Monday, December 22, 2014

Pemotongan Bekalan Air Di Blok D Akan Dilaksanakan Pada Minggu Ini.

Pemotongan bekalan air di Blok D akan dilaksanakan pada minggu ini. Perlaksanaan pemotongan bekalan air ini yang sepatutnya dijalankan pada minggu lepas terpaksa ditangguhkan kepada minggu ini kerana menghadapi krisis paip air yang pecah atau bocor di Blok B dan Blok C.


Kerja memperbaiki saluran paip air yang pecah telah disiapkan. Oleh itu kerja pemotongan bekalan air tetap akan dilaksanakan.

Pemotongan bekalan air ini akan melibatkan jumlah tunggakan sebanyak RM 500.00 keatas.

Sunday, December 21, 2014

Hanya 106 Unit Rumah Yang Menerima Pelan Ansuran.

Setelah bertungkus lumus pihak pengurusan JMB Bayu Villa memotong bekalan air untuk mendapatkan tunggakan wang penyelenggaraan (sehingga tarikh hari ini 21hb December 2014) cuma terdapat seramai 106 unit rumah atau tuan punya rumah (owner) telah keluar dan berjumpa dengan pihak pengurusan JMB Bayu Villa untuk menandatangani surat ansuran pelan pembayaran ansuran masing-masing. 

Daripada jumlah tersebut jika dibandingkan dengan jumlah 760 unit rumah yang terdapat di Bayu Villa ianya amat memeranjatkan kerana peluang telah diberi kepada mereka untuk menyelesaikan isu tunggakan mereka.

Nombor Unit Rumah Yang Menerima Pelan Ansuran

1)    A-G-05, A-G-06, A-G-16, A-G-23, A-G-23A, A-G-25

2)    A-1-01, A-1-02, A-1-05, A-1-11, A-1-21, A-1-25

3)    A-2-06, A-2-09, A-2-11

4)    A-3-01, A-3-03, A-3-18, A-3-25

5)    A-4-05, A-4-15, A-5-07

6)    B-G-01, B-G-3A, B-G-07, B-G-23A, B-G-25, B-G-28, B-G-33

7)    B-1-02, B-1-03A, B-1-12, B-1-17, B-1-28

8)    B-2-03A, B-2-21, B-2-22, B-2-23, B-2-26, B-2-33

9)    B-3-05, B-3-20, B-3-31

10)  B-4-1, B-4-12A, B-4-15, B-4-17, B-4-18, B-4-26, B-4-28, B-4-32, B-4-33

11)  B-5-15, B-5-20,

12)  B-6-07

13)  B-7-3A

14)  C-G-3, C-G-3A, C-G-08, C-G-10, C-G-16, C-G-18, C-G-21, C-G-22, C-G-23A, C-G-26, C-G-29,

15)  C-1-26
 
16)  C-2-03A, C-2-10

17)  C-3-18

18)  C-4-06, C-4-09, C-4-12, C-4-16, C-4-17, C-4-21, C-4-27, C-4-29

19)  C-5-07, C-5-12A

20)  D-1-08

21)  D-2-02, D-2-12A

22)  D-3-15

23)  D-4-08, D-4-12, D-4-17, D-4-22, D-4-23, D-4-23A

24)  D-6-01, D-7-01

25)  E-G-02, E-G-03, E-G-3A, E-G-08, E-G-21

26)  E-1-18

27)  E-2-08, E-2-21

28)  E-3-06, E-3-17

29)  E-4-07

30)  E-5-10

31)  E-6-03


106 Units until 21th December 2014

Saturday, December 20, 2014

Kerja Securiti Tak Habis Habis Memberi Notis.



Kerja securiti atau pengawal keselamatan tak habis habis memberi notis and amaran kepada setiap kereta yang menyalahi undang undang meletakan kereta mereka sesuka hati.



Ada yang suka meletakan kereta mereka di petak tempat meletak kereta kepunyaan tuan punya rumah. Banyak insiden dan kejadian meletakan kereta di petak oarang lain menyebabkan kereta tersebut terpaksa dikunci bagi memastikan kesalahan tidak akan berulang lagi.



Dari masa ke semasa kejadian meletakan kereta mereka sesuka hati semakin berkurangan. 

Tinjauan pada waktu malam menunjukkan cuma segelintir iaitu sebuah dua kenderaan sahaja yang melakukan kesalahan. Satu peningkatan dari segi masalah gangguan meletakan kenderaan mereka sesuka hati. 





Thursday, December 18, 2014

C-G-23 Unit Rumah Yang Dipecah Masuk. Waktu Pecah Masuk Tidak Diketahui.


Sebuah rumah yang bernombor C-G-23 telah dimasuki pencuri. Dipercayai rumah tersebut telah lama dipecah masuk dengan kehilangan barangan berjumlah beribu ringgit.

Mengikut keterangan tuan punya rumah, rumah ini telah dipecah masuk kali kedua. Kali pertama dipecah masuk berlaku pada bulan Julai yang lepas.


Sebuah TV yang berukuran 40 inci telah hilang termasuk barangan kemas. Rumah tersebut tidak mempunyai penguni sepanjang masa. Tuan punya rumah bekerja di Seremban. Beliau akan balik sekali dua dalam sebulan.


Waktu dan bila unit rumah tersebut dipecah masuk masih tidak diketahui. Kemungkinan seminggu dua atau sebulan yang lepas. 

Yang menghairankan ialah pintu besi tersebut tidak rosak tetapi mangga tersebut telah dipotong dan kunci pintu kayu juga telah dirosakkan. 


Gambar adalah sumbangan daripada Encik Rashid - Pegawai Pengawal Keselamatan

Wednesday, December 17, 2014

Bil Syabas Berjumlah RM 24,056.15 Telah Dijelaskan.


Bil Syabas yang berjumlah RM 24,056.15 telah dijelaskan pada hari ini untuk bil penggunaan air di antara bulan Oktober dan November. Mengikut kiraan bil Syabas yang terbaru, jumlah penggunaan air sebulan berada dalam purata RM 23,000.00 ke RM 25,000.00

Pembayaran bil seterusnya jatuh pada 12-01-2015. Bil tersebut berjumlah dalam sekitar RM 23,500.00. Baru hari ini sahaja bil ini dijelaskan tetapi hari ini juga menerima bil air yang terbaru.