Showing posts with label Outstandings. Show all posts
Showing posts with label Outstandings. Show all posts

Wednesday, May 2, 2018

Akuan Beraudit 2015 Dan 2016. Salah Siapa? Puncanya Dari Mana?

Berhubung dengan penyiapan Lapuran Akaun Beraudit 2015 dan 2016. Sehingga kini kami ingin menyatakan bahawa kedua-dua akaun telah pun siap diaudit dan ianya diaudit oleh firma yang bertauliah. Penyiapan akaun ini tidak mudah kerana terpaksa melalui berbagai halangan, tomahan, andaian, fitnah yang tak habis habis, siasatan  dan sebagainya.



Jika dikaji dengan lebih mendalam, kesemua Lapuran Akaun tersebut telah ditanda tangani oleh kesemua ahli jawatan kuasa iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

Persoalannya sekarang kenapa Lapuran Audit tersebut telah ditanda-tangani oleh Pengerusi dan Setiausaha? Ini menunjukkan bahawa Lapuaran Akaun Tahunan Beraudit tidak mempunyai sebarang masalah yang boleh dikaitkan dengan penyelewengan seperti yang didakwa atau dilapurkan.



Biar kami terangkan disini. Sehingga kini tiada sebarang wang  selenggara yang diselewengkan oleh Ahli Jawatan Kuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa (2014 - 2018) melalui pemerhatian kami. Cuma JMB Bayu Villa sekarang tidak mempunyai ahli jawatankuasa yang Kukuh, Bersatu serta Kuat semenjak Bendahari meletakkan jawatan pada bulan April 2017. 

Kami masih percaya Pengerusi yang ada sekarang langsung tidak menyelewengkan sebarang wang selenggara mahupun oleh pihak pengurusan seperti yang didakwa. Pengerusi merupakan seorang yang tidak tamak tetapi telah menyalahgunakan kuasa sebagai Pengerusi dalam melaksanakan tanggung jawab memastikan segala urusan perbelanjaan harus kena pada tempatnya.

Sejak bulan Mei 2017 tahun lepas segala urusan ataupun usul cadangan  yang dibuat hanyalah Pengerusi seorang saja yang meluluskannya dan segala keputusan tidak melalui minit mesyuarat dengan setiap ahli jawatan kuasa (JMC) yang harus diadakan pada setiap bulan. Melalui Akta 757, Minit Mesyuarat harus diadakan pada setiap bulan bagi membincang dan mendapatkan persetujuan dari semua ahli jawatan kuasa tetapi seorang demi seorang AJK telah meninggalkan JMB. 

Semenjak bulan Ogos 2016, mesyuarat bulanan JMB telah jarang diadakan. Minit mesyuarat bulanan seharusnya diurus dan ditetapkan oleh Pengerusi walaupun kemungkinan terdapat tiada kehadiran AJK pada ketika itu.



Semasa Encik Lee meletakkan jawatan beliau langsung tidak diberi kesempatan atau peluang untuk membela dirinya mengenai status akaun di dalam Bayu Villa. Ramai yang menyalahkan Encik Lee telah menyelewengkan wang selenggara kerana mempercayai kata kata Pengerusi sehinggakan bekas Pengurus Bangunan juga mempercayai kata kata Pengerusi. 

Sehingga kini kesemua Lapuran Akaun 2015 dan 2016 telah siap diaudit. Jika terdapat sebarang masalah kenapa ianya masih dapat diaudit kesemua akaun tersebut? Kami begitu hairan sehingga kini masih terdapat sebilangan penghuni yang masih mempercayai akaun tersebut dengan segajanya telah diubah untuk menutup segala kesalahan penyelewengan yang mungkin berlaku.

Persoalannya sekarang ramai yang mungkin tertanya tanya kenapa akaun akaun tersebut mengambil masa yang begitu lama untuk disiapkan.

Penyiapan Lapuran Tahunan 2015 mengambil masa kerana terdapat salah faham yang berlaku di dalam pengurusan.

Bedah Siasat Kenapa Lapuran Akaun Tahunan 2015 Tidak Sempat Diaudit Sebelum AGM


1) Penyediaan akaun pengurusan (management akaun) yang lambat (siap pada bulan Oktober 2016 tetapi tidak jelas)
2) Perlantikan Firma Perakuanan yang tidak betul dan melantik semula Firma Perakaunan Baru.

Why The Old Audited Firm Been Removed?


3) Ketidak kepercayaan Pengerusi terhadap Firma Perakaunan Baru yang dilantik.
4) Keengganan membuat bayaran kepada Firma Perakaunan Baru oleh Pengerusi setelah akaun telah siap diaudit. (Fail fail kena sangkut)
5) Pengerusi tidak percaya kewibawaan Bendahari. Melontar segala tomahan.
6)   Melantik semula Firma Perakaunan yang baru.
7) Akaun dapat disiapkan pada bulan Oktober 2017 (arahan daripada mahkamah)

Penyiapan Lapuran Tahunan 2016 mengambil masa kerana terdapat isu berhubung dengan isu Wang Cagaran Syabas.

1) Menunggu Lapuran Tahunan 2015 yang diaudit sebelum meneruskan penyediaan Akaun Pengurusan 2016.
2) Terdapat isu berhubung dengan Wang Cagaran Syabas yang tidak tepat. Pihak pengurusan menjalankan siasatan dan mengambil masa beberapa bulan. Wang selenggara tidak menghadapi sebarang masalah.
3) Mendapatkan maklumat terperinci pada setiap tranksasi berhubung isu migrasi dan bayaran kepada kontraktor.
4) Terdapat sejumlah wang pembayaran (RM15,900.00) dari akaun 2015 yang tidak dapat dikesan dan siasatan dibuat (akaun dari bulan Mac 2015 sehingga bulan Disember 2015) 
5) Lapuran Polis terpaksa dilakukan.
6) Lapuran Kewangan 2016 yang diaudit telah disiapkan pada bulan April 2018.

Penyediaan Lapuran Tahunan berakhir 2017 yang Beraudit dilaksanakan selepas kesemua ahli jawatan kuasa menandatangani Lapuran Tahunan 2016 Akaun Beraudit.

Disini kita dapat menilai sejauh mana pemikiran segelintir penghuni yang masih lagi suka membuat fitnah dan tomahan yang bukan bukan. Lapuran kewangan telah pun siap diaudit dan lapuran tersebut boleh diguna pakai jika ada sesiapa yang berminat ingin mnggunakannya membuat Lapuran Polis ataupun SPRM.

Semasa Bendahari mengambil alih pengursan JMB Bayu Villa pada 20hb September 2014, JMB Bayu Villa mempunyai tunggakan sebanyak 

RM 1,135,850.42 juta.

1) Kisah Sebenar Kenapa Hutang Kepada Syabas Mencapai RM 392,216.58








8) Genap Setahun JMB Mengambil Alih. Bagaimana Pencapaiannya???


Hari ini berapakah jumlah tunggakan Bayu Villa kepada orang luar yang sedia ada sehingga kini? Rata rata dalam pengiraan kami berada dalam anggaran RM 200,000.00 ke bawah. 

Soalan seterusnya kita kena kaji balik jika hendak menjelaskan tunggakan yang sebegini banyak iaitu dalam masa 3 tahun tunggakan Bayu Villa dapat dijelaskan sebanyak RM800,000.00, berapakah agaknya jumlah wang selenggara yang mungkin dapat diselewengkan? 

Tepuk Dada Tanya Selera.

Manusia sekarang cepat lupa. Mereka lebih suka mendengar segala fitnah dan tomahan dari mencari cerita yang sebenar.

Thursday, October 5, 2017

Surat Pembelaan JMB Bayu Villa Ke Atas Penentang Encik Lim Chee Soon

 


........................................................................................



BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) BAYU VILLA
(MPK/COB/103/2013)
D-G-21, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 03-33192664
Email: bayuvilla.2014@gmail.com

Tribunal Pengurusan Strata,
Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Putrajaya.                                                                          25.09.2017

Tuan/Puan

Perkara: Nombor Kes Tuntutan TPS/B.2654.9/17

Berhubung dengan surat pernyataan tuntutan seperti nombor diatas yang diterima pada 13.09.2017. Di sini kami ingin huraikan mengenai kes tuntutan tersebut yang dituntut oleh Encik: Lim Chee Soon (800220-08-5671) yang merupakan penghuni di Pangsapuri Bayu Villa.

Tuntutan pihak yang menuntut:

1) JMB Bayu Villa “Audited Account” penyenggaraan bangunan.
· Untuk makluman pihak tribunal. Audited Account untuk tahun kewangan berakhir 2015 sedang disediakan dan firma yang mengaudit ialah “Koak Management Services” yang beralamat di No:55B, Jalan BP 7/12, Bandar Bukit Puchong, Selangor. Tel: 03-41434126, Fax: 03-41433126
(Lampiran A)

2) Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund Account)
· Oleh kerana kos penyelenggaraan yang begitu tinggi serta komitment untuk membayar segala tunggakan seperti TNB, Syabas dan sebagainya, pihak pengurusan tidak berupaya membuat penyimpanan sebahagian wang penyelenggaraan yang dikhaskan untuk Kumpulan Wang Penjelas akibat tunggakan kepada penghutang yang harus dijelaskan dari masa ke semasa.

Butir butir tuntutan:

1) Penyalahguna dana JMB Bayu Villa
· Sehingga kini tiada sebarang penyalahguna dana seperti yang dituntut. Pihak yang menuntut telah membuat Lapuran Polis pada 12.10.2014. Nombor Report (Klang/035692/14) dan telah disiasat oleh Inspektor Mohamed Hanafiah bin Mohamed Nawi – (Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Klang). Kes ini telah diklasifikasikan sebagai “NFA – No Further Action” atau “Tiada Tindakan Selanjutnya” setelah siasatan terperinci telah dijalankan selama hampir 6 bulan.
(Lampiran B)

· Pada 13.04.2015 Polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Klang juga memberi sepucuk surat kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB) untuk menjalankan “Tindakan Lanjut” bagi memastikan kedudukan kewangan JMB Bayu Villa diurus mengikut cara yang betul.

· Pihak yang menuntut juga membuat Lapuran kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB Klang) dan pihak COB Klang pada 26.05.2015 juga mengarahkan JMB Bayu Villa supaya menyediakan Lapuran Kewangan dari bulan September 2014 sehingga bulan Februari 2015 dan diserahkan kepada COB Klang untuk disiasat.
(Lampiran C)

· Pada 01.06.2015, penyata kewangan peribadi Encik Lee Boon Hoe bermula dari bulan September 2014 sehingga Mac 2015 diserahkan kepada pihak COB Klang untuk memudahkan kerja siasatan keatas akaun kewangan JMB Bayu Villa. Pada waktu yang sama pihak COB Klang ada meminta izin daripada Encik Lee, bolehkah pihak COB Klang memberi salinan penyata kewangan peribadi Encik Lee kepada Encik Lim Chee Soon untuk beliau merujuk supaya ianya boleh membantu tuduhan yang dilemparkan kepada Encik Lee Boon Hoe.

· Pada 02.07.2015. “Mesyuarat Semakan Akaun JMB Apartment Bayu Villa” telah diaturkan oleh Pesuruhjaya Banguan Klang (COB) bersama dengan pihak yang menuntut Encik Lim, mengenai status penyalahguna dana JMB Bayu Villa dan di akhir lapuran menyatakan isu ini lebih kepada “Isu peribadi di antara Encik Lim Chee Soon dan Encik Lee Boon Hoe”.
(Lampiran D)

· Pihak yang menuntut juga membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Nombor Kes: KLG/RPT No:16/2015 dan pihak SPRM pada 08.09.2015 datang ke pejabat dan mengambil 5 fail yang mengandungi status lapuran kewangan dari bulan September 2014 sehingga bulan Mac 2015. Siasatan merangkumi pertanyaan kepada pembekal (vendor) ataupun kontraktor yang menjalankan tugas selenggara di kawasan dalaman Bayu Villa baik pun pihak yang membekal, memperbaiki, memberi perkhidmatan dan sebagainya.
(Lampiran E)

· Selepas siasatan dijalankan selama beberapa bulan, pada 04.02.2016, SPRM memulangkan kesemua fail lapuran kewangan dan mendapati tiada timbul isu isu yang sangsi atau keliru terhadap lapuran kewangan seperti yang dilapurkan.

2) Cai Penyenggaraan Yang Tidak Munasabah.
· Caj penyenggaraan yang dikenakan oleh Badan Pengurusan JMB Bayu Villa kepada penghuni di Bayu Villa semenjak 2005 sehingga bulan Mac 2015 adalah sebanyak RM100.00 seunit (unit kecil) dan RM105.00 (unit besar) termasuk kumpulan wang penjelas (sinking fund) 

· RM90.00 wang selenggara, RM10.00 sinking fund (unit kecil)
· RM95.00 wang selenggara, RM10.00 sinking fund (unit besar)

· Pada bulan April 2015, Badan Pengurusan JMB Bayu Villa terpaksa menaikannya sebanyak RM10.00 wang selenggara sebulan pada setiap unit. Kenaikan ini perlu bagi menampung kos selenggara yang begitu tinggi serta caj GST sebanyak 6 peratus yang dikenakan oleh pihak kerajaan ke atas kontraktor yang perlu dibayar oleh pihak pengurusan.

3) Caj Pemindahan Program Untuk Air Meter Syabas Yang Terlampau.
· Caj pemindahan program Air adalah melalui proses tender yang merangkumi 3 kontraktor iaitu:

· a) Wawasan Klasik Enterprise – Harga Tender RM 185,040.00
· b) Abdul Ghafur bin Maidin – Harga Tender RM 203,795.00
· c) DC Resources – Harga Tender RM 245,178.00
(Lampiran F)

· Keputusan sebulat suara di ambil di dalam mesyuarat dan melantik Syarikat Wawasan Klasik Enterprise untuk menjalankan kerja program pemindahan meter Syabas. Nasihat juga diterima daripada Encik Krishnanmurthi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melantik syarikat ini menjalankan program ini. 



Yang Benar,



………………………..
JMB Bayu Villa




cc. COB Klang





Wednesday, October 4, 2017

D-2-25 Sehingga Hari Ini Masih Mencuri Bekalan Air. Tunggakan Sehingga Rm18,000.00


Ini adalah keadaan ketiadaan meter di depan rumahnya. Gambar di ambil 2 hari yang lepas. Pencurian ini sudah berlaku lebih dari 2 tahun sehingga sekarang. Walaupun program migrasi telah dilakukan, Encik Lim Chee Soon masih berdegil dan mencuri air.
 
Kita dapat lihat bagaimana Encik Lim masih menggunakan kunci mangga mengunci bahagian penyambungan tersebut. Untuk makluman penghuni di Bayu Villa Encik Lim mempunyai tunggakan lebih dari RM18,000.00 sehingga kini.
 

Thursday, September 21, 2017

Pernyataan Tuntutan Tribunal Pengurusan Strata.

Baru baru ini Badan Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa menerima surat "Pernyataan Tuntutan Tribunal Pengurusan Strata" yang akan diadakan pada 05.10.2017. Surat tersebut menghendaki Badan Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa menghadiri sesi mendengar tuntutan yang difailkan.

Kes ini difailkan oleh seorang penghuni di Blok D - Encik Lim Chee Soon (penuntut) yang beralamat di D-2-25, Bayu Villa Apartment, Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor.



Tuntutan pihak yang menuntut:

1) JMB Bayu Villa "Audited Account" Penyenggaraan Bangunan
2) Kumpulan Wang Penjelas (sinking fund account) 


Butir Butir tuntutan:

1) Penyalahguna dana JMB Bayu Villa.
2) Caj penyenggaraan yang tidak munasabah.
3) Caj pemindahan program untuk water meter Syabas yang terlampau


Badan Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa mempunyai 14 hari dari tarikh surat ini diterima (13.09.2017) untuk memberi maklum balas kepada pihak Tribunal Pengurusan Strata atas segala tuduhan yang tidak berasas.  


Untuk makluman anda, Encik Lim Chee Soon sehingga tarikh 01.09.2017 mempunyai sejumlah tunggakan wang penyelenggaraan sebanyak

RM 17,535.74
(Tujuh belas ribu lima ratus tiga puluh lima dan tujuh puluh empat sen sahaja)


Monday, May 1, 2017

Lapuran Keseluruhan Penerimaan Wang Penyelenggaran Selama 6 Bulan Sehingga 31 Mac 2017.


Total collection received for 6 months from October 2016 till March 2017.

October 2016  - RM 105,442.95
November 2016 - RM 92,410.84
December 2016 - RM 101,025.00
January 2017 - RM 103,422.61
February 2017 - RM 129,627.33
March 2017 - RM 143,749.84

Tuesday, April 11, 2017

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Mac 2017 - RM 143,749.84




Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan Mac 2017 adalah berjumlah 

RM 143,749.84


Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Februari 2017 - RM 129,627.33


Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan Februari 2017 adalah berjumlah 


RM 129,627.33


Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan January 2017 - RM 103,422.61


Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan Januari 2017 adalah berjumlah 

RM 103,442.61


Monday, April 10, 2017

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Disember 2016 - RM 101,025.00


Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan Disember 2016 adalah berjumlah 

RM 101,025.00


Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan November 2016 - RM 92,410.84



Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan November 2016 adalah berjumlah 

RM 92,410.84


Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Oktober 2016 - RM 105,442.95





Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan Oktober 2016 adalah berjumlah 

RM 105,442.95





Saturday, April 8, 2017

Senarai Nama Penghutang Berjumlah RM4,000.00 Keatas - Jumlah Keseluruhan RM 381,318.37



Badan Pengurusan Bersama Bayu Villa
D-G-21, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 03-33192664

Pesuruhjaya Bangunan Klang.
Jalan Raya Barat.
Selangor.                                                                           07.04.2017

Tuan/Puan,

Re: Senarai nama penghuni yang mempunyai tunggakan RM4,000.00 ke atas.

Berhubung dengan lampiran senarai yang diberikan, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang bahawa mulai bulan April 2017 kami akan sentiasa memaparkan senarai nama penghuni yang mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan dipapan kenyataan serta didalam laman blog kami. (bayuvillaapartment.blogspot.my)

Untuk makluman pihak COB Klang, pemaparan ini akan memudahkan kami menjalankan tugas kerja selenggara yang sedia ada. Semasa semakan kami pada tarikh 01.04.2017 tunggakan penghuni keatas JMB Bayu Villa adalah berjumlah RM861,090.87

Jumlah ini amatlah besar dan ianya menyulitkan pihak pengurusan menguruskan perbelanjaan seharian maka tindakan drastik terpaksa diambil bagi memperingatkan tunggakan mereka.

Pemaparan senarai nama diharap dapat membantu pengurusan mempunyai aliran kewangan yang lebih baik.

Sekian terima kasih.



Yang benar,



……………………………….
Lee Boon Hoe – Bendahari JMB Bayu Villa
Tel: 012-2159897 / 016-2159897




Monday, April 3, 2017

Tunggakan Sehingga 01.04.2017 - RM861,090.87


Jumlah tunggakan sehingga 01.04.2017 dari keseluruhan penghuni adalah berjumlah RM 861,090.87 Jumlah ini sangat besar serta merupakan angka yang sememangnya memeritkan. 

Banyak lagi tunggakan yang harus diselesaikan serta banyak lagi kerja pembaikian harus dijalankan. Kalau keadaan ini berlarutan keadaan kewangan JMB Bayu Villa tidak dapat bertahan lama. 

Thursday, March 9, 2017

Tunggakan Penghuni Berjumlah RM 862,673.78 Sehingga 02.03.2017


Suatu jumlah yang amat memeranjatkan dengan tunggakan daripada penghuni berjumlah RM 862,673.78. Ini merupakan suatu jumlah yang amat menakutkan jika di nilai dengan lebih mendalam.


Sebarang usaha memulihkan keadaan Bayu Villa semakin terbantut dengan tunggakan yang payah dikutip. Ramai penghuni sudah tidak takut akan tindakan undang undang yang mungkin akan diambil oleh pihak pengurusan.

Buat masa ini pihak pengurusan sedang mendapatkan nasihat dari pihak COB Klang berhubung dengan status tunggakan dan jika perlu tindakan drastik akan diambil dalam masa yang terdekat.


Saturday, October 8, 2016

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan September 2016 - RM 95,979.08




Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan September 2016 adalah berjumlah
RM 95,979.08

Mengikut rekod jumlah yang tertera diatas keadaan kewangan JMB Bayu Villa nampaknya sedang menghadapi krisis kewangan. Jika jumlah ini tidak dapat dikekalkan pada tahap jumlah kutipan melebihi RM100,000.00 sebulan, JMB Bayu Villa akan mengambil tindakan drastik ke atas ganguan bekalan air yang sedia ada.

Tindakan sedemikian sememangnya perlu pada setiap masa bagi mengimbangi segala perbelanjaan yang sedia ada di dalam kewangan Bayu Villa.

Tuesday, September 6, 2016

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Ogos 2016 - RM81,552.55



Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan Ogos 2016 adalah berjumlah 

RM 81,552.55

Mengikut rekod jumlah yang tertera diatas keadaan kewangan JMB Bayu Villa nampaknya sedang menghadapi krisis kewangan. Jika jumlah ini tidak dapat dikekalkan pada tahap jumlah kutipan melebihi RM100,000.00 sebulan, JMB Bayu Villa akan mengambil tindakan drastik ke atas ganguan bekalan air yang sedia ada. 



Monday, September 5, 2016

Tunggakan Sebanyak RM 694,338.43 Sehingga 01.09.2016

Mengikut catatan rekod semasa, akaun tertunggak penghuni Bayu Villa amat tinggi tunggakannya. Rekod yang sedia ada adalah sehingga 01.09.2016 


Jumlah sebanyak RM694,338.43 masih lagi tertunggak dan jumlah ini telah menyebabkan JMB Bayu Villa kini mulai menghadapi masalah kewangan. 



Dengan kos perbelanjaan dan penyelenggaran yang tinggi telah menyebabkan kewangan Bayu Villa terpaksa melalui proses meminimalkan kos perbelanjaan seberapa banyak yang boleh. 

Wednesday, August 31, 2016

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Julai 2016 - RM138,121.88


Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan Jun adalah berjumlah

RM 138,121.88


Monday, July 18, 2016

Senarai Nombor Unit Rumah Yang Mempunyai Tunggakkan Wang Penyelenggaraan.

Mengikut rekod sehingga 05.07.2016. Senarai unit rumah yang mempunyai tunggakan sehingga kini. 

Sila rujuk senarai senarai dibawah untuk mengenali rumah rumah yang mempunyai tunggakan yang sangat besar. 



*********************************************************************

Tunggakan RM6,001.00 dan keatas

Tunggakan dari RM4,001.00 Sehingga RM6,000.00

Tunggakan dari RM2,001.00 Sehingga RM4,000.00

Tunggakan dari RM1,001.00 Sehingga RM2,000.00

Tunggakan RM1,000.00 kebawah (RM500.00)

Friday, July 8, 2016

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Jun 2016 - RM103,153.62



Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan Jun adalah berjumlah 


RM 103,153.62

Disebabkan oleh jumlah yang diterima pada bulan Jun 2016 tidak tinggi, ianya sedikit sebanyak telah menyebabkan pihak pengurusan menghadapi masalah kewangan menguruskan segala proses pembayaran serta perbelanjaan yang sedia ada.

Mulai saat ini JMB Bayu Villa sedang menghadapi krisis kewangan dan memerlukan segala sokongan yang sedia ada dari apa jua cara yang boleh menyelamatkan keadaan kewangan Bayu Villa.