Thursday, May 21, 2015

Isu Berhubung Kereta Yang Diletak Di Depan Pencawang TNB.


Isu berhubung dengan tempat meletakan kenderaan didepan dengan pencawang elektrik di dalam Bayu Villa. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin menerangkan mengenai isu ini di mana kereta yang diletak di depan pencawang tidak mendatangkan sebarang masalah atau pun sebarang halangan. 


Jika dikaji serta diteliti, kereta yang diletak berdepan pencawang elektrik di antara Blok A dan Blok E terdapat banyak kereta yang pada asalnya telah diletak berdepan pencawang elektrik sekian lamanya dan selama ini ianya tidak pernah mendatangkan sebarang masalah. 


Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah menyediakan serta menyewakan tempat pakir bagi mendapatkan pendapatan tambahan untuk JMB Bayu Villa. 


Setelah dikaji daripada setiap elemen dari segi kebaikan serta keburukannya, keputusan telah dibuat berdasarkan ianya mendatangkan lebih banyak elemen kebaikan dan tiada timbul sebarang isu seperti halangan ataupun masalah yang mungkin timbul. 

 
Untuk makluman penghuni di dalam Bayu Villa, caj menyewa tempat pakir ini akan terus dimasukan ke dalam akaun penghuni sebagai sewaan pada setiap bulan.


Tuesday, May 19, 2015

Mesyuarat Bulanan AJK JMB Bayu Villa. Proses Mendapatkan Perkhidmatan Peguam Mengutip Tunggakan.


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) Bayu Villa diadakan pada 13.05.2015 (Rabu) bagi membincangkan pelbagai isu berhubung perkara perkara yang berlaku di dalam Bayu Villa.


Mesyuarat kali ini buat pertama kalinya dihadiri oleh Pengarah Indera Management Services (KL) Sdn Bhd (pengurusan bangunan) - Encik Bernard Thong, Pengurus Bangunan - Encik Shashie dan Peguam - Encik Ng serta kedatangan penuh 8 Ahli Jawatankuasa JMC Bayu Villa.


Isu perbincangan kali ini lebih bertumpu kepada cadangan menyerahkan kesemua tunggakan yang melebihi RM 3,000.00 keatas dan mempunyai rekod pembayaran yang teruk kepada sebuah firma peguam supaya diambil tindakan dengan menyita rumah tersebut jika kutipan tidak dapat dijalankan atau dikutip.


Ini termasuk bagi mereka yang mencuri air, elektrik serta yang mengingkari pelan pembayaran ansuran yang telah ditanda-tangani. 
 
Di dalam perjanjian tersebut pihak pengurusan JMB Bayu Villa berhak membatalkan pelan pembayaran ansuran jika di dapati terdapat kelewatan atau tidak mematuhi syarat syarat yang dipersetujui.


Perkara perkara berbangkit seperti status pengawal keselamatan, menaikan semula lif yang rosak, menaikan semula kolam renang serta isu berhubung dengan tindakan Persatuan Penduduk Bayu Villa mengadakan petisyen membantah kenaikan yuran wang penyelenggaraan diperbincangkan.

Monday, May 18, 2015

Motor Pengepam Air Di Blok A Rosak. Kerja Pembaikian Siap Dijalankan.


Motor pengepam air ke atas tangki Blok A telah berhenti akibat biji bebola bearing telah rosak. Kerosakan dipercayai berlaku pada waktu pagi. 

Kerja penukaran biji bebola bearing telah dijalankan dan dijangka ianya akan siap juga pada malam ini.



Tiga minggu yang lepas, kes yang sama berlaku di bilik pengepam air di Blok C tetapi ianya telah diperbaiki.

Kerosakan yang berlaku ke atas pam air adalah perkara yang biasa dan ianya sentiasa perlu diselenggarakan pada setiap masa terutama pada biji bebola bearing. 






Kerja pemasangan balik pengepam air dijalankan bagi memastikan bekalan air dapat disalurkan pada malam ini. 

Diharap penghuni bersabar untuk seketika kerana perkara sebegini bukanlah disengajakan. Ianya adalah kerosakan mekanikal.




Sunday, May 17, 2015

Jumlah Wang Penyelenggaran Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Mac 2015 - RM153,827.13

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sebagai langkah dan usaha menuju ke arah lebih yang lebih transpirasi, memaparkan jumlah kutipan wang penyelenggaraan yang berjaya dikutip pada bulan Mac 2015.



Jika di lihat daripada jumlah yang tertera di atas, jumlah kutipan yang berjaya dikutip pada bulan Mac 2015 adalah berjumlah RM153,827.13 

Jika tiap tiap bulan JMB Bayu Villa dapat membuat kutipan beratus ribu setiap bulan, masalah berhubung dengan pembayaran tunggakan dapat diatasi dan dilalui dengan lancar sekali.



Gambar rajah di atas menunjukkan ringkasan jumlah hasil penerimaan daripada kutipan yang dilakukan setiap bulan. Sehingga kini akaun selama 5 bulan bermula bulan November 2014 sehingga bulan Mac 2015 telah dipaparkan. 

Saturday, May 16, 2015

Bil Semasa TNB Dijelaskan Dengan Caj Pertama GST Dikenakan Daripada TNB.


Bil semasa TNB telah dijelaskan tetapi kali ini bil semasa TNB terdapat caj 6 peratus GST dikenakan. Mengikut jumlah kiraan keseluruhan lima bil, caj 6 peratus GST yang dikenakan berjumlah RM 480.23



Keseluruhan jumlah bil yang dijelaskan adalah berjumlah RM 8,618.10. Buat masa ini kesemua bil bil TNB akan dihantar menggunakan e-mail untuk tujuan penyerahan bil dengan lebih pantas.