Showing posts with label ProTeam Letter. Show all posts
Showing posts with label ProTeam Letter. Show all posts

Monday, September 15, 2014

Permohonan Agar Pihak COB Klang Dapat Membantu Menangguhkan Proses Pemotongan Air Daripada Pihak Syabas.


Untuk rujukan: (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/09/peringatan-tunggakan-bayaran-bil-air.html)

Pro-Team pada 11.09.2014 telah menulis sepucuk surat serta membuat permohonan kepada pihak COB Klang agar membantu pihak pengurusan JMB Bayu Villa untuk menolong serta menangguhkan proses pemotongan air yang akan dilakukan oleh pihak Syabas.

Permohonan daripada pihak COB Klang ke atas pihak Syabas dapat memainkan peranan yang penting dalam menanggungkan proses pemotongan air. Di harap pihak COB Klang dapat memohon kepada pihak Syabas agar memberi tempoh yang lebih lama agar pihak pengurusan JMB dapat menyempurnakan Mesyuarat Agung Luarbiasa yang akan diadakan pada 21hb September 2014.

Wednesday, August 27, 2014

Apakah Peranan Pro-Team Dan Apakah Tanggung Jawabnya?

Baru baru ini terdapat seorang pembaca yang prihatin bertanyakan soalan "Apakah Peranan Pro-Team Dan Apakah Tanggung Jawabnya?"
 
 
 
"PRO-Team ditubuhkan atas dasar memantau dan memerhati segala tindak tanduk dan aktiviti yang berlaku di dalam Bayu Villa mahupun di kawasan perkarangan Bayu Villa atau di Pihak Pengurusan JMB. Segala maklumat yang di terima dan jika perlu akan dipaparkan kepada semua pihak untuk melihat dan mengetahui apa yang sedang berlaku..

Pro-Team bukanlah badan yang berdaftar tetapi bertindak sebagai badan NGO dan tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalam JMB untuk masa yang terdekat ini. TANGGUNG JAWAB Pro-Team lebih kepada memberi maklumat yang tepat dan saksama serta jika perlu menolong pihak pengurusan menguruskan perjalanan pengurusan jika pihak pengurusan menghadapi masalah yang susah diatasi.

Jika pihak pengurusan membuat sesuatu yang tidak sepatutnya, Pro-Team akan menilainya dahulu dan jika perlu mengutuk cara pengurusan jika ianya bercanggah dengan kehendak penghuni penghuni di Apartment Bayu Villa.

Pro-Team diwujudkan kerana Pihak Pengurusan lama yang diketuai oleh Encik Titus telah menyalahgunakan kuasa mereka semasa mereka di beri peluang untuk menguruskan Apartment Bayu Villa. Oleh kerana ramai penghuni yang tidak mengetahui "Kisah Yang Sebenar" dan apa yang sedang berlaku maka maklumat serta informasi yang tepat harus diketahui umum bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak.

Di sini pihak Pro-Team ingin memaklumkan kepada semua pihak bahawa TANGGUNG JAWAB yang sebenar ke atas Apartment Bayu Villa adalah terletak kepada semua Penghuni Penghuni yang tinggal di dalam Bayu Villa."

Terima kasih.

Saturday, August 16, 2014

Punca Sebenar Kenapa Sijil Perakuan JMB Bayu Villa Oleh COB Klang Tidak Dapat Diberikan.

Punca sebenar kenapa "Sijil Perakuan JMB Bayu Villa" yang seharusnya dikeluarkan oleh Jabatan Pesuruhjaya Bangunan kepada Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama Bayu Villa yang baru di lantik dan di pilih pada 6hb Julai 2014 tidak dapat diberikan setelah tamat tempoh 30 hari iaitu 5hb Ogos 2014. 

Ini adalah kerana terdapat sepucuk surat "Bantahan" atau "Aduan" yang telah di buat oleh "Pro-Team EGM Bayu Villa Apartment" yang telah disediakan dan di periksa dengan teliti sekali akan kesahihannya sebelum diberikan dan diserahkan kepada Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB), Majlis Perbandaran Klang pada 10hb Julai 2014.

Bantahan ini dikemukakan setelah segala tindak tanduk serta cara pemilihan ini dijalankan dan terdapat elemen yang mencurigakan serta keputusan pemilihan yang dicemari oleh undi hantu yang tidak sah yang sepatutnya tidak berlaku.

Kesangsian terhadap setengah pihak pemilik berupaya menjelaskan sejumlah besar tunggakan wang penyelenggaraan yang berjumlah beribu ringgit dalam masa terdekat (5 bulan) semata mata untuk mendapatkan peluang mengundi pada hari pengundian tersebut.

Oleh yang sedemikian bagi memastikan bahawa pemilihan yang dijalankan pada 6hb Julai 2014 adalah mengikut undang undang yang sah semasa pemilihan Mesyuarat Agung Luarbiasa yang lepas, maka pihak COB Klang telah menjalankan siasatan terperinci terhadap "Bantahan" dan "Aduan" yang dikemukan.







Nama dan Alamat unit setiap individu yang dikemukan di dalam surat ini serta bukti gambar yang di ambil pada hari pengundian tidak dapat ditunjukkan kerana pihak COB Klang masih lagi menjalankan siasatan mengenai  "Bantahan" dan "Aduan" surat ini.

Wednesday, July 2, 2014

Pembayaran Wang Tunggakan Penyelenggaraan Pada Hari Mengundi.



Tuesday, June 17, 2014

Tarikh Mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) Badan Pengurusan Bersama Bayu Villa Apartment



Friday, June 13, 2014

Permohonan Pembubaran Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan (JMB) Bayu Villa




Tuesday, June 3, 2014

Permohonan Pembubaran Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa





Monday, May 26, 2014

Perletakan Jawatan Pengerusi dan Bendahari Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa