengikuti kes ini, ingin kami terangkan sekali lagi bahawa ianya bukan isu menghasut atau dengki keatas pihak lain membuka dan menjalankan perniagaan di Bayu Villa. Ianya adalah semata mata untuk memastikan cara pemasangan adalah mengikut spesifikasi yang diluluskan. 

Aduan dibuat supaya ianya tidak akan mendatangkan sebarang masalah keatas saluran paip Indah Water yang berada di Blok D. 

Selepas pihak berkuasa menyiasat dan mendapati ianya tidak akan mendatangkan sebarang masalah, perniagaannya tetap boleh dijalankan.  

Sebagai pemilik kedai yang sama sebaris, Mr Lee mempunyai hak untuk melakukan sebarang aduan yang dia fikirkan perlu dari masa ke semasa. 





Lee Boon Hoe
D-G-3A/D-G-5, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang,
Selangor.                                                                                 25.05.2017

……………………………………………………………………………….

Ketua Pengarah,
Bahagian Kesihatan,
Majlis Perbandaran Klang,
Bangunan Bandar Sultan Sulaiman,
41100 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Per: Tiada Pelan Kelulusan Untuk Membuat Penyambungan Paip Ke Saluran Indah Water

Alamat Premis Perniagaan: D-G-8, Bayu Villa Apartment, Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang.

Berhubung dengan perkara diatas, saya ingin pihak Majlis Perbandaran Klang mengambil perhatian berhubung perkara diatas. Saya diberitahu bahawa pihak Majlis telah menerima pelan penyambungan paip penapis minyak serta sisa sisa makanan pada 17.05.2017 diberikan oleh tuan punya Restoran Arti’s Corner.

Aduan telah dilakukan kepada pihak pengurusan JMB Bayu Villa tetapi saya diberitahu bahawa oleh pihak pengurusan bahawa pihak majlis telah meluluskan dan membenarkan kerja pemasangan dijalankan.

Disini saya ingin sarankan kepada pihak Majlis agar membuat siasatan menyeluruh ke atas unit tersebut adakah pihak Majlis memberi kebenaran untuk membuat pemasangan tersebut. Adakah restoran tersebut membuat penyambungan yang betul dan mengikut spesifikasi Bahagian Kesihatan?

Melalui gambarajah yang diberikan, pemasangan perangkap minyak tersebut seperti yang dipohon oleh restoran tersebut menggunakan jalan penyambungan dan pembuangan air (selepas melalui perangkap minyak) terus kedalam saluran paip tempat pembuangan Indah Water dan bukan seperti gambarajah yang mengatakan ianya adalah longkang belakang bangunan. Sebenarnya ianya adalah kawasan lalu lalang pejalan kaki di dalam Bangunan Blok D.

Dibawah kawasan lalu lalang ada satu saluran paip Indah Water. Pernah seketika dahulu permis kedai yang sedia ada yang menjalankan perniagaan menghadapi kesan bau yang teruk yang masuk melalui corong saluran paip Indah Water dan terus ke kedai kami sehingga bau masakan serta kesan kotoran minyak yang begitu teruk menyebabkan saluran paip Indah Water tersumbat dan air najis melimpah keluar dengan teruknya.

Saya berharap sungguh agar pihak Majlis memberi perhatian yang serius berhubung perkara ini kerana saya tidak berharap perkara yang sama diulangi lagi. Sebagai pemilik kedai saya tidak membantah sebarang apa jua perniagaan yang dijalankan asalkan ianya mengikut spesifikasi dan kelulusan dari Jabatan Kesihatan.

Sekian terima kasih,


Yang benar,





……………………………….
Lee Boon Hoe (012-2159897/016-2159897)

cc.     Pesuruhjaya Bangunan Klang

          Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa















Thursday, March 12, 2015

Perniagaan Kedai Dobi Hendak Dijual. RM 58,000.00



Perniagaan Kedai Dobi (D-G-3) ini hendak dijual oleh pemiliknya. Harga yang ditawarkan berjumlah RM58,000.00 termasuk kesemua alat perkakas seperti meja, kerusi, almari, penghawa dingin (3 biji), seterika pakaian, 5 biji pembasuh pakaian dan sebagainya.




Pemilik kedai lobi ini telah berpesan bahawa segala barangan yang asal yang berada di dalam kedai dobi akan diberikan bersama dengan harga jualan tersebut termasuk segala urusan perniagaan yang belum dijelaskan oleh pelanggan.

Kepada mereka yang berminat boleh menghubungi nama di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Encik Lee 012-2159897 

   




Sewa sebulan kedai ini ialah RM1,000.00 sebulan dan ianya amat sesuai kepada sesiapa yang ingin mempunyai perniagaan sendiri.





Saturday, August 16, 2014

Kedai Depan D-G-10 Dibersihkan Setelah Di Sita Mahkamah.

Perintah Mahkamah yang di tampal di tingkap depan kedai tersebut. Pembersihan dijalankan pada hari ini untuk membersihkan segala sampah sarap yang bersepah di depan kedai.




Kedai Barangan Jualan Runcit Di Sita Oleh Mahkamah.


Semalam berlaku satu kekecohan di bawah kedai Blok D (D-G-10) di mana salah seorang tuan punya kedai membawa peguam, polis dan pihak mahkamah untuk menyita kedai tersebut serta memindahkan kesemua barangan tersebut. 


Pada waktu yang sama semua barangan yang berada di dalam di angkut keluar. Dipercayai pihak penyewa tidak membayar tunggakan sewa kepada tuan punya kedai. Apabila di minta berpindah, pihak penyewa mengugut tuan punya kedai. Disebabkan oleh keadaan sedemikian tuan punya kedai mengambil tindakan mahkamah.