Thursday, December 4, 2014

Kerja Memotong Bekalan Air Di Blok C Telah Dilaksanakan. Fasa Ketiga - 28 Unit Rumah

Proses pemotongan bekalan air di Blok C berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Tetapi pemotongan hari ini dicemari oleh sedikit pertelingkahan di antara pihak pengurusan bersama dengan tuan punya rumah (owner) di tingkat bawah. 


Mengikut rekod tuan punya rumah tersebut mempunyai tunggakan sebanyak RM 3,164.21. Beliau meminta ditunda sehingga hari esok. Pemotongan terhadap rumah tersebut tetap akan dijalankan pada hari esok jika tiada pembayaran yang dibuat.

Hari ini sahaja JMB Bayu Villa telah memotong 28 unit rumah yang mempunyai tunggakan RM 500.00 keatas. Pemotongan seterusnya akan dilaksanakan pada minggu hadapan. Sehingga 7.00 petang terdapat sebanyak lebih kurang 10 unit rumah dipasang balik meter mereka. 

Oleh kerana Blok B mempunyai banyak kebocoran air yang berlaku, pembaikian harus diutamakan. Perlaksanaan pemotongan air bagi Blok D akan dilaksanakan pada minggu yang ketiga (17/12/2014 - 20/12/2014)

No comments:

Post a Comment