Tuesday, December 2, 2014

Kerja Pembersihan Kolam Renang Sedang Giat Dijalankan.


Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sekarang berada dalam proses cuba mengaktifkan proses menaikkan semula kolam renang yang telah lama ditinggalkan.


Proses menaikan semula kolam renang ini dianggarkan menelan belanja sekitar RM 30,000.00 dengan kiraan penggunaan duit air serta memperbetulkan motor pengepam serta motor penyaringan (filter) tetapi projek ini terpaksa ditangguhkan kerana menghadapi masalah isu pemotongan bekalan elektrik dengan pihak TNB.


Walau bagaimana pun proses pembersihan terpaksa dijalankan bagi menghalang pembiakan nyamuk Aedes yang mungkin membiak di kawasan persekitaran kolam renang.



Diharap penghuni penghuni di Bayu Villa bersabar untuk sementara waktu kerana dana yang tidak mencukupi amat menyukarkan JMB Bayu Villa menjalankan aktiviti yang sepatutnya.



Kolam renang berdekatan Blok A dan Blok B telah dibersihkan.


1 comment:

  1. Good jobs! Keep it up! Also, please take care of the basic facilities such as the lifts as it involved safety issues.

    ReplyDelete