Thursday, December 4, 2014

Kerja Memotong Bekalan Air Di Blok C Telah Dilaksanakan. Fasa Ketiga - 28 Unit Rumah

Proses pemotongan bekalan air di Blok C berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Tetapi pemotongan hari ini dicemari oleh sedikit pertelingkahan di antara pihak pengurusan bersama dengan tuan punya rumah (owner) di tingkat bawah. 


Mengikut rekod tuan punya rumah tersebut mempunyai tunggakan sebanyak RM 3,164.21. Beliau meminta ditunda sehingga hari esok. Pemotongan terhadap rumah tersebut tetap akan dijalankan pada hari esok jika tiada pembayaran yang dibuat.

Hari ini sahaja JMB Bayu Villa telah memotong 28 unit rumah yang mempunyai tunggakan RM 500.00 keatas. Pemotongan seterusnya akan dilaksanakan pada minggu hadapan. Sehingga 7.00 petang terdapat sebanyak lebih kurang 10 unit rumah dipasang balik meter mereka. 

Oleh kerana Blok B mempunyai banyak kebocoran air yang berlaku, pembaikian harus diutamakan. Perlaksanaan pemotongan air bagi Blok D akan dilaksanakan pada minggu yang ketiga (17/12/2014 - 20/12/2014)

Kesalahan Meletakan Kereta Dan Motosikal Sesuka Hati.


Masalah meletakan kereta mereka di merata tempat nampaknya akan berlarutan sepanjang masa. Ini adalah kerana daripada sikap setengah pihak yang tidak bertanggung jawab serta keprihatinan mengenai keindahan dan keselesaan penghuni di dalam Bayu Villa.







Tempat yang paling digemari berdekatan sub-station TNB berdekatan Blok E. 











Tak habis dengan masalah kereta, motosikal juga melakukan kesalahan yang sama. Jika keadaan in berlarutan, tindakan yang lebih tegas akan diambil untuk mengatasi masalah meletakkan motosikal masing masing di ruangan legar.









Amaran telah diberi kepada motosikal tetapi kesalahan tetap juga dibuat.






Wednesday, December 3, 2014

Pemotongan Bekalan Air Di Blok C Akan Dijalankan Pada Minggu Ini. Tunggakan Sebanyak RM 132,456.21


Kerja kerja pemotongan bekalan air di Blok C akan dijalankan pada minggu ini. Oleh kerana terdapat banyak paip yang pecah di Blok A dan Blok B, kerja pembaikian diutamakan dahulu. Proses pemotongan air terpaksa ditunda sehingga hari Khamis. 

Setelah diberi notis sebanyak 3 kali, ramai daripada mereka masih tidak memandang berat akan proses pemotongan bekalan air yang baru dilaksanakan di Blok A dan Blok B. 

Mengikut pengiraan jumlah keseluruhan tunggakan wang penyelenggaraan daripada Blok B, tunggakan mengikut rekod semasa adalah berjumlah lebih RM 200,000.00. Jumlah ini jatuh kepada angka RM 132,456.21 setelah sebahagian penghuni menandatangani pelan pembayaran ansuran.

Peringatan : 

Bagi setiap pemotongan bekalan air yang dilakukan, proses penyambungan semula bekalan air akan dikenakan bayaran sebanyak RM 50.00 bagi proses mendapatkan bekalan air semula.

Bekalan air akan disambung semula setelah menerima bayaran yang pertama berjumlah RM 500.00 (Lima Ratus Ringgit). Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa tidak akan bertolak ansur setelah memberi 3 kali notis kepada semua penghuni yang terlibat. 

Senarai Nombor Unit Rumah Yang Terlibat Dalam Proses Pemotongan Bekalan Air. (Dikemaskini sehingga 02.12.2014)

  • C-G-02    RM 1,117.85
  • C-G-07    RM 3,125.75
  • C-G-10    RM 3,972.35
  • C-G-11    RM 1,172.74
  • C-G-12    RM 2,725.56
  • C-G-12A RM    816.05
  • C-G-17    RM 2,702.65
  • C-G-19    RM 1,371.30
  • C-G-21    RM 3,164.21
  • C-G-23    RM 1,315.00
  • C-G-26    RM 2,520.80
  • C-G-28    RM 1,147.87
  • C-1-02     RM 1,181.68
  • C-1-03     RM 1,317.04
  • C-1-03A  RM 1,742.63
  • C-1-05     RM 1,104.99
  • C-1-07     RM 2,092.22
  • C-1-12     RM 1,101.26
  • C-1-16     RM 1,250.96
  • C-1-18     RM 2,160.26
  • C-1-21     RM 5,667.78
  • C-2-03     RM    859.50
  • C-2-03A  RM 1,519.65
  • C-2-05     RM    907.55
  • C-2-06     RM 1,155.99
  • C-2-11     RM 2,644.60
  • C-2-17     RM 1,217.46
  • C-2-19     RM 2,584.61
  • C-2-23     RM 1,063.40
  • C-2-23A  RM 2,074.16
  • C-2-27     RM 1,653.12
  • C-3-01     RM    987.60
  • C-3-05     RM 1,142.13
  • C-3-06     RM 1,013.91
  • C-3-07     RM 2,068.12
  • C-3-15     RM 2,107.62
  • C-3-20     RM 1,035.53
  • C-3-25     RM 11,017.32
  • C-3-26     RM    834.50
  • C-3-29     RM 1,079.28
  • C-4-02     RM 2,194.73
  • C-4-05     RM    942.04
  • C-4-06     RM 6,300.04
  • C-4-08     RM 4,832.23
  • C-4-10     RM 1,208.25
  • C-4-12A  RM 1,179.31
  • C-4-16     RM 5,603.16
  • C-4-19     RM 3,700.59
  • C-4-20     RM 1,195.92
  • C-4-21     RM 4,486.73
  • C-4-23     RM 2,358.64
  • C-4-26     RM 1,010.40
  • C-5-01     RM 1,288.97
  • C-5-05     RM 2,116.14
  • C-5-06     RM 1,751.77
  • C-5-12     RM 1,132.40
  • C-5-12A  RM 1,687.08
  • C-5-22     RM 4,784.36
  • C-5-25     RM 3,265.15
  • C-6-01     RM 1,681.30
                              RM 132,456.21

Tuesday, December 2, 2014

Kerja Pembersihan Kolam Renang Sedang Giat Dijalankan.


Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sekarang berada dalam proses cuba mengaktifkan proses menaikkan semula kolam renang yang telah lama ditinggalkan.


Proses menaikan semula kolam renang ini dianggarkan menelan belanja sekitar RM 30,000.00 dengan kiraan penggunaan duit air serta memperbetulkan motor pengepam serta motor penyaringan (filter) tetapi projek ini terpaksa ditangguhkan kerana menghadapi masalah isu pemotongan bekalan elektrik dengan pihak TNB.


Walau bagaimana pun proses pembersihan terpaksa dijalankan bagi menghalang pembiakan nyamuk Aedes yang mungkin membiak di kawasan persekitaran kolam renang.



Diharap penghuni penghuni di Bayu Villa bersabar untuk sementara waktu kerana dana yang tidak mencukupi amat menyukarkan JMB Bayu Villa menjalankan aktiviti yang sepatutnya.



Kolam renang berdekatan Blok A dan Blok B telah dibersihkan.


Monday, December 1, 2014

Bil Bekalan Air - RM 24,056.15 Harus Dijelaskan Sebelum 12hb Disember 2014.


Bil bekalan air yang baru harus dijelaskan sebelum tarikh 12hb Disember 2014. Kali ini bil bekalan air yang digunakan berjumlah RM 24,056.15.

Mengikut rekod yang dipaparkan di dalam bil, tunggakan kepada Syabas sehingga bil ini dikeluarkan ialah berjumlah RM 321,235.80.

Jika dikira setiap bulan pembayaran ansuran RM 10,000.00, tunggakan ini cuma dapat diselesaikan setelah dibayar 32 kali bayaran iaitu 32 bulan (2 tahun 8 bulan)