Friday, February 12, 2016

Suspek Pencuri Motor Telah Ditangkap Di Dalam Bayu Villa.

Pada 29.01.2016 ada seorang penghuni yang tinggal di Blok E telah membuat lapuran Polis mengenai kejadian kehilangan motosikalnya jenis Modenas (JFE 6584) di dalam perkarangan Bayu Villa. 



Ketika berlakunya kecurian tersebut tiada siapa yang tahu bagaimana motosikal itu dicuri. Kemungkinan ianya dicuri pada 28.01.2016.

Selang beberapa minggu kemudian, motosikal yang telah hilang didapati keluar masuk di dalam Bayu Villa tetapi menggunakan nombor plat lain. Rupa rupanya ianya telah dicuri oleh seorang suspek penghuni India yang tinggal di Blok A.



Suspek tersebut cuma menukar nombor plat motosikal tersebut dari JFE 6584 kepada BHA 4522.

Walaupun nombor plat motor terebut telah ditukar tetapi jenis jenama motor iaitu Kriss Modenas yang berwarna hitam masih lagi boleh dikenali.


Melalui maklumat yang diterima dan didapati, suatu tindakan pantas telah diambil iaitu mendapatkan nombor chasis enjin dan terus dibuat pemeriksaan oleh tuan punya motor tersebut dan didapati ianya adalah motosikal beliau. Tuan punya motosikal ialah penghuni Bayu Villa yang tinggal di Blok E.


Panggilan polis dilakukan bagi membuat aduan serta membuat tangkapan dan semasa pemeriksaan dijalankan didapati terdapat 2 belah ke 3 belah pisau tersorok di tempat duduk motosikal.

Rupa rupanya suspek ini mungkin menjalankan aktiviti yang tidak sihat seperti samun dan sebagainya. Jika dikaji dari segi kecurian yang berlaku di dalam Bayu Villa, kebanyakan kes pencurian dalaman Bayu Villa banyak dilakukan oleh penghuni yang tinggal di dalam.


Pihak polis terus mengari suspek pencuri tersebut dan dibawa terus ke balai polis untuk menjalankan siasatan adakah motosikal ini dicuri oleh suspek tersebut.

Thursday, February 11, 2016

Kerja Pemotongan Pokok Dijalankan Bagi Memastikan Keindahan Bayu Villa


Proses memotong dahan dahan pokok yang panjang dijalankan bagi memastikan keindahan Bayu Villa sentiasa terjaga.



Walaupun sudah lebih setahun kerja pemotongan ini tidak dijalankan, kerja kerja mengemas kini keadaan dalaman Bayu Villa sentiasa diperhatikan agar dahan dahan pokok yang terlalu panjang tidak mengganggu keselamatan penghuni.



Waktu yang lapang serta pembersihan sampah yang telah siap membolehkan kesemua pekerja ini bekerja lebih masa bagi menjimatkan kos perbelanjaan pengurusan Bayu Villa.



Atas daya usaha mereka, Bayu Villa kini dapat menikmati keindahan yang sepenuhnya. Ianya bukan yang terbaik tetapi sekurang kurangnya dapat memberi keselesaaan kepada penghuni.








Syabas kepada pekerja pekerja yang telah bertungkus lumus memotong serta membersihkan keseluruhan Bayu Villa.






Wednesday, February 10, 2016

Kejadian Mencuri Kasut. Tiga Budak Lelaki India.


Baru baru ini terdapat tiga orang budak India mencuri kasut rumah penghuni di Blok D. Ianya sempat dirakam melalui CCTV dan telah disebarkan kepada pihak pengawal keselamatan.
 
Dipercayai pencurian ini mungkin penghuni yang tinggal di dalam pengsapuri Bayu Villa. Boleh dikatakan sifat nakal yang membuatkan mereka mencuri. Walau bagaimana pun kita seharusnya berhati hati supaya kejadian ini tidak berulang lagi.

Tuesday, February 9, 2016

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Disember 2015 - RM 92,939.08

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sebagai langkah dan usaha menuju ke arah lebih yang lebih transpirasi, memaparkan jumlah kutipan wang penyelenggaraan yang berjaya dikutip pada bulan Disember 2015.



Jika di lihat daripada jumlah yang tertera di atas, jumlah kutipan yang berjaya dikutip pada bulan Disember 2015 adalah berjumlah 

RM 92,939.08

Sunday, February 7, 2016

Tahi Manusia Atau Tahi Kucing? Pembersihan Tetap Dijalankan.


Kemungkinan tahi kucing kalau dianalisa dengan lebih dekat. Kejadian ini selalu saja berlaku di Blok A. Walau bagaimana pun pihak pengurusan tetap akan membersihkannya.

Agak susah juga bagi mengawal kucing kucing liar daripada berkeliaran.
  


Pembersihan lantai juga dijalankan di bahagian tangga bagi mengatasi kekotoran akibat minum minuman keras dan muntah di keseluruhan bahagian tangga.




Diharap proses pembersihan ini akan dilakukan pada setiap masa bagi memastikan kebersihan diutamakan.