Sunday, August 16, 2015

"Kaburator" Motosikal Di Curi


Tempoh beberapa hari yang lepas sebuah motosikal yang di letak di depan Blok D telah mengalami kecurian "Kaburator". Mengikut sumber maklumat yang diberikan oleh tuan punya motosikal memberitahu bahawa kejadian ini telah berlaku lebih kurang 4 kali.


Jika di lihat dan di kaji cara pencuriannya, ianya berlaku pada waktu larut malam. Kemungkinan pencuri tersebut telah tahu selok belok keadaan persekitaran Bayu Villa.


Atas kecurian ini lapuran polis telah dilakukan di balai polis.

No comments:

Post a Comment