Showing posts with label Gardening. Show all posts
Showing posts with label Gardening. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Kerja Mengindahkan Keseluruhan Kawasan Taman Berjalan Lancar.




Kerja kerja memotong dan mengindahkan keseluruhan kawasan Bayu Villa berjalan dengan lancar di mana kebanyakan pokok pokok kecil dipotong dengan secara rapi bagi menjaga keindahannya.





Di dalam kawasan dalaman juga dahan dahan yang jatuh atau layu di potong bagi menjaga keindahannya.




Dengan proses pemotongan pokok tumbuhan yang panjang ini, ianya dapat mencantikan keadaan keseluruhan Bayu Villa dan menaikan keseluruhan imej yang sedia ada.





Kawasan lalu lalang di bahagian Blok D juga dipotong bagi mencantikkan keadaan tempat tersebut.



Sunday, February 1, 2015

Kerja Pemotongan Dahan Pokok Hampir Selesai. Bayu Villa Kini Nampak Lebih Teratur.


Proses pemotongan dahan pokok yang telah lama dijalankan kini berada pada penghujungnya. Proses pemotongan ini telah berjalan selama berminggu dan hanya tinggal dahan pokok di bahagian Blok C sahaja yang belum dipotong.




Jika dilihat dan diteliti keadaan Bayu Villa sekarang telah bertambah cantik dari segi pandangan. Kebanyakan dahan pokok yang terlalu panjang telah dipotong supaya ianya tidak menghalang pandangan penghuni dari dalaman rumah mereka.


Setiap bumbung kereta juga telah disapu serta dibersihkan daripada segala kekotoran yang ada di atas.

 


Pembersihan sampah sarap seperti dahan dahan pokok dijalankan setiap minggu mengikut kesesuaian masa,



Kos pemotongan dahan dahan pokok menelan belanja sekitar anggaran dalam purata RM 7,000.00 ke RM 8,000.00  keatas termasuk penyewaan kereta sampah.


Thursday, January 22, 2015

Proses Pemotongan Dahan Pokok Berjalan Dengan Lancar.








Proses pemotongan dahan pokok telah berjalan dengan lancar dan sehingga kini dahan dahan pokok yang dipotong telah sampai ke Blok A.




Proses ini amatlah perlu disegerakan memandangkan ulat ulat pokok yang begitu banyak jatuh keatas rumah perseorangan. Ianya mengakibatkan keadaan yang kurang selesa.


 





Bagi proses menyelamatkan pokok yang kecil, dahan pokok yang telah mati dipotong dan disemburkan racun perosak bagi memastikan tiada lagi ulat yang akan merosakkan pokok tersebut.  



Boleh dikatakan banyak dahan pokok yang tidak berdaun terpaksa dipotong bagi memastikan dahan atau daun yang baru dapat tumbuh kembali.




Diharap dalam masa yang terdekat ini, proses ini akan mengindahkan keseluruhan Bayu Villa dalam beberapa bulan ini.




Sunday, December 28, 2014

Proses Pemotongan Dahan Pokok Diteruskan Bagi Menjaga Keselesaan Penghuni.


Kerja kerja memotong dahan pokok sedang dijalankan setiap minggu. Pemotongan kali kedua juga tidak menampakkan sebarang kemajuan dari segi pemotongan oleh kerana pekerja yang memotong tidak mempunyai pengalaman memotong.


 

Kerja pemotongan dahan pokok yang panjang memerlukan tong pembuangan sampah yang banyak. Setakat ini tiga tong pembuangan sampah telah digunakan setakat ini.



Gambar di atas serta di bawah merupakan kerja pemotongan dahan pokok yang kali ketiga dijalankan. Kali ini menampakkan kemajuan di mana dahan pokok yang dipotong lebih cantik dan teratur. 



Kerja pemotongan kali ketiga ini dijalankan berdekatan dengan Blok C. Semasa ditinjau keadaan kerja mereka, kerja pemotongan serta pembersihan giat dijalankan di mana terdapat 5 orang yang sedang menjalankan kerja pemotongan ini.



Sampah sarap seperti daun yang tersangkut di bumbung dibersihkan sepenuhnya bagi menjaga zink bumbung tahan lebih lama.



Saki baki daun yang jatuh dibersihkan bagi mengindahkan keseluruhan kawasan perkarangan.