Sunday, November 8, 2015

Kesalahan Meletak Kereta Merata Sudah Berkurangan.



Kesalahan meletak kereta merata semakin berkurangan. Jika ditinjau dari masa ke semasa, kesalahan meletakan kenderaan merata dapat dikurangkan.
 
Ini adalah satu petanda yang baik dan sememangnya haruslah berada dalam keadaan tiada gangguan pada setiap masa.




Syabas kepada pihak pengawal keselamatan yang selalu memberi perhatian mengenai kesalahan suka meletakan kenderaan secara suka hati.









Saturday, November 7, 2015

Palang Boom Gate "Masuk" Telah Dilanggar Lari.

 
Tempoh beberapa hari yang lalu, Palang Boom Gate untuk "Masuk" telah dilanggar tetapi tidak sempat ditangkap orang yang melanggarnya.
 

 
Setelah melanggarnya ianya terus lari. Kos pembaikian Palang Boom Gate ini baru sahaja diperbaiki tetapi tidak sampai seminggu dilanggar lagi.



 
Kos pembaikian yang baru sahaja dijalankan telah menelan belanja sebanyak RM 1,590.00 untuk diperbaiki.

 

Kini pihak pengurusan JMB Bayu Villa terpaksa mengeluarkan sejumlah wang pembaikian yang dianggap tidak seharusnya berlaku.

 

Thursday, November 5, 2015

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan September 2015 - RM 94,171.18

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sebagai langkah dan usaha menuju ke arah lebih yang lebih transpirasi, memaparkan jumlah kutipan wang penyelenggaraan yang berjaya dikutip pada bulan September 2015.


Jika di lihat daripada jumlah yang tertera di atas, jumlah kutipan yang berjaya dikutip pada bulan September 2015 adalah berjumlah RM 94,741.01 

Tuesday, November 3, 2015

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Ogos 2015 - RM 98,812.75

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sebagai langkah dan usaha menuju ke arah lebih yang lebih transpirasi, memaparkan jumlah kutipan wang penyelenggaraan yang berjaya dikutip pada bulan Ogos 2015.


Jika di lihat daripada jumlah yang tertera di atas, jumlah kutipan yang berjaya dikutip pada bulan Ogos 2015 adalah berjumlah RM98,812.75


Monday, November 2, 2015

Kerja Kerja Pembaikian Untuk Palang Boom Gate Siap.


Kerja kerja pembaikian Palang Boom Gate telah siap dilaksanakan. Kerja pembaikian ini menelan perbelanjaan dalam sekitar RM1,500.00 untuk disiapkan.




Kerosakan barangan mekanikal merupakan punca beberapa alatan mekanikal terpaksa ditukar dan diperbaiki. Untuk Palang Boom Gate keluar juga diperbaiki kerana terdapat kerosakan seperti gegaran apabila Palang Boom Gate turun.



Diharap kerja kerja penyelarasan Palang Boom Gate ini akan bertahan lama dan tidak menimbulkan sebarang masalah dalam masa yang terdekat.