Thursday, March 26, 2015

Mesyuarat Perlaksanaan Pengunaan Kad Akses Mulai 1hb April 2015.


Mesyuarat bersama dengan pengawal keselamatan diadakan dengan pihak pengurusan bagi membincangkan pengunaan kad akses yang akan dilaksanakan serta perbincangan meningkatkan mutu perkhidmatan pengawal keselamatan yang menjaga dalaman Bayu Villa.



Taklimat juga diberikan bahawa mulai 1hb April 2015, pembukaan Boom Gate akan dikurangkan dari masa ke semasa bagi memastikan keadaan keselamatan dalaman Bayu Villa terjaga.


Pihak pengawal keselamatan telah diberikan arahan bahawa sesiapa yang tidak mempunyai kad akses tidak dibenarkan masuk mulai 1hb April 2015. Bagi mereka yang mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan semasa atau tunggakan bulan Mac 2015 juga tidak akan dibenarkan membeli serta mengunakan kad akses.


Wednesday, March 25, 2015

Kerja Mengindahkan Keseluruhan Kawasan Taman Berjalan Lancar.




Kerja kerja memotong dan mengindahkan keseluruhan kawasan Bayu Villa berjalan dengan lancar di mana kebanyakan pokok pokok kecil dipotong dengan secara rapi bagi menjaga keindahannya.





Di dalam kawasan dalaman juga dahan dahan yang jatuh atau layu di potong bagi menjaga keindahannya.




Dengan proses pemotongan pokok tumbuhan yang panjang ini, ianya dapat mencantikan keadaan keseluruhan Bayu Villa dan menaikan keseluruhan imej yang sedia ada.





Kawasan lalu lalang di bahagian Blok D juga dipotong bagi mencantikkan keadaan tempat tersebut.



Tuesday, March 24, 2015

Kereta Kena Pecah Cermin Lagi. Insiden Berlaku Di Luar Perkarangan Bayu Villa.



Insiden cermin kereta yang kena pecah semakin teruk dan boleh dikatakan pencuri tersebut tidak lagi menghiraukan adakah kereta itu mempunyai barangan berharga atau tidak?



Ianya lebih kepada pecah dahulu, geledah apa yang ada di dalam kereta walaupun kereta tersebut tidak mempunyai barangan berharga.


Monday, March 23, 2015

Pemotongan Bekalan Air Tetap Dijalankan Setiap Minggu. Minggu Ini Blok B Akan Dipotong Bekalan Air.



Proses pemotongan bekalan air tetap akan dijalankan bagi memastikan hasil kutipan tunggakan wang penyelenggaraan tetap dapat menampung jumlah perbelanjaan yang harus ditanggung oleh JMB Bayu Villa setiap bulan.



Minggu lepas pihak pengurusan memotong bekalan air di Blok E dan Blok A. Proses pemotongan air di Blok B akan dijalankan pada minggu ini.



Diharap kepada semua penghuni yang mempunyai tunggakan supaya memastikan unit mereka membuat bayaran semasa mereka untuk mengelak pemotongan bekalan air ke atas unit mereka.  


Sunday, March 22, 2015

Boom Gate Keluar Telah Siap Diperbaiki. Berfungsi 100 Peratus.



Boom Gate telah siap diperbaiki sepenuhnya. Ianya dapat berfungsi sehingga 100 peratus tanpa sebarang masalah sehingga kini. Perlaksanaannya penggunaannya dijangka bermula pada 1hb April 2015. 




Mulai minggu depan 24hb Mac 2015, penghuni penghuni di Bayu Villa disarankan supaya pergi ke pejabat JMB Bayu Villa untuk mendapatkan kad akses mereka kerana mulai 1hb April 2015, pihak pengawal keselamatan tidak akan membuka boom gate setiap kali.



Dengan menggunakan perbelanjaan sebanyak hampir RM10,000.00, Boom Gate ini dapat beroperasi sepenuhnya ini termasuk sebiji komputer untuk memprosesnya.





Diharap penggunaan Boom Gate ini juga dapat mengawal penghuni penghuni yang mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan semasa daripada keluar masuk setiap kali. 




Pembaikian juga melibatkan penukaran kotak Boom Gate akibat dilanggar oleh lori sampah MPK sebulan yang lepas. Perlanggaran ini juga menyebabkan pembelian kotak tersebut menelan perbelanjaan sehingga RM 1,400.00