Wednesday, August 19, 2015

Bil Elektrik Semasa Bulan Jun Dan Bayaran Ansuran Bulanan Telah Jelas Dibayar.


Bil elektrik semasa untuk bulan Jun yang berjumlah RM8,179.69 dan bayaran ansuran kali ke enam sebanyak RM16,976.10 telah dijelaskan.



RM16,976.10 x 6 kali = RM101,856.60. Jumlah ini telah menunjukkan bahawa JMB Bayu Villa telah berupaya menjalankan kewajipannya dalam menjelaskan tunggakan yang sedia ada. SERATUS RIBU merupakan satu jumlah yang amat besar. 



Jika jumlah tersebut jatuh kepada pengurusan JMB Bayu Villa yang lepas, kemungkinan besar Pengsapuri Bayu Villa menjadi Rumah Pangsa Kos Rendah dan muflis.

For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below. 

Monday, August 17, 2015

Penyata Kewangan Bank JMB Bayu Villa Sehingga Tarikh 13hb Mei 2015


Untuk makluman anda semua penyata kewangan berakhir 13hb Mei 2015 dipaparkan untuk tantapan semua penghuni. Seperti yang anda sedia maklum kali terakhir penyata kewangan JMB Bayu Villa yang dipaparkan adalah penyata kewangan yang bertarikh 13hb April 2015.



Baki sehingga 13hb Mei 2015 ialah RM91,230.62

Sunday, August 16, 2015

"Kaburator" Motosikal Di Curi


Tempoh beberapa hari yang lepas sebuah motosikal yang di letak di depan Blok D telah mengalami kecurian "Kaburator". Mengikut sumber maklumat yang diberikan oleh tuan punya motosikal memberitahu bahawa kejadian ini telah berlaku lebih kurang 4 kali.


Jika di lihat dan di kaji cara pencuriannya, ianya berlaku pada waktu larut malam. Kemungkinan pencuri tersebut telah tahu selok belok keadaan persekitaran Bayu Villa.


Atas kecurian ini lapuran polis telah dilakukan di balai polis.

Saturday, August 15, 2015

Jumlah Wang Penyelenggaran Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Mei 2015 - RM103,083.68

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sebagai langkah dan usaha menuju ke arah lebih yang lebih transpirasi, memaparkan jumlah kutipan wang penyelenggaraan yang berjaya dikutip pada bulan Mei 2015.


Jika di lihat daripada jumlah yang tertera di atas, jumlah kutipan yang berjaya dikutip pada bulan Mei 2015 adalah berjumlah RM103,083.68 

Friday, August 14, 2015

Papan Maklumat Yang Lebih Besar Disediakan.


Papan maklumat yang lebih besar disediakan bagi memberi kemudahan kepada semua penduduk untuk mendapatkan berita terkini daripada pihak pengurusan.



Di harap segala maklumat dapat diberitahu dengan secepat yang mungkin bagi memudahkan kerja kerja pengurusan menjalankan tugas yang sepatutnya.