Monday, November 24, 2014

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Disambut Dengan Meriah Sekali.







Persiapan dilakukan sehari sebelum Majlis Berkhatan Beramai-Ramai dijalankan pada keesokan harinya.









"Majlis Berkhatan Beramai-Ramai" yang dianjurkan oleh Surau Al-Ikhwan Bayu Villa disambut dengan meriah sekali. Suasana pada pagi hari Ahad di kawasan pendalaman Bayu Villa nampaknya begitu gembira sekali.


  












Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Surau Al-Ikhwan kerana berjaya melaksanakan program sedemikian. 



 
















  


Terima kasih keatas gambar gambar yang disumbangkan oleh segelintir penduduk mengenai aktiviti "Majlis Berkhatan Beramai-Ramai" yang dijalankan.

Sunday, November 23, 2014

Kepingan Jubin Lif Jatuh Di Blok A. Proses Pembaikian Akan Dijalankan


Tempoh beberapa hari yang lepas seorang penghuni telah menghantar beberapa keping gambar menunjukkan jubin lif di Blok A telah tertanggal. Bukan sahaja jubin itu tertanggal malahan ianya juga telah mencederakan seorang budak lelaki pada waktu itu. 



Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah mengambil langkah dengan melantik seorang kontraktor untuk mempercepatkan proses membaiki masalah tersebut kerana terdapat beberapa keping jubin lif yang masih longgar.

 
Anggaran perbelanjaan membaiki kerosakan jubin lif tersebut akan menelan belanja sebanyak RM 250.00