Sunday, December 6, 2015

Salah Parking Lagi. Tayar Masih Dikunci Jika Melakukan Kesalahan.



Perkara yang sama setiap kali berlaku kesalahan sebegini. Kesalahan meletak merata tempat tetap akan dikunci tayar mereka.









Diharap semua penghuni tetap mematuhi segala undang undang yang sedia ada, jika tidak kompaun kesalahan tetap akan dikenakan juga.



Saturday, December 5, 2015

Kerja Pembaikian Kunci Pintu Di Blok B Telah Dilaksanakan.


Kerja kerja pemulihan dan pembaikian yang sedang dijalankan di Blok B telah pun siap. Kerja kerja ini perlu bagi memastikan setiap pintu di setiap tingkat dapat berfungsi seperti biasa.

 

Sudah lebih dari 10 tahun banyak kunci pintu pintu yang sedia ada rosak dan tidak pernah diperbaiki.
 
 
Kerja penukaran kunci adalah untuk memastikan tiada maslah kecurian air yang berlaku serta kecurian kabel talifon berlaku.
 




 

Friday, December 4, 2015

Proses Pemotongan Bekalan Air Masih Dijalankan - Blok D

 
 
Proses pemotongan bekalan air masih lagi dijalankan bagi memastikan penghuni penghuni mengikut peraturan yang ditetapkan.
 
 
Pembayaran wang penyelenggaraan harus dikutip setiap bulan bagi menjamin pengaliran dana untuk kewangan JMB Bayu Villa.

 

Badan Pengurusan JMB Bayu Villa akan tetap meneruskan agenda bagi memastikan perbelanjaan memperbaiki segala kerosakan yang ada di Bayu Villa sentiasa dapat dipulihkan.





Thursday, December 3, 2015

Pengumuman Penting Berkaitan Penggunaan Kolam Renang.


Notis ini akan memainkan peranan yang penting dalam memberitahu bahawa sesiapa yang ingin menggunakan kolam renang harus memohon kad penghuni.

Wednesday, December 2, 2015

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Oktober 2015 - RM 100,805.81

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sebagai langkah dan usaha menuju ke arah lebih yang lebih transpirasi, memaparkan jumlah kutipan wang penyelenggaraan yang berjaya dikutip pada bulan Oktober 2015.
Jika di lihat daripada jumlah yang tertera di atas, jumlah kutipan yang berjaya dikutip pada bulan Oktober 2015 adalah berjumlah
RM 100,805.81