Thursday, December 18, 2014

C-G-23 Unit Rumah Yang Dipecah Masuk. Waktu Pecah Masuk Tidak Diketahui.


Sebuah rumah yang bernombor C-G-23 telah dimasuki pencuri. Dipercayai rumah tersebut telah lama dipecah masuk dengan kehilangan barangan berjumlah beribu ringgit.

Mengikut keterangan tuan punya rumah, rumah ini telah dipecah masuk kali kedua. Kali pertama dipecah masuk berlaku pada bulan Julai yang lepas.


Sebuah TV yang berukuran 40 inci telah hilang termasuk barangan kemas. Rumah tersebut tidak mempunyai penguni sepanjang masa. Tuan punya rumah bekerja di Seremban. Beliau akan balik sekali dua dalam sebulan.


Waktu dan bila unit rumah tersebut dipecah masuk masih tidak diketahui. Kemungkinan seminggu dua atau sebulan yang lepas. 

Yang menghairankan ialah pintu besi tersebut tidak rosak tetapi mangga tersebut telah dipotong dan kunci pintu kayu juga telah dirosakkan. 


Gambar adalah sumbangan daripada Encik Rashid - Pegawai Pengawal Keselamatan

No comments:

Post a Comment