Friday, November 4, 2016

Lapuran Polis Telah Dibuat - Pemotongan Bekalan Air Telah Dilakukan.

 

Berhubung kejadian penghuni rumah (E-2-05) membawa parang keluar untuk menetak pengurus bangunan, pihak pengurusan telah membuat lapuran polis.


Pihak Polis telah datang mengiringi pihak pengurusan membuat pemotongan bekalan air dan menutup lubang yang pecah.


Penghuni yang membawa parang tidak kelihatan, semasa kehadiran pihak polis beliau tidak berada di dalam rumah.


Terima kasih kepada pihak polis kerana membantu pihak pengurusan menjalankan tugas dan juga pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurus Bangunan Encik Shashie serta pekerjanya yang berani mengharungi situasi yang genting.


Thursday, November 3, 2016

Penyewa Membawa Parang Keluar Hendak Menetak Pengurus Bangunan Dan Encik Saiful.


Masih ingat lagi tak rumah yang bernombor E-2-05. Semalam Encik Lee membuat tinjauan setelah seorang penghuni yang tinggal dibawah membuat aduan bahawa tingkat atas paip air mengalir keluar.

Selepas disiasat dan didapati rumah itu masih mencuri air lagi. Arahan telah diberikan untuk memotong pada hari keesokannya.


Hari ini berlaku kejadian di mana penyewa tersebut keluar membawa parang keluar dan lari menuju ke arah Pengurus Bangunan dan ingin menetak atau menikam beliau. 

Mujur tindakan pantas Pengurus Bangunan berlari dari tempat tersebut apabila beliau mendapati bahaya akan melandanya.


Beberapa keping gambar sempat diambil sebelum beliau sempat membuat sesuatu. Lapuran Polis akan dilakukan bagi membuat tangkapan ke atas orang tersebut.



Setelah dipotong bekalan airnya beberapa kali, penyewa tersebut datang membuat bayaran penuh tetapi tidak mahu membuat pembayaran penalti yang dikenakan akibat perbuatan mencuri air. 

Oleh kerana pembayaran penalti tidak dibayar, pihak pengurusan tidak menyambung balik paip meter tersebut. Hari ini pihak pengurusan memotong bekalan airnya lagi tetapi disambut dengan sebilah PARANG.


Gambar air yang dicuri 3 minggu yang lepas dan perbuatan mencuri air masih berlaku sehingga hari ini.

Tuesday, October 18, 2016

Penalti Sebanyak RM30.00 Akan Dikenakan Setiap Bulan Bagi Penghuni Yang Tidak Memohon Migrasi Air Mulai Bulan November.



Mulai bulan November 2016, pihak pengurusan akan mengenakan caj tambahan atau denda sebanyak RM 30.00 setiap bulan bagi unit unit rumah yang masih belum memohon proses "Migrasi Meter Individu Syabas".

Tindakan drastik ini diambil kerana ianya tidak adil dan munasabah bagi individu individu yang telah pun membuat bayaran dan permohonan masing masing (terdapat 200 unit yang telah membuat bayaran)

Tujuan tindakan penalti adalah untuk meningatkan setiap individu mahupun unit rumah supaya tidak melambatkan proses migrasi yang sedang berjalan.

Selepas caj penalti sebanyak RM 30.00 dikenakan setiap bulan keatas setiap unit rumah, pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang rayuan keatas tuntutan penalti tersebut. 

Caj penalti RM 30.00 ini akan dikenakan setiap bulan sehingga anda memohon proses migrasi ini.




Tuesday, October 11, 2016

Tunggakan Lama Bayu Villa Kepada TNB Hanya Tinggal RM 50,928.30 (3 Bulan Lagi)

Masih ingat lagi tak? Pada bulan September 2014 semasa Ahli Jawatankuasa baru mengambil alih, Bayu Villa mempunyai tunggakan dalam anggaran RM 500,00.00 keatas pihak TNB. 



Selepas dibayar sebahagiannya pada penghujung tahun 2014 dan awal tahun lepas 2015 (Januari), Bayu Villa mempunyai hutang atau tunggakan sekurang kurangnya RM 407,429.29 sebelum perjanjian pembayaran ansuran dilaksanakan tetapi sehingga hari ini hutang tunggakan Bayu Villa kepada TNB hanya tinggal RM 50,928.30.


Hanya tinggal 3 bulan lagi pembayaran ansuran tunggakan kepada pihak TNB berjaya diselesaikan sepenuhnya. Untuk makluman anda semua pihak pengurusan JMB Bayu Villa sudah 2 bulan ke 3 bulan tidak membuat pembayaran bil semasa TNB disebabkan oleh bil TNB kebelakangan ini tidak tepat dan caj yang dikenakan ke atas Bayu Villa tidak sama rata pada setiap bulan. 

Tetapi pihak pengurusan Bayu Villa akan cuba sedaya upaya  untuk menyelesaikan tunggakan tersebut dengan secepat yang mungkin.

Saturday, October 8, 2016

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan September 2016 - RM 95,979.08




Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan September 2016 adalah berjumlah
RM 95,979.08

Mengikut rekod jumlah yang tertera diatas keadaan kewangan JMB Bayu Villa nampaknya sedang menghadapi krisis kewangan. Jika jumlah ini tidak dapat dikekalkan pada tahap jumlah kutipan melebihi RM100,000.00 sebulan, JMB Bayu Villa akan mengambil tindakan drastik ke atas ganguan bekalan air yang sedia ada.

Tindakan sedemikian sememangnya perlu pada setiap masa bagi mengimbangi segala perbelanjaan yang sedia ada di dalam kewangan Bayu Villa.