Showing posts with label Repairing. Show all posts
Showing posts with label Repairing. Show all posts

Saturday, February 18, 2017

Al-Kisah Masalah Penyambungan Paip Baru Di Blok E. Bahagian 4.



Penyambungan paip dari bilik pengepam terus ke Blok E telah pun disiapkan pada 15.02.2017 setelah tertangguh selama beberapa minggu.


Diharap penyiapan penyambungan paip ini akan membantu menyelesaikan segala masalah yang tersedia ada di mana kebocoran dapat dibendung untuk selama lamanya.



Cara penyambungan paip ini merupakan cara penyambungan yang terbaik dari segi susun atur supaya ianya tidak menghalang atau menyusahkan lagi penghuni yang tinggal disitu.




  

Buat masa ini tiada masalah yang berlaku lagi di Blok E dan pihak pengurusan sedang membuat pemeriksaan keatas keadaan kolam renang. Dipercayai terdapat paip yang bocor berdekatan dengan perjalanan paip air ke dalam kolam renang.


Friday, February 17, 2017

Al-Kisah Masalah Penyambungan Paip Baru Di Blok E. Bahagian 3.


Cadangan penyambungan paip air akan melalui longkang yang telah disarankan oleh kontraktor. Cara sedemikian akan menampakkan penyambungan ini lebih cantik dan tidak sakit mata apabila memandang.


Cadangan sedemikian sepatutnya dilaksanakan dengan secepat yang mungkin tetapi akibat terlalu banyak perayaan dan sambutan maka kerja perlaksanaan telah ditangguh dari masa ke semasa.


Penyambungan ini nampaknya lebih saksama tetapi kos untuk menanggung air yang melimpah keluar ke dalam longkang akan naik kepada beribu ringgit.



Thursday, February 16, 2017

Al-Kisah Masalah Pemyambungan Paip Baru Di Blok E. Bahagian 2.


Akibat bantahan yang begitu kuat daripada penghuni serta pertikaian mengenai kedudukan kekuatan konkrit yang dipotong, kerja kerja pengubahan dan pembaikian dijalankan dengan serta merta setelah selesai perbincangan. 



Kerja kerja pembaikian ini akan menelan kos perbelanjaan yang begitu tinggi akibat kecuaian pihak pengurusan yang telah membuat keputusan pada permulaanya serta tidak menilai akan pandangan setengah pihak di mana keseluruhan cara pemasangan paip pada permulaanya akan ditanggalkan dan akan melalui cara penyambungan yang baru.  


Batang besi yang dipotong akan disambungkan balik dan dikonkrit dengan sejenis bahan yang kuat bagi memastikan keutuhan konkrit tersebut.





Dua batang besi yang telah dikimpal bagi memastikan kekuatan pada struktur bahagian konkrik yang telah dipotong.


Campuran bahan simen serta sejenih bahan kimia bagi menguatkan simen yang akan ditampal bersamaan 2 batang besi yang telah dikimpal.





Paip paip penyambungan yang pada asalnya telah dipasang telah ditanggalkan keseluruhannya dan akan melalui sistem pemasangan menggunakan jalan alternatif yang baru.



Wednesday, February 15, 2017

Al-Kisah Masalah Penyambungan Paip Baru Di Blok E. Bahagian 1.


Kita masih ingat beberapa minggu yang lalu terdapat kebocoran paip dibawah tanah berdekatan dengan bilik pengepam tangki air berdekatan Blok E.

Akibat kebocoran ini keputusan telah diambil untuk memperbaiki kebocoran ini dengan memasang paip yang baru.




Kebocoran ini berlaku pada awal bulan Januari 2017 tetapi sehingga kini ianya masih belum siap dilaksanakan kerana menghadapi beberapa isu serta masalah akibat cara pemasangan dan aliran pemasangan paip yang tidak betul.



Melalui gambar yang sedia ada, pemasangan paip pada permulaanya bermula dengan memasang aliran paip melalui tempat lalu lalang yang telah dibuat keputusan oleh pihak JMB dan pihak pengurusan orang atasan. Akibatnya ianya mendapat bantahan yang cukup kuat sekali terutama dari penghuni penghuni yang tinggal di Blok E.


Ramai yang mempertikaikan cara pemasangan ini bukan saja tidak efektif kerana melalui lorong lalu lalang rumah yang ada dibawah tetapi ianya juga menghodohkan keadaan suasana dalaman tempat tersebut dan tempat ruang menunggu lif.



Malahan mendapat tentangan yang sangat kuat daripada penghuni kerana kontraktor memotong sebahagian konkrit untuk memudahkan paip tersebut mempunyai aliran perjalanan air yang mudah.



Akibat tentangan yang kuat dari penghuni di Blok E, kerja pemasangan paip dihentikan dengan serta merta untuk mencari jalan alternatif yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ini.

Pemberhentian kerja ini telah mengakibatkan kerja ini tergendala selama lebih dari 2 minggu dan dijangka jumlah air yang mengalir keluar beranggaran beribu ringgit mengalir ke dalam longkang.


Saturday, January 7, 2017

Paip Pecah Dan Paip Kolam Renang Bocor. Kerja Pembaikian Dijalankan Berdekatan Blok E



Pengsapuri Bayu Villa telah berusia lebih dari 10 tahun. Bila tempat dah lama pasti ada kerosakan disana dan disini. Kerja kerja pembaikian harus dijalankan bagi membaiki kebocoran paip yang berlaku di 2 tempat berdekatan Blok E dan kawasan kolam renang.





Untuk memastikan kerja pembaikian dijalankan tanpa sebarang gangguan, kolam renang akan ditutup bagi memudahkan kerja pembaikian dapat dijalankan. Air kolam renang terpaksa dikosongkan bagi memperbaiki keadaan semasa.





Apa yang berlaku sekarang akan membebankan keadaan kewangan Bayu Villa dimana kos perbaikian ini akan menelan sejumlah wang yang agak besar.
 




Kerja pembaikian ini perlu bagi mengurangkan kos bil air semasa yang telah meningkat kepada RM 25,000.00 ke RM 28,000.00 sebulan.





Buat masa ini perlaksanaan kerja pembaikian ini dapat memberi tekanan air yang kuat kepada Blok E yang mengalami gangguan tekanan air yang rendah.






Mengikut anggaran perbelanjaan air semasa termasuk pembaikian yang mungkin mencecah RM30,000.00 untuk menyiapkan segala proses dan kerja memulihkan kolam renang dan sebagainya.




Saturday, September 3, 2016

Kerja Pembaikian Boom Gate Telah Siap Dilaksanakan.


Setelah lebih kurang seminggu lebih Boom Gate tidak berfungsi akhirnya ianya telah diperbaiki.


Punca kerosakan disebabkan oleh aliran elektrik tidak sampai kepada motor boom gate. 


Kerosakan salah satu panel aliran elektrik telah menyebabkan kedua dua motor boom gate tidak dapat berfungsi.




Pemasangan paip tambahan ini terpaksa dilakukan bagi memastikan kedua dua motor dapat berfungsi seperti biasa. 


Untuk makluman semua, perbelanjaan memperbaikinya dalam anggaran RM 760.00