Wednesday, April 13, 2016

Bola Pelampung Rosak Lagi. Mujur Tiada Apa Apa Yang Rosak.


Menjaga kerja penyelenggaraan bukanlah sesuatu perkara yang senang. Kadang kadang pada waktu malam berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. Ianya berlaku beberapa hari yang lalu.

Bilik pengepam air berdekatan Blok A dan Blok B tiba tiba dimasuki air akibat kerosakan bola pelampung. Mujrlah tiada kerosakan yang berlaku kerana air sempat ditutup sebelum ianya memenuhi bilik pengepas tersebut.





Tuesday, April 12, 2016

Kerja Pembaikian Tangki Air Besar Di Blok E Masih Belum Siap.


Tempoh beberapa hari yang lalu, tangki besar di Blok E diperbaiki bagi mengekang masalah air yang keluar melimpah akibat kebocoran. 

Kerja kerja pembaikian ini masih belum siap dan memerlukan sehari dua lagi untuk menyiapkannya.


Notis pemberitahuan akan diberikan sekali lagi supaya kerja pembaikian ini dapat diselesaikan sepenuhnya.


Monday, April 11, 2016

Pencuri Pecah Masuk Rumah


Sebuah rumah di Blok A telah dipecah masuk pencuri. Terdapat wang dan talifon bimbit yang hilang. Kejadian berlaku pada hari Sabtu yang lepas.


Lapuran polis telah dilakukan keatas kejadian ini. Keadaan dalaman rumah nampaknya bersepah setelah pencuri itu menyelongkar keseluruhan rumah.




Kejadian berlaku ke atas rumah yang bernombor A-G-07. Barangan yang besar tidak hilang. Kemungkinan kecurian ini dilakukan oleh orang dalaman.



Saturday, April 9, 2016

Rumah Disimbah Cat Merah Oleh Ah Long.


Disebabkan oleh kesalahan anaknya meminjam wang daripada Ah Long, inilah akibatnya sebuah rumah di Blok B telah dituangkan dengan cat merah.


Kejadian ini berlaku beberapa hari yang lalu. Kes sedemikian dah sememangnya boleh berlaku di mana mana tetapi tidak sangka ianya akan berlaku di Bayu Villa di mana terdapat pengawal keselamatan yang sedang bertugas.


Kesian melihat keluarga mereka terpaksa bertungkus lumus membersihkan keseluruhan kawasan halaman rumah mereka termasuk dinding dinding yang telah dituangkan cat.


Walaupun masih terdapat sedikit sebanyak kesan cat yang masih ada, kerja membersihkannya sudah siap. Diharap kejadian ini tidak berulang lagi kerana ianya amat menyusahkan keluarga yang tidak berdosa ini.


Friday, April 8, 2016

Kerja Pembersihan Bumbung Atap Kereta Tempat Pakir Siap.



Pembersihan tetap dijalankan di sekitar Bayu Villa bagi memastikan lebihan daun yang gugur tidak memberi kesan kekotoran di kawasan tempat pakir.



Ianya adalah sesuatu tugas yang harus dijalankan pada setiap masa supaya bumbung tempat pakir terjaga.