Wednesday, August 17, 2016

Kebocoran Paip Air Di Bumbung Atas Block E.


Tangki tempat penyimpanan air di atas Blok E mengalami kebocoran yang kuat sehinggakan kerja kerja memperbaikinya terpaksa dijalankan bagi menjimatkan penggunaan bekalan air. 


Jika di lihat melalui gambar di bawah, nampaknya air bertakungan di bumbung atas. Untuk makluman anda semua kerja pembaikian ini telah siap dijalankan.


2 bulan yang lepas bil bekalan air mencecah RM 32,000.00 sebulan. Satu jumlah yang amat besar dan perkara ini tak sepatutnya berlaku tetapi disebabkan olrh kebocoran, jumlah ini terpaksa juga dibayar.


Monday, August 15, 2016

Sebut Harga Kerja Migrasi Air Di Bayu Villa.


Berikut adalah sebut harga yang telah dijalankan pada bulan Mac 2016. Sebut harga ini dijalankan mengikut peraturan mendapatkan 3 sebut harga sebelum kerja itu diberi kepada kontraktor yang layak.


Tender Pertama - RM 185,040.00


 Tender Kedua - RM 203,795.00


Tender Ketiga - RM 245,178.00

Sebut harga ini dipaparkan setelah terdapat aduan daripada penghuni yang mengatakan kenapa harga pemasangan paip migrasi yang dijalankan dikatakan terlalu tinggi.

Untuk makluman anda semua sebut harga tender ini merupakan kontraktor kontraktor yang disyorkan oleh pihak SPAN (Suruhanjya Perkhidmatan Air Negara) dan merupakan kontraktor yang layak menjalankan kerja kerja migrasi mengikut spesifikasi kelulusan Syabas.



Di Vista Bayu Apartment kerja migrasi pemasangan paip air memerlukan RM 260.00 untuk seunit rumah. Bayaran tambahan akan dikenakan kepada sesiapa yang mempunyai sistem penapisan air yang dipasang di luar unit mereka.

Tuesday, August 9, 2016

Pemasangan Paip Baru Di Blok D Telah Siap.


Kerja pemasangan paip baru di Blok D telah pun siap dilakukan. Pemasangan sekarang beralih ke Blok E. Kerja kerja pemasangan perlu dilakukan dari semasa ke semasa.



Sebanyak 20 unit rumah telah dijalankan proses pemasangan ini. Masih ramai lagi yang belum membuat permohonan. Mengikut rekod yang sedia seramai lebih kurang 120 unit rumah telah memohon untuk mendapatkan penukaran baru ini.



Pemasangan paip baru ini akan diberhentikan setelah siap 100 unit rumah yang dipasang. Bagi pemasangan seterusnya, pihak kontraktor meminta 100 unit baru mereka menjalankan proses pemasangan paip baru.

Friday, August 5, 2016

Kerja Menebuk Lubang Paip Bermula Di Blok D.


Kerja kerja menebuk lubang paip telah bermula. Kini ianya telah mula dilakukan di Blok D mengikut informasi yang terbaru. 


Melalui informasi yang terbaru selepas Blok D siap ianya akan beralih ke Blok E. Mengikut maklumat yang informasi yang lepas Blok B sepatutnya akan dimulakan tetapi telah ditukar perancangannya.


Kerja kerja yang dilakukan adalah cuma membuat lubang saluran paip air dan kerja kerja pemasangsan dijangka akan dimulakan pada minggu depan. Buat masa ini kerja menebuk lubang diutamakan bagi memastikan 100 buah unit sempat disiapkan. 


Wednesday, August 3, 2016

Pihak Syabas Telah Membuat Pemeriksaan. Pemasangan Contoh Paip Baru Diluluskan.


Pihak Syabas telah membuat pemeriksaan terhadap contoh pemasangan paip yang baru. Kelulusan telah diberikan untuk menjalankan kerja pemasangan paip baru bagi membolehkan proses migrasi air dapat dijalankan dengan secepat yang mungkin.



Kerja pemasangan paip baru ini akan mula dijalankan pada minggu depan bermula di Blok B mulai hari Isnin. Proses ini akan mengambil masa memandangkan proses pemasangan ini cuma dapat dilakukan pada 5 unit atau 6 unit rumah dalam sehari.



Berikut adalah senarai 100 unit rumah pertama yang akan dijalankan kerja pemasangan paip baru mengikut siapa yang bayar dahulu akan dibuat pemasangan paip baru.


Blok A = 23 Unit
Blok B = 24 Unit
Blok C = 13 Unit
Blok D = 22 Unit
Blok E = 18 Unit

Dari masa ke semasa sila rujuk kepada notis di papan tanda bagi mendapatkan maklumat mengenai pemberhentian bekalan air semasa proses pemasangan paip yang baru. 

Gangguan bekalan air akan bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.