Showing posts with label Restoran. Show all posts
Showing posts with label Restoran. Show all posts

Thursday, June 1, 2017

Surat Aduan Kepada IWK

Lee Boon Hoe (012-2159897 / 016-2159897)
D-G-3A/D-G-5, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9,
Taman Bayu Perdana,
41200 Klang.                                                                 26.05.2017

……………………………………………………………………

IWK (Unit Klang)
Lot 130, South Klang Valley Centralised Sludge Treatment,
Facilities, Jalan Klang Banting,
42000 Klang, Selangor, Malaysia

Tuan/Puan,

Per: Penyambungan Dan Pembuangan Air Terus Ke dalam Saluran Indah Water.

Alamat Premis Restoran : D-G-08, Bayu Villa Apartment, Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor.

Berhubung dengan perkara diatas, saya sebagai pemilik sebaris dengan kedai restoran ingin mendapatkan bantuan dan informasi dari pihak IWK berhubung dengan kerja pemasangan paip air buangan hasil dari sisa makanan dan masakan (selepas melalui perangkap minyak) terus mengalir ke dalam saluran Indah Water.

Adakah cara penyambungan ini tidak akan mendatangkan sebarang masalah yang boleh menyebabkan saluran Indah Water tersumbat atau berminyak?

Dahulu pernah berlaku kes di mana saluran IWK menghadapi kesan bau yang teruk yang masuk melalui corong saluran paip Indah Water dan terus ke kedai kami sehingga bau masakan serta kesan kotoran minyak yang begitu teruk menyebabkan saluran paip Indah Water tersumbat dan air najis melimpah keluar dengan teruknya. 

Di sini saya sertakan salinan surat aduan saya kepada pihak Majlis Perbandaran Klang yang meminta agar pihak Jabatan Kesihatan dan Perlesenan menyiasat kes pemasangan ini. 

Tujuan aduan ini ialah untuk memastikan tiada masalah yang akan timbul di masa akan datang kerana saliran pembuangan sisa makanan dan minyak (selepas melalui perangkap minyak) akan terus mengalir kedalam saluran Indah Water.

Kerja sama dari pihak tuan amatlah saya hargai dan berharap pihak IWK dapat menyiasat adakah cara pembuangan air ini terus ke dalam saluran Indah Water sebenarnya tidak akan menimbul sebarang masalah di masa depan.

Sebagai pemilik kedai yang sentiasa membayar bayaran caj IWK setiap masa berharap pihak IWK dapat memberi ulasan mengenai kes ini. Saya tidak membantah sebarang apa jua perniagaan yang dijalankan asalkan ianya mengikut spesifikasi dan kelulusan dari pihak berkuasa.

Sekian terima kasih,






……………………………………

Lee Boon Hoe (012-2159897 / 016-2159897)

Thursday, May 25, 2017

Lapuran Polis Keatas Encik Lee Dan Surat Memohon Maaf

Berhubung dengan kejadian yang berlaku dimana lapuran polis telah di buat oleh Encik Prakash mendakwa Encik Lee telah mencerobohi kedai beliau. Di sini adalah fakta fakta yang yang menunjukkan kenapa kejadian ini boleh berlaku.


Hak sebagai pemilik kedai di Bayu Villa Apartment

Encik Lee sebagai pemilik kedai sebaris dengan kedai Restoran Arti's Corner berhak menyuarakan kebimbangan ke atas cara pemasangan paip tersebut yang terus disalurkan kedalam saluran Indah Water. 

Pernah dahulu (Blok D) kejadian seperti ini berlaku mengakibatkan keseluruhan kawasan saluran Indah Water penuh dengan minyak dan berbau busuk sehingga limpahan air najis yang bertakung. Tindakan diambil setelah menerima gambar dari penghuni yang menyuarakan kebimbangannya.

23.05.2017 (Jam 5.15 petang)

Untuk memastikan kerja kerja tersebut mengikut tatacara yang betul dan mendapat kelulusan, Encik Lee membuat lapuran bertulis ke pejabat JMB Bayu Villa untuk menyerahkan surat aduan berhubung dengan kes pemasangan paip secara terus kedalam saluran pengaliran air Indah Water. 


Kandungan Surat

* Please do take action on this (D-G-8) matter. The shop has installed a new piping to Indah Water Sewerage hole. Previously there was major issue at the back lane when the shop flush all their dirt to the hole causing all the sewerage hole oily and it smell very bad. Please take an action by dismantle the pipe. Thank you *

Sewaktu Encik Lee menyerahkan surat aduan tersebut, pihak pengurusan telah memberitahu bahawa Encik Prakash telah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang untuk menjalankan kerja pemasangan paip tersebut.


Pengurus Bangunan Cik Eswary telah menunjukkan beberapa keping surat bahawa kerja kerja pengubahsuaian ini telah mendapat kelulusan bersamaan dengan kelulusan untuk "memasang perangkap minyak" dan tiada tindakan akan diambil kerana pihak pengurusan JMB Bayu Villa tidak mempunyai halangan membenarkan kerja dijalankan. 


Jika dikaji dari gambarajah yang disediakan, Restoran Arti's Corner mendapat lesen perniagaan PADA 15.05.2017 atas syarat beliau harus mematuhi beberapa perkara:

1) Mendapatkan Suntikan Typhoid
2) Menghadiri Kursus Mengendalikan Makanan
3) Memasang Perangkap Minyak
4) Menjaga Kebersihan Premis
5) Mematuhi Syarat Syarat Premis Makanan
6) Mematuhi Syarat Syarat Perlesenan

Dan pada 17.05.2017 Encik Prakash menghantar beberapa pelan cadangan cara membuat pemasangan tersebut. Persoalannya sekarang?

1)Surat cadangan menunjukkan ianya DITERIMA dan bukan DILULUSKAN ??? Jadi disini kita dapat lihat ada perbezaan diterima dan diluluskan.



2) Dalam masa yang begitu singkat, belum sampai seminggu sudah boleh mendapat kelulusan?

3) Dalam pelan cadangan, gambarajah menunjukkan selepas melalui tangki sisa makanan dan minyak, air buangan terus mengalir ke LONGKANG BELAKANG BANGUNAN
(informasi yang salah - sepatutnya air buangan terus mengalir ke saluran Indah Water)


23.05.2017 (Jam 6.00 petang)

Untuk memastikan bahawa Restoran Arti's Corner ada membuat pemasangan yang betul serta memasang perangkap minyak dan sisa makanan, Encik Lee telah pergi ke kedai tersebut untuk menyiasat dengan sendirinya atas kesahihan pelan tersebut. 

Sebelum masuk Encik Lee ada meminta kebenaran untuk masuk ke kedai tersebut daripada salah seorang pekerjanya yang sedang menjalankan kerja pengubahsuaian. Setelah dibenarkan masuk, Encik Lee memantau cara pemasangan serta mengambil beberapa keping gambar untuk dirujuk kepada pihak MPK atas kebimbangan ianya akan mengakibatkan saluran Indah Water tercemar oleh air buangan.




24.05.2017 (Jam 3.00 petang)

Pada hari keesokannya jam 3.00 petang Encik Lee menerima panggilan talipon dari Sarjan Shafaun meminta Encik Lee hadir ke Balai Polis Klang kerana ada lapuran polis bahawa Encik Lee mencerobohi kedai Encik Prakash dan meminta Encik Lee memulangkan barang yang diambil atau dicuri jika tidak Encik Lee akan di gari dan didakwa kerana menceroboh.


Dalam lapuran tersebut Encik Prakash mendakwa Projector beliau hilang setelah Encik Lee keluar melalui pintu belakang.


Encik Lee terperanjat kerana didakwa mencerobohi kedai tersebut sedangkan kebenaran untuk memasuki kedai tersebut telah diperolehi daripada pekerjanya. Pada waktu itu pintu depannya terbuka besar dengan beberapa pelanggan duduk di luar.

24.05.2017 (Jam 6.00 petang)

Semasa perjumpaan di atur bersama dengan Encik Prakash, Encik Lee bersama dengan Sarjan Shafuan, Encik Prakash berkeras hendak mendakwa Encik Lee menceroboh kedainya dan jumpa di mahkamah. Encik Lee meminta maaf jika beliau masuk ke kedai tersebut tanpa meminta izinnya. Tetapi Encik Prakash masih berkeras hendak mendakwa Encik Lee di mahkamah. 

Encik Lee mempertikainya kalau hendak berjumpa di mahkamah tiada masalah, pokoknya dua pekerja harus membuat lapuran polis bahawa Encik Lee menceroboh masuk.

Sarjan Shafuan pun memberi nasihat kepada Encik Prakash jikalau beliau hendak sangat juga mengambil tindakan mahkamah - BOLEH tetapi syaratnya kedua pekerja harus menghadiri ke makamah setiap kali kes perbicaraan dijalankan. 

Atas nasihat daripada Sarjan Shafuan, Encik Prakash meminta Encik Lee menulis sepucuk surat memohon maaf kerana memasuki kedainya tanpa kebenarnya.

Akhirnya kata sepakat dan persetujuan dicapai, Encik Lee menulis sepucuk surat memohon maaf setelah mendapat nasihat dari Sarjan Shafuan - *memasuki kedai orang tanpa izin walaupun pintu terbuka adalah sama sekali tidak diizinkan kerana tuan punya kedai boleh mendakwa pencerobohan telah berlaku*.


Selepas surat memohon maaf diserahkan oleh Sarjan Shafuan kepada Encik Prakash, beliau menarik balik lapuran polis tersebut. 


Lapuran kepada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perlesenan Majlis Perbandaran Klang akan dijalankan bagi memastikan spesifikasi pemasangan tersebut tidak memberi sebarang kesan negatif terhadap sistem saluran air Indah Water. 

Lapuran terpaksa dibuat kerana kerja kerja pemasangan ini dijalankan dalam masa yang terdekat sebelum ada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang iaitu mengeluarkan bahan buangan (selepas melalui penapis minyak) ke dalam saluran Indah Water.

Monday, May 22, 2017

Membuat Penyambungan Saliran Paip Secara Haram?


Seorang penghuni menghantar beberapa keping gambar bertanyakan kenapa  pihak JMB telah membenarkan kerja pengubahsuaian ini dijalankan dibawah sebuah kedai di Blok D?

Melalui gambar yang diambil adakah saluran paip khusus dari tempat memasak dan tempat pembuangan air disalurkan kedalam tempat penakungan saliran Indah Water?


Jika tidak dipantau dengan lebih pritahin, suatu hari nanti tempat ini akan tersumbat dengan najis air tandas yang akan mengalir keluar akibat tersumbat disebabkan oleh pembuangan barangan yang berminyak ke dalamnya. 


Kenapa pihak JMB Bayu Villa tidak mengambil perkara ini secara serius kerana ianya boleh mengakibatkan keseluruhan kawasan lalu lalang menjadi busuk. Kenapa kerja pengubahsuaian ini yang bersebelahan dengan lif dan pejabat JMB Bayu Villa dan pihak pengurusan tidak tahu menahu mengenainya?

Gambarajah ini telah menunjukkan bahawa penyambungan ini adalah SALAH sama sekali dan ianya sepatutnya tidak harus berlaku dan adakah kerja pengubahsuaian yang dijalankan ini mendapat kelulusan dan keizinan dari pihak pengurusan?