Wednesday, August 31, 2016

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Julai 2016 - RM138,121.88


Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan Jun adalah berjumlah

RM 138,121.88


Thursday, August 25, 2016

Kebakaran Fuis Berlaku Di Rumah Blok D-2-01



Beberapa hari yang lalu berlaku lagi kebakaran fuis di sebuah rumah. Kebakaran berlaku di Blok D-2-01. Kecoh dan huru hara berlaku apabila fuis rumah tersebut terbakar.


Kebiasaan kebakaran fuis elektrik akan berlaku jika penggunaan elektrik digunakan secara berlebihan dan teramat panas sehingga fuis tidak tahan lalu terbakar.


Mujurlah ianya sempat diselamatkan sebelum merebak keatas keseluruhan rumah. Sewaktu fuis terbakar penghuni sempat menalifon Encik Saiful untuk datang dan terus mencabut suis meter  di luar premis bagi mengelakkan bekalan elektrik terus mengalir ke sana.


Insiden kebakaran fuis ini bukanlah pertama kali berlaku. Ianya telah berlaku ke atas beberapa unit rumah di Bayu Villa akibat penggunaan elektrik yang amat besar penggunaannya.


Berhati hatilah apabila menggunakan elektrik dan pastikan ianya tidak digunakan secara berlebihan bagi mengelakkan fuis bekalan elektrik terbakar lagi.

Tuesday, August 23, 2016

Mesin Pembaca Kad Dilanggar Oleh Kereta Bomba.


Inilah akibat kerana ingin menyelamatkan sebuah unit rumah terbakar pada 19.08.2016 di Blok C, mesin pembaca boom gate telah rosak dilanggar oleh kereta Bomba. 



Kerosakkan ini adalah tidak disengajakan tetapi hakikatnya sememangnya tempat tersebut tidak boleh dilalui oleh kereta Bomba.

Perkara ini telah lama diberitahu oleh pihak Bomba mengenai masalah jalan yang sempit. 


Sebenarnya jalan yang paling sesuai untuk digunakan oleh pihak Bomba ialah laluan di Blok D. Kemungkinan maklumat tersebut tidak sampai kepada pihak Bomba.
 


Nampaknya pengurusan JMB Bayu Villa terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memperbaikinya.



Monday, August 22, 2016

Kebakaran Berlaku Di Blok C-2-21. Waspadalah Kepada Setiap Penghuni.


Tempoh beberapa hari yang lalu (19hb Ogos 2016) kebakaran telah berlaku di sebuah unit rumah di Blok C-2-21. Mujurlah kebakaran ini dapat dipadamkan dengan tindakan pantas daripada beberapa penduduk, Encik Saiful dan rakan rakan.



Walaupun panggilan bomba telah dibuat yang cuma mengambil masa selama 20 minit untuk sampai, api dapat dipadamkan dengan serta merta.



Semasa kebakaran berlaku dipercayai penghuni tersebut tengah tidur bersama dengan anaknya di bilik depan dan tidak sedar bahawa kebakaran sedang berlaku.




Kebakaran ini berpunca daripada kebocoran gas yang berlaku. Mujurlah tiada apa apa yang buruk berlaku.




Melalui gambar kita dapat lihat kebakaran yang sederhana telah berlaku dan kerosakan yang sedia ada memang teruk.






Demi menyelamatkan rumah unit rumah yang terbakar kereta Bomba yang sepatutnya melalui jalan masuk depan Blok D telah terus melalui jalan di depan Blok A dan blok B. Ianya telah mengakibatkan mesin pembaca kad rosak dilanggar oleh kereta Bomba.


Friday, August 19, 2016

Kes Pecah Masuk Rumah Lagi. E-4-21


Pada 17.08.2016 berlaku lagi kejadian pecah rumah di Blok E-4-21. Melalui maklumat yang diterima kemungkinan kejadian ini dilakukan oleh orang dalaman.
.

Kejadian di percayai berlaku di antara jam 4.00 petang sehingga 7.00 malam. Melalui penerangan penghuni beliau keluar pada pukul 3 lebih dan balik jam 7 malam.



Barangan seperti TV LCD juga turut hilang. Melalui gambar kita dapat lihat keseluruhan rumah diselongkar oleh pencuri tersebut.



Pecah masuk ini dapat dilakukan kerana ciri keselamatan yang ada pada pintu depan tidak kukuh dan ianya amat senang untuk dipecah masuk.




Di harap mulai saat ini kesemua penghuni berhati hati dalam menjaga keselamatan rumah mereka. Jika terlihat sesiapa yang mencurigai dan merayau rayau di Bayu Villa sila hubungi pihak pengawal keselamatan.