Monday, April 16, 2018

Mesyuarat Agung Penubuhan "Perbadanan Pengurusan Bayu Villa" - Management Corporation

Berhubung dengan surat yang bertarikh 11hb April 2018. Kenapa terdapat percanggahan mengenai Mesyuarat Agung yang dikatakan oleh setengah pihak berhubung dengan mesyuarat yang akan ditangguh ke bulan Jun 2018. Kami telah pergi ke pejabat COB Klang untuk mendapatkan sedikit sebanyak penjelasan mengenainya.

Jika kita lihat di dalam kandungan surat daripada Pesuruhjaya Bangunan Klang yang dihantar kepada KLS HOLDINGS SDN BHD, mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang halangan untuk PIHAK PEMAJU menubuhkan "Perbadanan Pengurusan Bayu Villa" atau lebih dekat lagi "Bayu Villa Management Corporation" (MC). Mesyuarat penubuhan ini adalah Mesyuarat Agung yang Pertama untuk MC. 

Surat itu adalah permintaan dari Pihak Pemaju dan bukan atas permintaan Badan Pengurusan Bersama Bayu Villa (Bayu Villa Joint Management Body).


Mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh pihak pemaju dan bukan dikendalikan oleh pihak pengurusan ataupun JMB. Mengikut syarat yang tertera di dalam surat tersebut ke semua penghuni haruslah menerima surat notis daripada pihak pemaju 14 hari sebelum tarikh mesyuarat. Pada 14hb April 2018 pihak pemaju telah menghantar notis tersebut kepada semua penghuni melalui serahan tangan di setiap rumah.


Maklumat awal yang diterima daripada pihak COB Klang pada tahun lepas (2017) menyatakan bahawa segala akaun akaun beraudit yang tertunda untuk tahun kewangan berakhir 2015 (siap), 2016 (siap) dan 2017 (dalam proses) haruslah disiapkan sebelum diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa Baru semasa menjalankan Mesyuarat Agung. 

Ini adalah syarat syarat yang dikemukan oleh COB Klang kepada pihak pengurusan dan JMB Bayu Villa. Dengan siapnya akaun beraudit, Mesyuarat Agung Tahunan JMB Bayu Villa yang ke-3 baru boleh dilaksanakan.


Inilah puncanya kenapa terdapat kekeliruan terhadap tarikh sebenar Mesyuarat Agung JMB Bayu Villa ke-3 dan Mesyuarat Agung yang pertama penubuhan MC. 

Dengan penubuhan "Management Corporation" (MC) dengan secara otomatisnya "JMB Bayu Villa" akan dibubarkan dalam masa 3 bulan. Oleh itu lapuran kewangan untuk tahun berakhir 2017 tidak dapat disiapkan mengikut jadual kerana pihak pemaju sudah menghantar surat cadangan kepada pihak COB Klang dan memohon tarikh 29hb April 2018 untuk penubuhan MC.

Panggilan talifon telah dibuat oleh pihak pengurusan kepada Pengurus pihak pemaju (KLS Holding Sdn Bhd) Encik Lai Mun Kong supaya memberi sedikit masa untuk menyiapkan Lapuran Kewangan Akaun Beraudit 2017 dan diadakan bersama Mesyuarat Agung pada bulan Jun 2018 tetapi tidak dipersetujui oleh pihak pemaju yang ingin meneruskan agenda penubuhan ini.

Mengikut syarat pemilihan ahli jawatankuasa "Management Corporation' adalah sama seperti "JMB" tetapi ianya harus kepada sesiapa yang sudah membuat penukaran hakmilik Strata kepada nama penghuni (owner) dan harus mempunyai "Zero Maintenance Fee Free" - tiada hutang. 

"7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung yang Pertama - penghuni yang ingin mengundi haruslah tidak mempunyai sebarang tunggakan di dalam akaun Wang Selenggara mereka".




Persoalannya sekarang ialah kenapa pihak pemaju begitu beria-ia hendak menjalankan Mesyuarat ini secara tergesa tergesa. Adakah pihak pemaju ini melepaskan segala tanggungjawab terhadap segala kerosakkan struktur bangunan, paip Bomba yang tidak berfungsi dan termasuk kolam Blok AB yang pecah.


Adakah pihak pemaju masih lagi boleh dipertanggungjawabkan keatas segala kerosakan struktur bangunan yang pecah, bahagian bawah tanah kolam renang yang paipnya pecah dan sistem Bomba yang tidak berfungsi semenjak siapnya pembinaan bangunan Bayu Villa ???



Sila kaji dengan secara lebih mendalam dan teliti sebelum membuat sebarang keputusan drastik. Kami tidak mempunyai sebarang masalah atau halangan ke atas penubuhan ini tetapi implikasi untuk kos memperbaikinya amatlah tinggi sekali. Adakah ini tanggungjawab "Pemaju Perumahan" atau tanggungjawab "Management Corporation" yang akan ditubuhkan ???

Jika "Management Corporation" ditubuhkan pihak pemaju tidak lagi mempunyai sebarang tanggungan atau tangungjawab terhadap masalah yang menimpa Bayu Villa.






3 comments:

  1. I always support our JMB as they have put effort to reduce our debt...good job...add oil..

    ReplyDelete
  2. I have tenant looking for ground floor unit to rent. Pl let me know. John. Dtanwells Realty. Thanks.

    ReplyDelete
  3. John, Stanwells Realty. 011-16288794
    Looking for ground or first floor to rent.

    ReplyDelete