Wednesday, April 11, 2018

Keadaan Kebersihan Dalaman Sudah Menjadi Teruk.

Tengah malam tadi kami ada membuat lawatan keseluruhan blok-blok bangunan di dalam Bayu Villa dan mendapati keadaan dalaman tempat tinggal tidak lagi menyerupai seperti tempat tinggal. 

Tinjauan kami mendapati keadaan bau yang sangat busuk dan sampah yang bersepah serta air kotoran sampah yang bertaburan dan keadaan dalaman lif juga mempunyai bau sampah yang kuat.


Perkara ini telah berlarutan selama beberapa hari sehingga sekarang semenjak pekerja lama berhenti kerja (1hb April 2018) akibat takut kena ditangkap atau ditahan tetapi sehingga sekarang kita masih belum dapat serta lihat Pengerusi JMB Bayu Villa keluar membuat pantauan atau membuat sesuatu bagi mempercepatkan proses pembersihan. Kemanakah Pengerusi tersebut ???


Tinjauan tadi mendapati Blok C menghadapi masalah yang paling ketara. Walaupun sampah sampah telah dipunggah dan dibuang, sisa air yang melekat di atas lantai dan di dalam lif telah menyebabkan bau busuk yang amat kuat sangat. Ini boleh menjejaskan kesihatan kepada mereka yang tinggal di situ.


Tinjauan juga mendapati keseluruhan Blok mempunyai masalah yang sama. Kesemua lantai langsung tidak di mop atau pun dicuci. Keadaan sampah sarap masih bersepah.


Melalui maklumat dan informasi yang diterima kebanyakkan kontraktor tidak mahu masuk mengambil kerja menjadi kontraktor di dalam kawasan Bayu Villa kerana harga yang diberi tidak cukup untuk mereka menjalankan tugusan pembersihan. 

Rata rata kebanyakkan kontraktor meminta dalam anggaran RM 13,000.00 ke RM16,000.00 untuk mengambil kontrak pembersihan.


Sebelum perlantikan kontraktor baru, perbelanjaan pembersihan berada dalam sekitar RM 8,500.00 dan kini telah melonjak dengan begitu tinggi akibat karenah beberapa penghuni yang berbangga membuat lapuran dan aduan kepada pihak atasan (Jabatan Imigresen)


Tindakan yang diambil oleh penghuni sememangnya tidak salah dengan membuat lapuran supaya pekerja yang tidak mempunyai permit harus ditangkap dan disumbat di dalam penjara mengikut undang undang tetapi implikasinya ke atas kedudukan kerja pengawasan bahagian teknikal serta kerja pembersihan amat besar sekali dan ternyata apa yang berlaku sehingga hari ini masih belum dapat diselesaikan sehingga sekarang.


Dipercayai keadaan ini akan menjejaskan keseluruhan kerja pembersihan di dalam Bayu Villa dalam bulan April 2018 kerana ianya akan memakan masa bagi pekerja baru memahami sistem pembersihan yang sedia ada. 

Melalui informasi yang diterima pekerja pekerja baru semuanya datang dari luar negeri. Mana mungkin kerja kerja yang menjijikan ini akan dikendalikan oleh orang tempatan?


Hari ini ramai yang menyokong supaya tindakan membuat tangkapan adalah tepat sekali tetapi bila masalah ini timbul kini ada di antara mereka mendiamkan diri dan ada di antara mereka pula menyalahkan pihak pengurusan dengan melempar pelbagai tuduhan yang tidak munasabah.


Pengurusan yang tidak efektif, tidak kompeten, menyeleweng dan sebagainya. Sepatutnya Pengerusi harus mengambil inisiatif dan bertindak dengan lebih efektif serta cepat bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dan bukan duduk di dalam rumah memberi arahan sahaja. 



Bagi pendapat kami, perkara ini sudah berlanjutan selama lebih 10 hari dan Pihak Pengurusan serta Pengerusi seharusnya bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah yang begitu serius. 

Perkara ini sudah berlarutan sebegitu lama dan tak seharusnya ditarik ke depan lagi. Bau busuk dan hanyir ini ibarat "Pangsapuri Bayu Villa" telah lenyap, muncul nama baru "Flat Bayu Villa"


Walaupun bayaran kontraktor telah melebihi sasaran perbelanjaan, Pihak Pengurusan dan Pengerusi seharusnya bertindak secara bijak dengan membuat keputusan yang tepat. 

Kesihatan penduduk serta penghuni harus diberi keutamaan. Perbelanjaan lebihan ini dari kewangan Bayu Villa adalah permintaan dari segelintir penghuni yang inginkan kebaikan yang terbaik untuk Pengsapuri Bayu Villa. 

Kami sungguh sedih melihat keadaan Bayu Villa yang ada sekarang seperti "terumbang ambing" entah nak kemana >>>>


"SIAPA YANG MAKAN CILI"
 "DIA YANG TERASA PEDAS"



No comments:

Post a Comment