Tuesday, March 8, 2016

Perselisihan Pengawal Keselamatan Dengan Penghuni. Lapuran Polis Dilakukan.


Akibat terdapat perselisihan antara Pengawal Keselamatan dengan seorang penghuni wanita di Bayu Villa ianya telah mengakibatkan satu lapuran polis telah dibuat keatas pengawal keselamatan Bayu Villa.



Kejadian ini telah berlaku beberapa bulan yang lepas dan baru baru ini perkara kejadian menconteng kereta diungkitkan sekali lagi. 

Akibat daripada insiden yang baru sehingga merengangkan keadaan suasana, penghuni wanita tersebut telah membuat lapuran polis supaya menyiasat kes kejadian. 


Kes ini telah menjadi satu isu yang besar sehinggakan pihak pengawal keselamatan Encik Letchumanan terpaksa ke balai polis apabila diminta oleh Inspektor balai supaya menghadiri soal siasat bersama sama dengan Pengurus Bayu Villa Encik Shashie. 


Bagi memastikan keadaan yang adil dan saksama, pihak pengawal keselamatan telah memberi keterangan serta membuat lapuran polis bagi menceritakan keadaan sebenar kejadian.

Memandangkan ianya adalah kes polis, pihak pengurusan tidak akan bercampur tangan dalam hal ini kerana pihak pengurusan tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh untuk mengambil tindakan.


Monday, March 7, 2016

Dua Unit Rumah Di Blok A Dipecah Masuk. Berlaku Di Bulan Januari Dan Februari.


Blok A Unit Rumah A-2-01. Kejadian berlaku pada 24.02.2016. Kehilangan barangan tidak tahu.





Kunci mangga dipotong kerana menggunakan kunci mangga yang murah. 


...............................................................................................................................................................

Unit A-G-21 


Blok A. Unit A-G-21. Kejadian berlaku pada 15.01.2016. Barangan yang hilang ialah 4 biji laptop dan wang tunai RM600.00. Telah buat lapuran polis.





Saturday, March 5, 2016

Kereta Dan Motosikal Buruk Yang Dikenal Pasti Akan Ditarik Keluar


Beberapa kenderaan buruk yang tidak berfungsi lagi akan ditarik keluar oleh pelesen tarik kereta mengikut peraturan yang ditetapkan.



Kerja pemgambilan gambar telah dijalankan dan dikenal pasti sebagai kenderaan yang telah lama diletak di dalam Bayu Villa,




Bagi mencantikkan keadaan suasana dalaman Bayu Villa serta memudahkan penghuni mempunyai ruangan meletak kereta yang mencukupi dikawasan penghujung, lapuran polis juga akan dibuat sebelum kereta kereta ini ditarik.





Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sedang berusaha memastikan keadaan suasana tidak dijadikan tempat meletak kenderaan buruk atau menjadi tempat simpaan besi buruk.




Bagi penghuni yang mengetahui siapa siapa yang mempunyai kenderaan buruk, tolong beritahu mereka supaya mengalihkannya sebelum pihak pengalih kereta menarik kereta mereka.








Friday, March 4, 2016

Bayaran Ansuran Kedua Cukai Tanah Selesai.


Bayaran ansuran kedua Cukai Tanah sebanyak RM 6,296.70 telah selesai dijelaskan. Sekarang hanya tinggal 3 kali bayaran ansuran yang harus diselesaikan iaitu bulan Mac, April dan Mei.
 
Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan tunggakan yang sedia ada.

Tuesday, March 1, 2016

Proses Pembaikian Jenang Pintu Yang Reput Dan Diserang Anai Anai



Sudah lebih kurang Bayu Villa berusia 11 tahun. Banyak barangan telah mulai rosak. Kerja kerja pembaikian sedang dijalankan pada setiap masa bagi memastikan ianya berada dalam keadaan sentiasa baik.

 

Pintu jenang bilik motor pam air telah mengalami kerosakkan dimana kedua dua pintu aluminium tidak dapat berfungsi lagi.
 
Bagi memastikan keadaan keselamatan bilik pengepam, kerja penukaran jenang tingkap dilakukan.


 

 
Pintu pintu di bilik sampah atau di bilik telekom juga dijalankan kerja pembaikian bagi memastikan ianya tidak nampak hodoh atau buruk. 
 




Proses pembaikian dijalankan di Blok A dan Blok E di mana terdapat satu dua jenang pintu yang rosak.