Saturday, January 16, 2016

Mesyuarat Agung Tahunan JMB Bayu Villa Apartment 2015


Mesyuarat Agung Tahunan 2015 yang diadakan pada 10.01.2016 telah berlansung di dewan orang ramai Bayu Villa. Kehadiran adalah amat mengecewakan di mana purata penghuni yang menghadiri mesyuarat ini adalah lebih kurang 40 orang sahaja.


Mesyuarat yang sepatutnya bermula pada pukul 2.00 petang telah ditunda sehingga 2.30 petang dan tamat pada pukul 5.45 petang.


Mesyuarat bermula dengan Pengerusi mesyuarat Cik Sri Sharmini memulakan sesi mesyuarat. Selepas itu Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee memaparkan dan menceritakan sejauh manakah peningkatan dan pencapaian JMB Bayu Villa sebelum dan selepas mengambil alih. 

Banyak isu isu sampingan turut dipertikaikan dan diperbincangkan bagi memastikan segala masalah yang timbul dapat diselesaikan. 

Isu seperti meluluskan penarikan kereta buruk yang berada ditempat parkir pelawat dibawa keluar dari kawasan dalaman parkir pelawat dan sebagainya.


Pihak COB Klang juga datang membuat tinjauan dan menghadiri mesyuarat tersebut bagi melihat segala perbincangan di dalam mesyuarat dijalankan mengikut ketetapan yang dibenarkan.


Isu perbincangan yang paling hangat dipertikaikan adalah berkenaan isu kenaikan Wang Penyelenggaraan sebanyak 10 peratus iaitu RM10.00 semenjak tahun lepas pada bulan April 2015.

Walau bagaimana pun isu kenaikan ini tidak dapat dielakan memandangkan kos kenaikan harga barangan serta caj GST yang telah memberi kesan yang amat ketara ke atas segala urusan yang dijalankan di dalam Bayu Villa.
  

Demi mengekalkan kedudukan kewangan pengurusan JMB Bayu Villa supaya berada dalam kewangan yang sihat dan dapat menjalankan kewajipan memberi kebaikan kepada penduduk, Bendahari JMB Bayu Villa menekankan isu kenaikan ini adalah untuk kebaikan penghuni Bayu Villa dan bukanlah untuk JMB Bayu Villa.

Wang penyelenggaraan yang diterima akan dilaburkan balik ke atas Pengsapuri Bayu Villa untuk memastikan segala urusan menaikan taraf tempat ini dapat dijalankan.


Tetapi isu kenaikan pada tahun ini iaitu pada bulan April 2016 mungkin akan dibuat diperbincangkan semula sementara melantik sebuah syarikat penyelenggaran menilai apakah kadar caj wang penyelenggaran yang sepatutnya dikenakan ke atas Pengsapuri Bayu Villa.

Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa akan dijalankan serta merta bagi memutuskan adakah isu kenaikan ini harus dikekalkan atau ditangguhkan.


Di akhir mesyuarat perlantikan 3 ahli baru sebagai Ahli Jawatan Kuasa ke dalam Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa. Ini bermakna JMB Bayu Villa sekarang mempunyai sebanyak 11 orang Ahli Jawatan Kuasa.


Nama nama mereka akan dipaparkan selepas mendapat kelulusan daripada pihak COB Klang. 

Yang menghairankan pada mesyuarat kali ini ialah cuma 2 orang penghuni Melayu sahaja yang menghadirinya. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa berasa hairan kenapa begitu ramai kaum Bumiputra yang tinggal di dalam Bayu Villa tidak mengambil inisiatif dalam menghadiri mesyuarat yang amat penting ini?  


No comments:

Post a Comment