Showing posts with label Boom Gate. Show all posts
Showing posts with label Boom Gate. Show all posts

Saturday, September 3, 2016

Kerja Pembaikian Boom Gate Telah Siap Dilaksanakan.


Setelah lebih kurang seminggu lebih Boom Gate tidak berfungsi akhirnya ianya telah diperbaiki.


Punca kerosakan disebabkan oleh aliran elektrik tidak sampai kepada motor boom gate. 


Kerosakan salah satu panel aliran elektrik telah menyebabkan kedua dua motor boom gate tidak dapat berfungsi.




Pemasangan paip tambahan ini terpaksa dilakukan bagi memastikan kedua dua motor dapat berfungsi seperti biasa. 


Untuk makluman semua, perbelanjaan memperbaikinya dalam anggaran RM 760.00 




Tuesday, August 23, 2016

Mesin Pembaca Kad Dilanggar Oleh Kereta Bomba.


Inilah akibat kerana ingin menyelamatkan sebuah unit rumah terbakar pada 19.08.2016 di Blok C, mesin pembaca boom gate telah rosak dilanggar oleh kereta Bomba. 



Kerosakkan ini adalah tidak disengajakan tetapi hakikatnya sememangnya tempat tersebut tidak boleh dilalui oleh kereta Bomba.

Perkara ini telah lama diberitahu oleh pihak Bomba mengenai masalah jalan yang sempit. 


Sebenarnya jalan yang paling sesuai untuk digunakan oleh pihak Bomba ialah laluan di Blok D. Kemungkinan maklumat tersebut tidak sampai kepada pihak Bomba.
 


Nampaknya pengurusan JMB Bayu Villa terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memperbaikinya.



Saturday, July 23, 2016

Mesin Boom Gate Yang Baru Telah Dipasang.


Setelah mengalami kerosakkan demi kerosakan akhirnya Badan Pengurusan (JMB) Bayu Villa terpaksa membuat keputusan menggantikan kepada mesin boom gate yang baru.


Kos perbelanjaan ini dalam anggaran RM5,800.00 untuk mendapatkan mesin boom gate yang baru. Pemasangan boom gate yang baru juga menggunakan kuasa motor jenis "heavy duty" yang tahan lasak akan kegunaannya.


Kontraktor yang lama tidak boleh diguna pakai lagi memandangkan mutu perkhidmatan mereka tidak memuaskan dan tidak menepati janji untuk memperbaikinya apabila diminta berbuat demikian.
 

Disebabkan oleh kewangan yang tidak cukup kukuh maka pembayaran pemasangan ini terpaksa dilakukan melalui pembayaran ansuran dan Bendahari JMB Bayu Villa yang terpaksa membuat perjanjian terjamin "Guarantor" dan dijamin oleh Encik Lee. Jika JMB Bayu Villa tidak berupaya membuat sebarang pembayaran maka Encik Lee akan membayar baki bayaran pemasangan.


Jaminan perjanjian ini terpaksa dilakukan bagi membolehkan kerja pemasangan ini dijalankan dengan secepat yang mungkin bagi mengatasi masalah kereta yang suka suka masuk kedalam Bayu Villa. Proses ini diharap dapat meningkatkan lagi kutipan wang selenggara.


Gambar di atas dan di bawah menunjukkan kerja kerja memasang talian elektrik yang baru bagi memastikan penukaran boom gate yang lama kepada yang baru.



Friday, June 17, 2016

Motor Boom Gate Masuk Mempunyai Keretakkan Dan Rosak.


Motor Boom Gate masuk ke dalam telah mengalami kerosakkan dan mempunyai keretakkan. Ini disahkan oleh kontraktor yang datang membuat pemeriksaan. Oleh itu harga baru akan diberi ke atas motor tersebut.


Boom Gate keluar telah diperbaiki tetapi cuma dapat digunakan untuk sementara waktu sahaja sebelum ianya rosak lagi.

Tuesday, May 17, 2016

Suasana Yang Kecoh Berlaku Dihadapan Boom Gate.


Pakcik ini tidak mengunakan kad akses. Katanya disebabkan oleh kenaikan wang selenggara dia tidak mahu membayar wang penyelenggaraan.

Keluar pun tidak mempunyai kad akses atau tidak mahu menggunakannya.



Ini lah gambar gambar gambar yang diambil bulan lepas bagi penghuni penghuni yang tidak mempunyai kad akses. Dipanggilnya pergi ke pejabat, kata mereka akan pergi dan sudah beberapa kali tidak pergi ke pejabat.



Perkara yang sama juga terhadap penghuni ini yang juga tidak mempunyai kad akses.



Macam macam yang boleh berlaku di dalam Bayu Villa. Menyusahkan kerja pengawal keselamatan apabila mereka yang berhutang tidak mahu membayar tunggakan tetapi hendak menggunakan tempat pakir kereta.




Monday, May 16, 2016

Kecoh Sampai Kereta Diletak Ditengah Jalan Masuk Boom Gate





Pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku di tempat masuk Boom Gate sehinggakan kereta ini diletakkan di tengah tengah kawasan masuk.

Kejadian ini berlaku pada minggu lepas. Sepatutnya hal sedemikian tidak seharusnya berlaku tetapi ianya tetap berlaku. 


Keadaan ini telah menyebabkan kereta tersebut telah menghalang kereta kereta yang lain tidak boleh masuk ke dalam Bayu Villa.


Pihak pengawal keselamatan telah berkali kali menyuruh tuan punya rumah ini menyelesaikan tunggakan atau menghadapi masalah masuk ke dalam Bayu Villa.


Perkara ini selalu sahaja terpaksa bertekak dan bukan sekali dua tetapi setiap kali sahaja memberi alasan sehinggakan tercetus perasaan tidak puas hati.

Lalu penghuni ini meletakkan  keretanya ditengah jalan masuk ke dalam Bayu Villa.


Anda sendirilah menilai tahap mentaliti setengah setengah penghuni di dalam Bayu Villa. Sudah tak jelaskan tunggakan wang penyelenggaraan, berhentikan kereta di tengah tengah dan tinggalkan kereta.

Monday, April 4, 2016

Palang Boom Gate Masuk Dilanggar Lagi.



Sudah jatuh ditimpa tangga. Beberapa hari yang lalu inilah yang berlaku kepada palang boom gate Bayu Villa. Tak habis habis dengan karenah setengah pemandu.


Kerja pembaikian terpaksa dijalankan lagi bagi memastikan palang boom gate berada dalam keadaan baik. Susah dan memang menyusahkan. Asyik asyik masalah palang boom gate yang tak sudah sudah.


Saturday, March 26, 2016

Penukaran Gear Palang Boom Gate Siap Dilakukan.


Gear Palang Boom Gate keluar telah diganti dengan yang baru. Penukaran ini perlu bagi memastikan ianya dapat berfungsi mengikut keadaannya.


Kerosakan ini telah menyebabkan Boom Gate ini tidak dapat berfungsi selama 3 minggu sehinggakan ada yang sudah mulai menyalahgunakan sistem ini. 

Sepatutnya ianya hanya untuk kereta keluar sahaja tetapi ada kereta mahupun motosikal menggunakannya untuk masuk.



Kos penukaran Gear Boom Gate ini telah menelan belanja lebih kurang RM 1,400.00 ke RM 1,600.00.


Saturday, March 12, 2016

Gear Palang Boom Gate Rosak. Kena Ditukar Kepada Yang Baru.


Seperti yang sedia maklum, gear palang boom gate yang rosak terpaksa ditukar kepada yang baru kerana ianya tidak dapat lagi berfungsi seperti sedia kala. 

Bila boom gate naik ianya akan turun dengan sendirinya.



Gear tersebut terpaksa dihantar untuk diperbaiki akan kerosakkannya. Sememangnya tiada siapa yang inginkan kerosakan ini berlaku tetapi pembaikian dan juga perbelanjaan kewangan harus dijalankan mengikut keadaan semasa.



Diharap selepas pembaikian ini, masalah yang sentiasa melanda boom gate ini tidak akan berulang lagi.