Friday, February 12, 2016

Suspek Pencuri Motor Telah Ditangkap Di Dalam Bayu Villa.

Pada 29.01.2016 ada seorang penghuni yang tinggal di Blok E telah membuat lapuran Polis mengenai kejadian kehilangan motosikalnya jenis Modenas (JFE 6584) di dalam perkarangan Bayu Villa. 



Ketika berlakunya kecurian tersebut tiada siapa yang tahu bagaimana motosikal itu dicuri. Kemungkinan ianya dicuri pada 28.01.2016.

Selang beberapa minggu kemudian, motosikal yang telah hilang didapati keluar masuk di dalam Bayu Villa tetapi menggunakan nombor plat lain. Rupa rupanya ianya telah dicuri oleh seorang suspek penghuni India yang tinggal di Blok A.



Suspek tersebut cuma menukar nombor plat motosikal tersebut dari JFE 6584 kepada BHA 4522.

Walaupun nombor plat motor terebut telah ditukar tetapi jenis jenama motor iaitu Kriss Modenas yang berwarna hitam masih lagi boleh dikenali.


Melalui maklumat yang diterima dan didapati, suatu tindakan pantas telah diambil iaitu mendapatkan nombor chasis enjin dan terus dibuat pemeriksaan oleh tuan punya motor tersebut dan didapati ianya adalah motosikal beliau. Tuan punya motosikal ialah penghuni Bayu Villa yang tinggal di Blok E.


Panggilan polis dilakukan bagi membuat aduan serta membuat tangkapan dan semasa pemeriksaan dijalankan didapati terdapat 2 belah ke 3 belah pisau tersorok di tempat duduk motosikal.

Rupa rupanya suspek ini mungkin menjalankan aktiviti yang tidak sihat seperti samun dan sebagainya. Jika dikaji dari segi kecurian yang berlaku di dalam Bayu Villa, kebanyakan kes pencurian dalaman Bayu Villa banyak dilakukan oleh penghuni yang tinggal di dalam.


Pihak polis terus mengari suspek pencuri tersebut dan dibawa terus ke balai polis untuk menjalankan siasatan adakah motosikal ini dicuri oleh suspek tersebut.

No comments:

Post a Comment