Friday, May 13, 2016

Kereta Dan Motosikal Yang Terbiar Telah Ditarik Keluar


Berhubung dengan kereta kereta dan motosikal lama yang telah lama diletak di dalam kawasan pengunjung akhirnya telah ditarik keluar dari Bayu Villa.

Masih lagi terdapat beberapa buah kereta lama yang tidak dapat ditarik kerana tidak memenuhi syarat penarikan yang sah.


Kontraktor yang mempunyai lesen menarik kereta dan motosikal lama telah dilantik beberapa bulan yang lalu untuk menjalankan kerja kerja pembersihan ini.




Kos perbelanjaan yang dikenakan oleh syarikat ini berjumlah RM 575.00.


Tuesday, May 10, 2016

Proses Pembaikian Paip Air - Pemberhentian Bekalan Air


Block A - 11.05.2016 

 
Block B - 12.05.2016


Block D - 13.05.2016

Tong Sampah Yang Baru Harus Dibeli Untuk Mengantikan Yang Lama.


Inilah merupakan keadaan kawasan tempat pembuangan sampah yang telah penuh berdekatan Blok A. Akibat tong sampah yang rosak pihak kontraktor MPK tidak mahu mengutip sampah tersebut.




Tong tong sampah yang sedia ada telah diperbaiki beberapa kali tetapi telah tiba masanya untuk menukarkannya kepada yang baru.


Setelah 4 hari sampah bertaburan, pihak kontraktor MPK datang mengutip sampah sampah tersebut.




Sampah yang diletak beberapa hari itu telah mengakibatkan ribuan ulat cacing terbiak di dalam tempat pembuangan sampah












Kawasan longkang dan jalan yang berada di sebelahnya mengalami bau yang busuk akibat sampah yang terbiar selama beberapa hari.






Proses pembelian tong sampah yang baru berada dalam peringkat perbincangan di mana setiap tong sampah yang baru bernilai RM 2,544.00 sebuah. 

Bahagian tempat pembuangan sampah di Blok A memerlukan 2 tong sampah yang baru.



Sunday, May 8, 2016

Tidak Mengikut Peraturan Yang Sepatutnya. Salah Parkir.





Kereta diletak dalam keadaan merbahaya. Walupun tempat pakir sendiri tetapi ianya sepatutnya diletakkan pada keadaan yang betul.








Secara amnya tempat ini boleh digunakan untuk meletakkan kereta mereka pada waktu pagi dan petang dengan syarat tuan punya kereta ada berdekatan bukan untuk letak semalaman.