Thursday, June 25, 2015

Mesyuarat Bulanan JMB Bayu Villa - Tindakan Mahkamah Akan Dilaksanakan


Pada hari Rabu (25.06.2015) mesyuarat bulanan JMB Bayu Villa diadakan bagi membincangkan pelbagai isu dalaman yang berlaku.

Banyak isu isu semasa telah diperbincangkan seperti isu pengawal keselamatan, saman mahkamah, kolam renang, perkhidmatan pembersihan, kad akses dan sebagainya tetapi antara perkara yang paling penting dipertikaikan ialah bagaimana hendak mendapatkan tunggakan yang telah lama tertunggak.

Ada di antara tunggakan tersebut mencapai berpuluh ribu ringgit dan ianya amatlah susah dikutip. Untuk memastikan jangka masa panjang supaya Bayu Villa dapat mengharungi segala rintangan serta liku yang sedia ada, pihak pengurusan bertindak membuat keputusan yang terbaik untuk kebaikan Bayu Villa.


Keputusan sebulat suara daripada pihak pengurusan bahawa kesemua tunggakan yang melebihi RM3,000.00 ke atas akan diserahkan nama mereka kepada pihak COB dan seterusnya diuruskan oleh pihak peguam untuk dibawakan kesnya ke mahkamah.


Oleh kerana kata putus telah dicapai, surat pemberitahuan atau notis kepada penghuni yang sedia ada mengenai tunggakan mereka akan melalui proses selama sebulan sebelum nama mereka diserahkan kepada pihak atasan.
Setelah nama nama mereka diserahkan oleh pihak pengurusan kepada pihak COB dan pihak peguam, JMB Bayu Villa tidak lagi mempunyai sebarang kuasa ke atas setiap unit rumah mahupun penghuni melainkan mereka melangsaikan tunggakan mereka serta merta dengan pihak peguam.
Jika keadaan ini berlarutan sehingga penghuni tersebut tidak berupaya membuat sebarang bayaran tunggakan, pihak mahkamah mempunyai kuasa untuk melelongkan rumah tersebut untuk mendapatkan segala tunggakan yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment