Monday, March 16, 2015

Salah Sebuah Kereta Ditarik Oleh Pihak Bank Akibat Hutang Tertunggak Melebihi 37 Bulan.


Kereta ini telah ditarik oleh pihak bank setelah didapati mempunyai tunggakan melebihi 37 bulan. Puncanya kereta ini tidak pernah ditarik selama ini kerana ianya diletak di dalam tempat pakir kereta penduduk.


Tuan punya kereta ini bijak. Dengan meletakan kereta yang mempunyai tunggakan dengan pihak bank di dalam perkarangan dalaman Bayu Villa, ianya menyukarkan pihak penarik kereta untuk menarik balik kereta tersebut.


Penarikan kereta ini oleh pihak bank merupakan sesuatu yang dialu-alukan kerana ianya akan memberikan lebih banyak tempat pakir kosong untuk meletakan kenderaan mereka.

Tetapi selang dua hari kereta tersebut telah ditarik balik ke dalam Bayu Villa dan diletak ditempat pakir pengunjung. JMB Bayu Villa melihat keadaan sebegini sudah melampau dan akan mengambil tindakan mengalihkan kesemua kereta yang rosak tetapi pengalihan ini akan dikaji secara teliti sebelum proses perlaksanaannya.

1 comment:

  1. Hi. What is JMB BV correspondence email address? Thank You and Good Day.

    ReplyDelete