Wednesday, April 12, 2017

Proses Migrasi Di Bayu Villa Telah Siap Sepenuhnya.




Setelah dipantau dan diberi perhatian selama beberapa bulan, akhirnya kerja migrasi di Bayu Villa telah siap sepenuhnya. Tiada lagi kerja kerja pemasangan yang akan dijalankan lagi.

Boleh dikatakan 100 peratus kesemua unit rumah telah pun siap dipasang. Mengikut kiraan pihak pengurusan pembayaran wang kontraktor iaitu sebanyak RM240.00 seunit telah mencapai 423 unit dan ianya telah melebihi jumlah 50 peratus daripada keseluruhan unit rumah di Bayu Villa.


Bagi pembayaran wang cagaran (deposit) RM134.60 seunit, sebanyak 368 unit telah pun membuat bayaran kepada pihak pengurusan.

Kedudukan yang sedia ada sekarang ialah untuk menunggu pihak LPHS (Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor), SPAN serta SYABAS untuk datang membuat penilaian sebelum kelulusan dapat diberikan dan seterusnya kerja kerja pemasangan meter paip dapat dijalankan.


Dijangka proses migrasi ini akan siap sepenuhnya dalam hujung tahun 2017 dengan menggunakan meter Syabas dan penghuni akan menikmati bekalan air percuma (0 - 20) dan pembayaran kadar yang rendah berbanding dengan kadar sekarang (RM 1.38) daripada kerajaan negeri Selangor.


Proses pendaftaran perlu dijalankan dari semasa ke semasa kerana masih ramai lagi penghuni tidak mempunyai inisiatif untuk menjelaskan pembayaran yang dikenakan.



Kepada sesiapa yang masih lagi belum memohon, pihak SPAN akan mengambil tindakan undang undang atau denda sebanyak RM10,000.00 bagi mereka yang masih belum memohon atau mengambil sebarang inisiatif membuat bayaran pendaftaran.

No comments:

Post a Comment