Tempoh beberapa hari yang lepas seorang penghuni telah menghantar beberapa keping gambar menunjukkan jubin lif di Blok A telah tertanggal. Bukan sahaja jubin itu tertanggal malahan ianya juga telah mencederakan seorang budak lelaki pada waktu itu.
Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah mengambil langkah dengan melantik seorang kontraktor untuk mempercepatkan proses membaiki masalah tersebut kerana terdapat beberapa keping jubin lif yang masih longgar.
Anggaran perbelanjaan membaiki kerosakan jubin lif tersebut akan menelan belanja sebanyak RM 250.00
No comments:
Post a Comment