Friday, October 23, 2015

Isu Bermain Futsal Di Kawasan Gelanggang Badminton.


Isu budak budak bermain futsal di dalam kawasan gelanggang badminton kebelakangan ini telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan penghuni penghuni yang tinggal berdepan dengan gelanggang tersebut.

Keadaan ini menyebabkan kebanyakkan kanak kanak yang kecil tidak berpeluang untuk bermain pada waktu petang akibat tendangan futsal yang boleh menyebabkan kecederaan.

Tempoh beberapa hari yang lalu pihak pengurusan telah meninjau keadaan tempat tersebut dan telah menasihati budak budak tersebut supaya bermain di luar tetapi mendapat tentangan hebat daripada budak budak tersebut sehingga ada diantara mereka bersikap terlalu angkuh dan mencabar JMB Bayu Villa apabila disuruh supaya berhenti bermain futsal.


Setelah disiasat terdapat beberapa budak yang bermain bukannya tinggal di dalam Bayu Villa. Pihak pengurusan telah mengarahkan pihak pengawal keselamatan supaya memastikan di masa akan datang jangan membenarkan budak yang tidak tinggal di dalam untuk masuk ke dalam Bayu Villa.

Oleh kerana tiada jalan penyelesaian, pihak pengurusan telah merampas segala kon dan palang besi futsal supaya ianya dapat mengurangkan segala aktiviti futsal di masa akan datang.


No comments:

Post a Comment